Sunday, February 26, 2012

Krabi Island Hopping

Waahh.. dah lama sangat Mak Jah berhenti menulis... puncanya dilanda virus MALAS. Ok..ok.. mana boleh story half way kan.. Second day kami di Krabi Island aktiviti kami adalah island hopping.. (Ya Rabbi kesah lama sangat nihh..) dengan menyewa sebuah bot laju @ speed boat untuk satu hari berharga Rm1,000.00 kalau nak tahu dalam bath korang kira la sendiri mengikut exchange rate terkini ya..Tapi Mak Jah nak berpesan.. pandai-pandailah korang tawar menawar supaya tidak terKENA tipu..



Ha... cantik tak speed boat yang Mak Jah sewa?? So dengan harga RM1,000 kami di bawa ke beberapa buah pulau untuk snorkeling. destinasi kami yang pertama kami di bawa ke Bamboo Island.. Seronoknya dapat snorkeling di sini dan menikmati keindahan hidupan laut. Di sini coral banyak yang dah mati cuma boleh enjoy berenang dengan berbagai jenis ikan dan menikmati keindahan pasirnya putih. Haa.. lupa nak ceta.. ada jugaklah beberapa batang pokok bamboo.. memang sesuailah dengan namanya Pulau Buluh.


Haa.. tu dia nak mai dahh.. Mak Jah nak sampai dah..nampak dakkk.. Kat situlah Maya Bay alahai yg Leonardo D Caprio berlakon cerita 'The Beach'. memang hebat, memang best sangat snorkeling di Maya Bay.. Banyak ikan yang cantik-cantik dan masih terdapat berbagai-bagai coral yang indah-indah di sini berbanding dengan beberapa tempat dan pulau-pulau di sini.


Ha.. itu dia long tail boat. Mak Jah ada banyak lagi pic Long Tail boat nak tunjuk. Tapi Mak Jah suruh tengok keindahan air laut di Maya Bay bukannya suruh tengok pasal boat. Nampak tak coral tu.. nampak tak..

Isshh... mesti ada yang teringin nak mandi kan... cakap betoi-betoi jangan tipu Mak Jah.. Tengok tu tak ramai yang snorkeling di Maya Bay waktu ini. Puaslah Mak Jah dan hubby berpegang tangan ala2 romantik gitu kan.. sambil menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Maklumlah nak 'hanimun'.



Jangan dok gelak.. bukan boat nak karam.. Mak jah sempat mengambil photo boat pelancong asing yang belayar dari Pulau Phuket ke Maya Bay. Agak-agak korang lah kan.. berapa ratus penumpang di dalam boat ni sampaikan ia senget macam nih..


Ini Viking Cave.. banyak ikan kat sini tapi kami dinasihatkan untuk tidak snorkeling di sini.. Nape ya.. Tapi kalau pemandu boat tu bagi Mak Jah turun pun rasanya Mak Jah pegang tangga je kot.. Isshhhh macam dalam sesgt la..

Ha.. lupa nak ceta. ni ha.. Mak Jah ada nampak pulau nih . cuba korang teka kepala binatang apakah inih..


Pandai... taraaa... satu point Mak Jah bagi.. memang pun ini Chicken Island. Tapi Mak Jah lalu je depan nih..
Selepas acara Snorkeling di beberapa pulau. Perut pun terasa lapar sesangat. Kami beredar ke Phi Phi Island atau dalam bahasa Melayu kita maksudnya Pulau Api Api. Kesan-kesan Tsunami yang melanda dulu dapat di lihat di Pulau Phi Phi.


Cantikkan kehijauan dan pasir putih di Pulau Phi Phi.. isshhh kejap Island sekejap pulau.. lantaklah kan.. janji korang paham. Kejap-kejap lupa lak nak ceta.. on the way ke sini tadi assistant pemandu boat tangkap ikan. banyak jugak hasil tangkapan. Tahu tak dia buat apa... sesampai saja di Pulau Phi Phi ikan-ikan tadi telah digoreng ranggup.. manisnya tak usah ceritalah kan.. Malangnya Mak Jah tak jumpa la photo2 tu untuk di uploadkan di sini.


Korang mesti ingat Mak Jah beristirehat dalam pondok tuh.. Takkk aaihh.. pondok tu untuk massage. Indahnya kalau kita dapat massage dalam pondok menghadap keindahan lautan di Pulau Phi Phi ni kan..


Cer tengok... cantikkan Pulau Phi Phi.. Bila perut pun dah kenyang. Kami seterusnya menuju ke Monkey Bay. Actually kan ada beberapa tempat lagi yang we all stop seperti coral Bay, Phi phi Leh and a few more tapi Mak Jah lupa nak amik pic sebab terlalu asyik snorkeling. Monkey Bay adalah destinasi terakhir kami. Tapi Mak jah tak nampak seekor monkey pun kat sini.


Ha... nampak tak sapa dok snorkeling tu.. tapi tu bukan Mak Jah.. Kat sini ada banyak sangat ikan. Tapi Mak Jah tak turun snorkeling sebab menemani hubby yang dah penat di atas boat sambil menikmati nenas yang dihidangkan oleh pemandu boat. Mak Jah rasa dah 7 or 9 tempat snorkeling yang kami pergi. so berbaloilah dengan bayaran RM1,000.00 seharian menaiki boat nih. Tapi tak termasuk lunch tau..


Bila petang hari maka kami pun kembalilah ke Pantai Ao Nang. Oh ya sepanjang perjalanan pulang ke Ao Nang beach, kami dapat lihat obor-obor. Alahai yang omputih paggil 'jelly fish'. Bayangkan kalau terkena badan, maunya gatal yang amat.


Mak Jah suka sungguh lihat pic nih.. memanglah Mak Jah bukannya jurugambar professional so jadilah kan hasil yang cam gini kan. Mak Jah BANGGA.


Hari dah beransur petang. tahu tak apa yang menanti Mak Jah sekarang... ayuhhh kita kembali ke hotel dan menikmati keindahan SPA di Ao Nang Holiday Villa. Hubby memang U are great lah kan.. tahu bila penat mesti nak manjakan diri..

No comments:

Post a Comment