Wednesday, February 29, 2012

Kisah Wiitt ke Klinik- Kesian Kena cucuk


Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Hari ni anak bongsu Mak Jah nak kena bawak ke klinik. Witt dilahirkan pada 9hb Disember 2011, maklumlah dah nak masuk 3 bulan kenalah Mak Jah bawak check dengan doktor. Sejak ada anak kecil ni semula, routine harian Mak Jah dah mula sibuk. Oh ya, sebelum tu Mak Jah nak cerita kenapa nama anak bongsu Mak Jah ni pelik sangat.




Haa..., sila tanya kepada tuan empunya Wiit. Qachik yang letakkan nama anak bongsu Mak Jah kali ni. Sejak ada Wiitt, Qachik tak sunyi  Nampak tak pic tu, Qachik letakkan Wiitt dalam kotak dan selimutkan Wiit.. Tapi Mak Jah nak pesan pada semua penggemar kucing yang ada anak kecil. Pastikan anak kita basuh tangan selepas bermain dengan kucing. Bila Qachik dah lena, Mak Jah jauhkan Wiitt dari Qachik. Mak Jah kena pantau tak nak nanti Qachik terkena asma.




Sebelum memiliki Wiitt, Qachik hari-hari ajak Mak Jah cari kucing di kawasan rumah Mak Jah. Pada suatu petang Qachik beritahu Mak Jah, "Mommy kena panggil Wiitt..Witt.. baru kucing dengar dan datang". Mak Jah hanya tersenyum dan ikut saja kehendak Qachik. Petang itu kami dua beranak pun menjerit-jerit memanggil Wiitt.. Wiitt.. di kawasan perumahan Mak Jah. Ada jiran yang tanya pada Mak Jah, "buat apa ni?". Mak Jah jawap, "Cari kucing". "Eh, selalunya org cari kucing panggil meow, meow. Bukan panggil wiitt, wiitt macam ni". Mak Jah hanya tersenyum dan jawap, "Qachik yang ajar macam ni".




Keesokan paginya Qachik datang pada Mak Jah, "Mommy pergi tenok (untuk perkataan Tengok) ada anak kucing dan mak dia di bakang rumah (belakang). Kan Qachik dah kata kena jerit wwiitt..wwiitt.. kuat-kuat baru kucing dengar". Ha..ha..ha.. lucunya anak ini. Mak Jah rasa pelik tapi Mak Jah hanya tersenyum dan suruh Qachik berikan makanan. Memang Mak Jah dah stand by makanan untuk diberikan kepada kucing-kucing terbiar yang datang. Malangnya jodoh Qachik bersama kucing itu tidak lama dan beberapa hari selepas itu ianya tidak kelihatan lagi. Sejak itu Qachik sekali lagi mengajak Mak Jah menjerit wwiitt..wittt.. mencari kucing. Alahai anak..penatlah Mommy kalau selalu macam ni...






Mak Jah dah lama tak bela kucing sejak kematian Nicky. Nicky dibela Mak Jah pada tahun 1996. Waktu itu Mak Jah di ITM Shah Alam. Setelah Mak Jah berkahwin pun Nicky masih tidur sekatil dengan Mak Jah. Malangnya dalam tahun 1998, Mak Jah dan hubby yang baru balik dari kerja dikejutkan dengan keadaan Nicky yang sudah tidak bernyawa lagi. Nicky terjatuh dari apartment tingkat 5 rumah Mak Jah. Kalaulah hubby Mak Jah menitik air mata semasa menanam mayat Nicky, bayangkan pula bagaimana keadaan Mak Jah. Mak Jah macam orang putus asa dan menangis setiap kali terkenangkan Nicky. Akhirnya hubby mengambil keputusan untuk pindah dari apartment tu. Sejak kematian Nicky, Mak Jah dah tutup pintu hati dan nekad untuk tidak mahu bela kucing lagi. Ini percubaan semula Mak Jah setelah 14 tahun kematian Nicky.




Masa mula-mula kami dapat Wiitt, pening jugak pikir macam mana nak inform pada hubby. Bila Mak Jah suarakan hasrat Qachik nak bela kucing, hubby halang 100%. Macam-macam alasan dia bagi especially dia takut bulu kucing boleh buat Qachik sakit dan rosak perabot dalam rumah dicakar kucing. Tapi sekarang hubby yang lebih-lebih. Sebelum pergi kerja hubby mesti cari Wiitt dulu dan pesan pada kami untuk jaga Wiitt elok-elok takut hilang atau dicuri orang. Sebelum tidur hubby akan bawak Qachik naik ke katil bersamanya dan tengok tv sambil peluk Wiitt.

Persedian untuk membela kucing mahal jugak harganya. Nampak tak. rantai leher berloceng Wiitt pun ada dua Qachik belikan. Yang rantai merah ni dah hilang sebab kadang-kadang Qachik pinjam untuk pakai di tangannya sendiri.



Ini makanan Wiitt supaya dia gemuk, sihat dan bulunya tidak mudah gugur.




Sejak ada Wiitt, Qacik dah ada teman untuk diajak bermain. Ok, Ok Mak Jah dah lambat. Mak Jah nak keluar dah, nak pergi bawak Witt ke klinik haiwan.




Oooohhhh.... Mommy, where are we going to...??




Mommy are you sure, you wanna take me with you... I think I do not want follow you this time. Let me stay at home with Bibik please.. Mommy... please.




Ini dia... jenng..jeng.. Mak Jah dah siap buat pendaftaran. Wiitt sedang menunggu giliran untuk berjumpa Doktor Vet bernama Doktor Peter.




Wiitt sedang diperiksa oleh Doktor Peter. Kesiannya anak Mommy basah terkena air.




Hah.., nampak tak.. Wiitt telah selamat dicucuk vaksin untuk mencegah feline rhinotracheitis, feline calicivirus dan feline pneumonitis yang membawa kepada kuman feline respiratory. Supaya semua tak fening lah dok pikir feline ni apa benda, meh nak terang dalam bahasa yang simple. Ini untuk menghindari dari virus dan bakteria yang boleh membawa penyakit selsema serta bersin yang boleh membawa kepada kematian. Witt juga telah diberikan ubat cacing. Doktor Peter cakap selepas dicucuk Wiitt akan sedikit lemah dan kurang bergerak aktif.. Mari kita tengok benarkah kata Doktor Peter.




Sesampainya Wiitt di rumah terus saja terkam mainannya...'Catit scratcher'.




Nampaknya tak ada sedikit perubahan pun pada Witt tetap bergerak aktif dan lasak macam selalu. Bila bercakap tentang aktif dan lasak, sejak akhir-akhir ini Wiitt memang suka mencakar dan gigit. Tapi bila Mak Jah tanya Doktor Peter tadi, katanya itulah cara Wiitt bermain. Pening Mak Jah dibuatnya bila tengok tangan Qachik selalu calar dan berdarah dicakar Wiitt. Jadinya Doktor Peter berikan Mak Jah Meow Magazine, sila rujuk laman web  http://www.TheCatsMeowMag.com/ 


Melalui majalah ini, Mak Jah belajar tentang cara mengatasi masalah kucing yang suka bermain kasar seperti Wiitt. Rendam kulit oren dalam air semalaman. Selepas itu masukan ke dalam botol yang boleh dispray dan sekiranya kucing bertindak liar spray saja ke arahnya. Oh ya, nanti Mak Jah  nak cuba.Thank you, Meow Magazine. 

2 comments:

  1. Akak, letak la shoutbox kat tepi.. Senang nak sembang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha... dah ada shoutbox tu hah.. Kay jgn dok jerit kuat-kuat.. pecah kang gegendang telinga Mak Jah..

      Delete