Mak Jah suka sangat kalau sentuh topic beg. Tapi eloklah kalau Mak jah mulakan dengan beg jenama Longchamp. Mak Jah tengok ramai kawan-kawan Mak Jah yang selalu contact Mak Jah dan tanya pasal hand bag especially tentang Longchamp (LC). Sebab itulah di dalam blog pasti Mak Jah akan sentuh sedikit sebanyak tentang handbag. Bagi Mak Jah memang sesuai sangatlah kalau kawan-kawan Mak Jah memiliki sekurang-kurangnya sebuah beg LC.
Longchamp Victoire Color Dusty Pink - Mak Jah suka color ni pink cair
Ini kerana cuaca di tempat kita yang selalu hujan tak menentu. Mak Jah pernah sanggup basah kuyup untuk selamatkan beg tangan daripada basah. Mak Jah juga pernah dengar kawan Mak Jah yang tunggu berjam-jam di bus stand kerana tak sanggup nak meredah hujan nanti basah lencun pulak beg LV kesayangannya. Memang orang yang tak ada naluri macam ni tak akan faham kenapa kita jadi sayang sangat pada hand bag sampai macam ni sekali. Kawan-kawan rapat Mak Jah memang faham sangat dengan perangai Mak Jah, bila musim hujan Mak Jah mesti bimbit LC saja ke mana-mana. Boleh jadi payung tutup kepala Mak Jah bila tiba-tiba hujan turun. Lagipun LC mudah dijaga dan dicuci bila ianya kotor. Kekadang kalau Mak Jah travel, Mak Jah senang bawa Longchamp kerana ringan.
LongChamp Planete Color Clay (Ini kesayangan Mak Jah)
Ada juga kawan Mak Jah yang merungut baru-baru ni, katanya bawa LC balik kampung ramai yang tak tahu beg jenama apa. Macam ni lah Mak Jah nak nasihat, tak payah fikir kita nak show off jenama beg yang kita bawa. Bagi Mak Jah beg adalah pelengkap diri Mak Jah, tak perlu kisah sangat pasal brand janji Mak Jah suka dan selesa. Kalau yang masih tak clear dengan brand LC ni Mak Jah nak cerita sikit tentang LC.
Longchamp Planete Color Blue
Beg Longchamp ni berasal dari France. Dalam tahun 1948, Jean Cassegrain pemilik kedai tembakau bercadang untuk buat pembalut batang paip daripada kulit. Sejak itu kalau ada sesiapa yang hendak beli pembalut paip kulit ni kenalah ke kedai Cassegrain. Bila dah menjadi terkenal Cassegrain pun bukalah company leather. Cassegrain tak tahu nak letak nama apa, so satu hari dia berjalan-jalan la dekat track lumba kuda di Paris yang dipanggil Longchamp iaitu maksudnya padang yang panjang (Long Field). Ha... itu dia sejarah nama Longchamp bermula. Kalau dia jumpa Mak Jah mesti jenama hand beg ni nama Mak Jah dah..hee..he..he.. glamour Mak Jah. Lepas tu barulah dicipta purse, barang-barang kulit dan juga accessories lain. Penat weehhh jadi cikgu sejarah niihh. Ada macam-macam jenis dan color jadinya eloklah kawan-kawan Mak Jah bukak web site long champ dan lihat sendiri. Di sini Mak Jah letak a few saja. http://www.longchamp.com/gb/home-gb-10143.html
Longchamp Le Pliage Color Pink
Longchamp Backpack color purple- Hadiah untuk anak dara Mak Jah.
Longchamp Apache koleksi fall/winter 2011
Longchamp LM Steel.
Ini Longchamp lantern koleksi Spring / Summer 2012. Ciptaan Mary Katrantzou yang di lahirkan pada tahun 1983 di Athens (muda lagi weehh). Dia adalah Greek fashion designer yang sekarang ni bekerja dan tinggal di London. Mak Jah tak berminat dengan sentuhan Katrantzou walaupun ini yang latest kerana terlalu colorful. Hampa nak kata tak ikuti peredaran zaman pun tak pa weehhh.. dah meriah sangat dengan tanglung tuuhh.. Bagi Mak Jah la kan kebanyakan koleksinya lebih sesuai untuk Chinese New Year.
Mak Jah harap kawan-kawan Mak Jah yang nak beli LC terutamanya Longchamp Le Pliage yang terlalu banyak tiruan di pasaran sila rujuk ke laman web ini untuk memastikan LC yang dibeli adalah ori atau tidak. Yang paling mudah dilihat ialah zip beg yang mesti tertera tulisan YKK dan banyak lagi petua-petua untuk mengenal pasti perbezaan beg LC di antara ori dan fake.
Ini butik LC di Dubai Mall. Mak Jah sanggup menantikan hingga butik ini dibuka.. he..he.. he.. Apa saja untukmu Longchamp. Mak Jah, ni sebenarnya dah lama jadi consultant tak bergaji untuk survey bag di pasaran so jika ada sebarang soklan jangan malu-malu ya.. Kita siasat bersama-sama.
Ha.. Tq cekodok. So klau ada kawan2 yang sedang mencari LC ORI, jgn was2 sila rujuk blog yang cekodok bagi.
ReplyDeleteapa beza le pliage dengan planetes? baru nak usha brand LC...
ReplyDeleteAlahai sayang, sorry sgt baru baca komen nih. Beza drpd material canvas pada beg. Planetes mahal skit.
DeleteCEr tgk ni
ReplyDeletehttps://www.facebook.com/mofi.ventures
singgah sini..
ReplyDeletecantik2..tp mahal sgt..
ada beza x material lc neo and planetes? nk kirim mmbe ni, katanya planetes tgh sale tp hati nk neo..skg mula laa goyang2 hati ni..hihi
ReplyDeleteDo you need Personal Loan?
ReplyDeleteBusiness Cash Loan?
Unsecured Loan
Fast and Simple Loan?
Quick Application Process?
Approvals within 24-72 Hours?
No Hidden Fees Loan?
Funding in less than 1 Week?
Get unsecured working capital?
Contact Us:(greenlightcapitalcorporation@gmail.com)
Application Form:
=================
Full Name:................
Loan Amount Needed:.
Purpose of loan:.......
Loan Duration:..
Gender:.............
Marital status:....
Location:..........
Home Address:..
City:............
Country:......
Phone:..........
Mobile / Cell:....
Occupation:......
Monthly Income:....
Contact Us:(greenlightcapitalcorporation@gmail.com)
Tersuka pulak pd beg LC nih....
ReplyDeleteTersuka pulak pd beg LC nih....
ReplyDeletesalam. tumpang tanya. mcm mana nak bersihkan beg kain long champ yg terkena minyak? sbb bila sy lap dgn wipe dia meninggalkan bekas :(
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesuke plak baca cerita mak jah nih..
ReplyDeletemenarik info yg di berikan.. 😊
nway, sesape berminat dgn LC, bleh visit ig or fb sy yea.. fiedadean littleshop..
100% authentic from Paris 😊
salam mak jah , saya ada tgk kt LAZADA ada promosi below harga yg ditawarka. blh percaya ka?
ReplyDeleteLagi satu kat 11st streets tu.. ori ke gred 3a ke
ReplyDelete