Monday, February 27, 2012

Dari Dapur Mak Jah - Masak Kicap Daging Mamak Style





Haaa.... jangan terkejut. Memang betul ini masakkan Mak Jah. Jangan ingat Mak Jah hanya kaki berjalan dan shopping saja. Sebenarnya hari ni Mak Jah punya happy sebab mak nak datang dari kampung. Dari semalam Mak Jah dok terfikir apa nak masak untuk mak, Ngah dan Abang Zaly (abang ipar Mak Jah yang cukup sempoi). Tq to my lovely sister yang tolong bawakan mak from Kedah dan memberi cadangan menu masakkan Mak Jah untuk hari ini. Selalunya pun, kalau Ngah nak bertandang ke rumah Mak Jah, dia memang cekap dalam bab memberi menu. Ada beberapa jenis masakan yang Mak Jah masak hari ni tapi kali ini Mak Jah nak ceritakan pasal menu special Mak Jah yang satu ni.

Actually, Mak Jah dah lama terfikir untuk menulis di dalam blog Mak Jah kali ini berkenaan resepi masak kicap daging ala-ala mamak. Mak Jah amat berterima kasih kepada seorang sahabat yang mengajar Mak Jah masakan ini sewaktu Mak Jah menetap di Seremban dahulu. Masakan ini simple dan ramai yang bertanyakan resepi. Sesuai dimasak waktu kita tidak berapa rajin tapi jangan terkejut hasilnya pasti sedap. Kalau tak percaya, sila cuba. Tapi Mak Jah nak ingatkan, Mak Jah bukan Chef Wan, Chef Liza atau Chef Ismail. Janji kawan-kawan faham dan kalau ada yang kurang jelas bolehlah tanya soklan pada Mak Jah.

Mula-mula apa yang perlu ada mestilah daging. Selalunya Mak Jah beli daging lembu tempatan yang bahagian batang pinang. Walaupun mahal sedikit harganya tapi sudah terbukti ianya lembut dan berkualiti. Mak Jah rasa tak salah kalau kita berbelanja sedikit kalau hasilnya memuaskan. Nak masak daging ikut suka you all lah ya.. Berapa kilo nak masak, Lu pikir lah sendiri.

Ini minyak masak pilihan Mak Jah. Mak Jah rasa kan selain daripada air tangan Mak Jah yang sedap (ha..ha.. masuk lif tekan sendiri) minyak masak Canola juga membantu melazatkan lagi masakan. Itu pendapat peribadi Mak Jah. Juga Mak Jah nak tekankan di sini, memang minyak masak Conala agak mahal harganya tetapi ianya baik untuk kesihatan. Cer baca nih. 


Tanpa kolesterol, itu yang penting dan kalau masih was-was dengan pendapat Mak Jah, apa kata korang rujuk saja ke laman web ini kalau nak tahu lebih-lebih kan http://www.lamsoon.com.my/naturel/naturel_cookingoil.html

Mak Jah dah ceritakan tadi salah satu rahsia supaya masakan menjadi sedap dan badan sihat. Seterusnya ini bahan-bahan yang diperlukan. Mak Jah dah terangkan dari awal tadi masakan ini sangat simple dan mudah.


Cili kering yang dikisar, segengam daun kari, beberapa labu bawang besar dihiris halus, perahan air asam jawa, sedikit garam, kicap manis serta kicap pekat.



Taaaraaa... mesti korang heran dari mana Mak Jah dapat kicap Mudim ni. Inilah kan namapun tekak orang utara, sanggup mintak mak dan adik beradik tolong belikan jika mereka nak turun ke KL. Kicap Mudim ni sedap sangat kalau kita gaulkan bersama hirisan bawang besar, tomato, air perahan limau nipis dan cili padi yang dipotong halus lalu dimakan bersama-sama dengan ikan goreng yang masih panas... Pergghhhh kalau mak mentua lalupun... Mak Jah mesti keloi 'Mak, mai makan sama'. Mak Jah kan Menantu Mithali.  

Langkah Pertama:


Daging yang telah dipotong halus tadi direbus bersama cili kering yang telah dikisar. Kita biarkan sehingga air rebusan itu menjadi kering sedikit. Kemudian tutup api dan langkah seterusnya adalah menumis. Mak Jah juga nak ingatkan sekali lagi ini masakan yang paling simple so kalau ada sesiapa yang rajin bolehlah tumis bersama kulit kayu manis, buah pelaga, buah keras, bunga cengkih dan rempah ratus yang lain. 



Kacau daun kari dan bawang sehingga kuning-kekuningan. Kemudian masukkan daging yang telah direbus tadi. 



Setelah itu, bolehlah dimasukkan garam secukup rasa, perahan air asam, kicap manis dan kicap pekat. Oh ya, ada satu lagi rahsia dari Mak Jah, selalunya Mak Jah akan masukkan sedikit gula melaka bagi menggantikan gula pasir untuk melazatkan rasa dan mencantikkan masakan Mak Jah terutamanya jika Mak Jah masak sambal.


Nampak tak... Mak Jah cuba kreatifkan diri yang tak kreatif langsung nih. Mak Jah harap, selepas ini ramai yang akan mencuba masakkan Mak Jah yang simple tapi enak. Ini pendapat anak-anak Mak Jah dan kawan-kawan Mak Jah yang telah mencuba resepi ini. 

11 comments:

  1. bila nak masak lagi?jemput saya mai rumah :).Mak Jah pandai masak nooo....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anytime Petals..anytime, meh la pintu rumah Mak Jah sentiasa terbuka untuk kekwn semua.. mai la singgah.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Peh... Lazat sekali jika dijodohkan dengan nasi beriani. Bak mai sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hisshhh... penat Mak Jah bagi tutorial dok mai mintak kat Mak Jah jugak. Cik Azrul cer buat sendiri dah tu jemput Mak Jah p makan.. canteekk

      Delete
  4. Mak Jah mana prop prop masakan???? Mak Jah kena beli DSLR....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ada DSLR tapi isshhh rumitlah nak ambik. Prop-prop masakan.. Mak Jah dah kata bukan chef, masak simple saja, jadinya prop senduk ngan kuali ja.. ha..ha..

      Delete
  5. Terliuqnya...sedap makan dengan nasi panas-panas...nyum nyum

    ReplyDelete
  6. I Will Be Coming Back Soon, Thanks for posting Some Great ideas and I'll try to return back With A Completely different browser to check out Things! Also, I put a link to your blog at my site, hope you do not mind.
    best bars to host Corporate Gatherings Singapore

    ReplyDelete
  7. Titanium Spike - T-Shirts - T-Shirt | T-Shirt | T-Shirt
    T-Shirt. T-Shirt. T-Shirt. T-Shirt. T-Shirt. T-Shirt. T-Shirt. T-Shirt. T-Shirt. T-Shirt. titanium wheels T-Shirt. T-Shirt. T-Shirt. T-Shirt. T-Shirt. T-Shirt. T-Shirt. everquest: titanium edition T-Shirt. T-Shirt. T-Shirt. titanium vs stainless steel T-Shirt. T-Shirt. T-Shirt. T-Shirt. T-Shirt. titanium cup T-Shirt. T-Shirt. used ford edge titanium T-Shirt.

    ReplyDelete