Thursday, March 29, 2012

Thank you Cellnique


Suka hati betul Mak Jah bila pagi-pagi dapat mesej,' Thank you mak jah ku yg comey,berjaya menghasut saya guna facial care Cellnique. Saya sgt berpuas hati setelah 2 minggu menggunakan produk tersebut'. 

Tu lah Mak Jah dah kata, Mak Jah ni suka berkongsi ilmu pengetahuan dengan semua. Kalau boleh Mak Jah nak panggil semua kawan-kawan Mak Jah, kita sit down dan bincang pasal produk-produk di pasaran. Yang paling best kalau kita sama-sama dapat belajar cara-cara memikat hati pasangan masing-masing. Ni Mak Jah nak pesan. jangan dok duduk sembang mengumpat hal orang, nanti menambahkan dosa saja. Cuba buat kerja-kerja yang berfaedah.

Dari dulu Mak Jah dok habaq, Mak Jah bukan penjual produk, hanya consultant yang tak bergaji. Mak Jah dah cuba macam-macam produk skin care. Pernah kawan-kawan Mak Jah cakap, kenapa pakai Cellnique saja, kenapa tak pakai yang mahal lagi. Mak Jah ni kan kalau kata sabun cap kapak hat warna hijau org dok buat cuci pinggan rumah kenduri kahwin tu sesuai dengan kulit wajah Mak Jah pun akan Mak Jah pakai janji tak ada AHA atau hidrokinon. Mak Jah rasa tidak semestinya sesuatu yang mahal itu menjanjikan kepuasan dalam diri dan sesuai dengan wajah masing-masing.

Dula masa zaman muda belia, Mak Jah tak ada masalah yang serius di muka. Kalau naik jerawat pun sebijik dua saja. Tapi selepas Mak Jah mengandung anak lelaki, hormon Mak Jah jadi pelik. Jerawat keluar penuh muka dan besar-besar pulak tu. Sampaikan pernah hubby cakap "Eee.. teruknya muka you, tak sanggup I tengok". Amboi, sesuka hati noo.. kata kat Mak Jah, dah la kita ni terboyot-boyot mengandung. Pernah jugak ada orang kata pada Mak Jah, "tak kan tak ada duit nak pergi facial dan beli skin care sampai muka teruk macam tu sekali".

Syukur sangat-sangat bila kawan Mak Jah recommend Cellnique pada Mak Jah. Mula-mula tu Mak Jah jadi putus asa sebab dah macam-macam produk yang  Mak Jah cuba. Tapi bila Mak Jah google internet selalu dan baca testimoni orang ramai yang dah pakai produk Cellnique. Akhirnya Mak Jah tekadkan hati dan beli set penjagaan Cellnique untuk kulit sensitif/ berjerawat.
Jika ada kawan-kawan yang nak cuba pakai produk cellnique, boleh mula dengan Skin Action Sebum Gel ni. Boleh juga dicampur dengan skin care yang dah ada. Jika nak tahu lebih lanjut tentang produk-produk dan cara-cara penjagaan wajah menggunakan produk cellnique boleh rujuk laman web http://my.cellnique.com/

Wallllaaa... tahu tak kenapa Mak Jah letak gambar ni, tengok tu Bff ku, Nofa ni pun sama macam Mak Jah. Kami amat berpuas hati. Setelah memakai Cellnique kami rasa macam wajah kembali muda belia seperti 20 tahun yang lalu. Thank You Cellnique....

Wednesday, March 21, 2012

Zaman Anak-Anak Ku VS Zaman Kanak-Kanak Ku


Mak Jah heran tengok bibik yang tergesa-gesa pulang ke rumah dan tercari-cari sesuatu. Mak Jah tanya bibik, " Cari apa Bik Nas?". "Qachik mahu Ipad dia, sebab semua kawan-kawan main Ipad". Aiittt.. petang-petang ni Mak Jah suruh bibik bawak Qachik keluar bermain dengan kawan-kawan. Mak Jah nak anak-anak Mak Jah bercampur gaul dengan rakan-rakan sebaya tapi kalau dah keluar rumah pun masing-masing usung Ipad macam mana ni. Kenapa tak main bola, naik basikal atau main apa saja yang boleh mengeluarkan peluh?


Qachik bila waktu petang selepas mandi akan putih gebu macam tikus jatuh dalam tepung. Bibik Nas kata kalau mandi tak pakai bedak banyak-banyak macam tak puas. Bibik Nas dah sepuluh tahun kerja dengan Mak Jah. Mak Jah dah anggap macam ahli keluarga. Dua kali balik cuti ke Indonesia dan datang balik bekerja dengan keluarga Mak Jah. Nampak tak Qachik main game apa tu. Dia main temple run. Kadang-kadang dia yang ajar Mak Jah main game Angry Bird. Mak Jah naik pening tengok anak-anak Mak Jah yang terperap dalam rumah. Mak Jah nak depa enjoy zaman kanak-kanak depa, pi keluar bermain dengan rakan-rakan sebaya.


Bila Mak Jah balik ke kampung di musim perayaan pun, Mak Jah tengok anak-anak buah sibuk dengan ipad, phone di tangan asyik dok sms, bbm, dengar lagu dengan ipod ataupun riuh rendah bermain PS3. Tengok tu Qachik pun sampai terlentang bermain.
Hubby Mak Jah setiap petang balik kerja mesti bebelkan anak dara Mak Jah. Perangai anak dara Mak Jah dah jadi sebijik macam gambar kartun tu ha. Terperap dalam bilik dan bersahabat dengan gadgets sahaja. Hubby selalu suruh anak-anak keluar dari bilik dan dapatkan fresh air di luar. Bukan hanya hubby tapi Mak Jah sendiri pun naik risau tengok perangai anak-anak yang seolah-olah tak berdunia.
Bila duduk dalam bilik di telinga mesti ada beats headphone. Kadang-kadang sampai nak terkeluar tekak Mak Jah panggil depa keluar dari bilik, rupa-rupanya depa langsung tak dengar kita. Mak Jah heran sungguh bila anak-anak Mak Jah nak beli benda ni. Zaman kita dulu seboleh-bolehnya nak beli earphone yang kecik yang comel-comel. Ini tidak, sebesar-besar alam ini yang depa kata canggih. Bila pergi travel pun bukannya depa nak dengar radio di kereta sama-sama, si kakak dengan beats dan ipod untuk dengar lagu Inggeris. Anak lelaki Mak Jah yang umur sepuluh tahun tu pun sama. Kadang-kadang bila hubby bising marahkan depa barulah depa bukak beats di telinga.

Mak Jah 30 tahun yang lalu..........


Zaman kanak-kanak Mak Jah memang indah. Setiap kali balik ke kampung Mak Jah di Pendang, Kedah. Mak Jah mesti tak lepas peluang ke sawah bendang. Mak Jah mesti ikut mak sedara dan adik beradik Mak Jah yang lain mencari anak ikan karin @ ikan laga di dalam lumpur.
Rasa seronok sangat bila korek-korek lumpur dan jumpa anak ikan karin ni. Lepas tu Mak Jah akan letak dalam botol-botol kaca. Pernah sekali tu dari jauh Mak Jah dah nampak berkilat-kilat. Mak Jah sangka mesti banyak ikan di situ. Mak Jah terus pergi terpa dan malangnya bukan anak ikan karin tapi ular kapak sedang melingkar nak salin kulit. Kecut jugak hati tapi Mak Jah cepat-cepat lari balik. Bila dah 'belemoih' (kotor), sebelum maghrib Mak Jah akan balik ke rumah tok dan mak akan mandikan Mak Jah di telaga. Walaupun air telaga sejuk sangat tapi Mak Jah seronok, Mak Jah akan duduk dan biar mak siram puas-puas.

Kadang-kadang Mak Jah masuk ke dalam kebun getah Tok Wan. Tahu tak Mak Jah buat apa? Bukan nak lastik burung. Mak Jah mana pandai lastik. tapi di tangan tetap bawak jugak lastik sebab sedara mara Mak Jah depa pun ada lastik.  Tahu apa lastik.. ? Sat Mak Jah nak google nak tunjuk contoh lastik.
Macam ni la rupa bentuk lastik getah. Tapi Mak Jah main hentam saja lastik. Tak pernah dapat hasil apapun. Selalu yang jadi mangsa adalah ayam tok. Ha.. lupa pulak nak cerita. Tujuan Mak Jah ke kebun tok wan adalah untuk mencari bijik getah. Mak Jah nak main lawan bijik getah sapa yang paling kuat.

Macam mana kami anak-anak kampung main bijik getah ?? Bijik getah akan dikepit dengan kuat dan sekiranya bijik getah kita pecah maka kalah. Mak Jah akan cari bijik getah yang kulitnya keras supaya tak mudah pecah.

Gambar senapang kayu ni pun Mak Jah ambik from google. Mintak maaaf lah kalau pihak yang empunya gambar ni marah. Tujuan Mak Jah hanya nak berkongsi bersama kawan-kawan. Dulu Mak Jah selalu ikut kawan-kawan lelaki main tembak-tembak. Selalunya senapang kayu Mak Jah suruh kawan lelaki buatkan. Mak Jah ni nama saja pompuan tapi tak ikut kawan-kawan pompuan yang main pondok-pondok, main masak-masak dan main anak patung. Mak Jah rasa macam permainan depa tak adventure langsung. Selalunya Mak Jah cari buah cenerai dulu untuk dijadikan peluru. Sat nak tunjuk contoh buah cenerai kot-kot ada kawan-kawan yang dah lupa. 


Bila tiba musim main tuju getah sampai ke siku Mak Jah susun getah. Selalunya permainan ni Mak Jah akan main dengan kawan-kawan Mak Jah di Sungai Layar, Kedah. Tiba-tiba Mak Jah teringat pada Na, Not, Noni, Razak, Zamri dan ramai lagi kawan-kawan sepermainan Mak Jah yang masih Mak Jah ingat rupa mereka tapi terlupa nama.
Main tuju guli pun seronok juga. Tambah pulak kalau dapat tuju pada guli yang menjadi ibu pihak lawan. Itu dah boleh mematikan pihak lawan.
Seronok sangat bila tengok guli-guli terkeluar dari bulatan selepas kita tuju. Masa time tu kalut Mak Jah mengutip, takut kalau-kalau terlepas pandang nanti ada kawan-kawan yang cilok.

Main tuju selipar kena ada dua team. Bukan main sakit lagi bila kawan-kawan tuju badan dengan bola bila setiap kali Mak Jah nak dirikan semula selipar. Banyak lagi permainan zaman dulu-dulu seperti tuju tin, main sembunyi-sembunyi, galah panjang, batu seremban, tenteng, congkak, Main getah zero point, tarik upih, main gasing dan macam -macam lagi permainan yang Mak Jah nikmati masa dulu.

Walau zaman kanak-kanak tidak secanggih sekarang tapi kita enjoy, banyak memori pahit manis untuk kita kenang di hari tua. Kita punya ramai kawan-kawan. Tambahan pulak persekitaran yang selamat. Dulu tak kita dengar banyak kisah culik, rogol, bakar atau budak hilang di waktu itu. Walau ke mana sekalipun kita pergi bermain, mak akan tahu sebelum maghrib kita pasti pulang ke rumah.

Terima kasih buat kawan-kawan yang sudi membaca cerita Mak Jah kali ini dan apa kata sesekali kita ajak anak-anak kita bersama-sama bermain permainan zaman dulu-dulu. Kita hidupkan kembali permainan-permainan tradisional dan simpan sekejap gadgets mereka itu.

Tuesday, March 20, 2012

Jamu Mak Dara??!!?? Rahsia Wanita...Shhuuuu..




Ha.... hari ni Mak Jah nak cerita tentang kekalutan yang melanda Mak Jah semenjak dua menjak nih. Tau dak kalut pasai apa?? Mak Jah kalut mencari Jamu Mak Dara Gold. Hari-hari Mak Jah godek2 website nih http://www.jamumakdara.com/jamu_mak_dara.html untuk tahu di mana outlet yang berdekatan untuk Mak Jah dapatkan jamu nih.

Mak Jah jadi heran, awatnya bila Mak Jah cakap pasai letih lesu, badan penat dan kalau Mak Jah story pasai result pap smear Mak Jah yg tak normal, ramai kawan-kawan Mak Jah yang cadangkan makan Jamu Mak Dara. Mak Jah ni bukannya jenis suka makan ubat tapi entah kenapa kali ini berdetik di hati untuk siasat, untuk gali lebih dalam lagi tentang jamu Mak Dara. Macam dah jatuh cinta saja.

Mak Jah tengok jiran Mak Jah bergerak ke sana ke mari, asyik keluar masuk saja macam bionic women. Gaya tetap maintain stylo sedangkan umur dah 40++. Satu hari Mak Jah pi makan tosei dengan dia. Terus dia cerita rahsia dia cergas, kekal cantik dan jelita kerana mengamalkan Jamu Mak Dara. Mak Jah jadi heran ingatkan orang elite macam dia nak habaq kata amalkan diet cara sihat, pi dok angkat besi kat gim ka.. tup tup dia suruh Mak Jah cuba amalkan makan Jamu Mak Dara Gold yang hanya RM49.00 tak mahal pun, Itu kata dia...

Lepas balik dari makan tosei tu, Mak Jah punyalah dok pikir, hebat la gamaknya jamu Mak Dara nih. Jadi bila seorang kawan baik Mak Jah bbm, Mak Jah terus habaq la kata nak pi cuba beli jamu nih nak try makan. Kawan Mak Jah kata, dia dah lama ambik dan kawan-kawan Mak Jah yang lain di Seremban pun dah lama amalkan jamu ni. La... jadinya Mak Jah sorang saja ka yang tertinggal keretapi kali nihh.. Tu lah asyik dok shopping benda-benda yang tak berfaedah sedangkan pengambilan jamu macam ni amat penting untuk kecantikan luar dan dalam. Ni Mak Jah nak habaq mai, 'kecantikan dalaman wanita adalah amat penting untuk mengekalkan kesihatan yang berpanjangan kerana ianya menampakkan kecantikan luar dan dalam sekaligus'.

Kawan-kawan la ni rata-rata dok bercakap tentang Jamu Mak Dara Gold dapat membantu mengurangkan masalah-masalah yang selalu dialami oleh wanita. Ianya dapat membantu menyeimbangkan hormon wanita dan menyelaraskan mengikut keperluan sistem tubuh dan juga dapat mengurangkan ketegangan sendi dan otot, sengal-sengal badan (bukan sengal hat bodoh tu) dan elok untuk mereka yang menghidap Arthritis. Ini pemakanan tambahan yang dapat mengatasi masalah dalaman wanita. Kawan-kawan boleh pilih ada dalam bentuk serbuk atau kapsul.


Antara khasiat-khasiat produk Jamu Mak Dara Gold yang Mak Jah bacalah kan.. 
Menyuburkan rahim

Tubuh setiap wanita berbeza mengikut individu. Perbezaan ini memerlukan setiap wanita memiliki sistem peranakan yang sihat dan subur, agar kitaran hormon berfungsi dengan lebih lancar. Ia juga memerlukan formulasi khas untuk mengekalkan keseimbangan nya.
Mengatasi masalah keputihan (ramai wanita dok kena penyakit ni)
Setiap 1 dari 3 wanita pasti mengalami masalah keputihan tidak kira status bujang atau yang sudah berkahwin. Masalah ini terjadi kesan dari pemakanan dan juga persekitaran wanita itu. Faraj yang sihat memerlukan penjagaan sempurna luar dan dalam.
Merapatkan faraj (eheemmm.. penting ni tau)
Wanita sudah berkahwin dan melahirkan, akan mendapati fenomena otot faraj yang longgar sebagai suatu masalah. Bahan-bahan seperti akar serapat dapat membantu mengembalikan ketegangan otot faraj agar dapat merapatkan kembali faraj bermasalah.
Menambah nafsu syahwat (??..lu pikir la sendiri..)
Kurang syahwat merupakan penghalang terbesar bagi mereka yang sudah melahirkan untuk menjalin hubungan intim bersama pasangan. Rangsangan diperlukan dari dalam minda dan luar bagi mengatasi masalah ini.
Memberi Tenaga (Penting untuk Mak Jah yang banyak bergerak)
Kecergasan tubuh wanita menggalakkan kecerdasan minda. Wanita yang menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu, isteri dan bagi mereka yang berkerjaya amat memerlukan tenaga untuk melakukan tugas harian.
Membuang toksik dalam badan
Pemakanan seharian, pencemaran alam sekitar dan ketegangan dapat meningkatkan kuantiti toksik dalam sistem tubuh. Proses menyingkirkan toksik amat penting bagi mengelakkan keracunan organ dalaman tubuh, mengurangkan masalah bau badan dan faraj serta melancarkan perjalanan darah.
Memperbaiki sistem kitaran haid
Kitaran haid yang teratur adalah penting untuk memastikan keseimbangan hormon Estrogen. Pelbagai kesan akan timbul sekiranya kitaran haid tidak teratur seperti pertambahan berat badan, sukar mendapat kan cahaya mata dan lain-lain.
Membakar lemak berlebihan (Tak payah pi slimming dah noo..)
Lemak berlebihan menyebabkan pertambahan berat badan. Pembakaran lemak berlebihan menggalakkan penurunan berat badan, dapat mengekalkan barat badan yang ideal dan memperkemaskan penampilan.
Membuang angin (jangan dok buang angin tak ketahuan depan orang sudah)
Angin terhasil daripada pemakanan yang tidak seimbang dan pendedahan pada persekitaran yang kurang sihat. Pembuangan angin berlebihan dapat mengurangkan masalah ketidakselesaan badan.
Mengurangkan masalah bau badan (Ya lah perfume Annick Goutal ada tapii..)
Masalah bau badan adalah normal bagi mereka yang berbadan besar dan sudah melahirkan. Pengamalan pemakanan tambahan dan diet seimbang dapat membantu mengurangkan masalah bau badan.
Mengatasi masalah kemaluan berbau (Haddooiii... malu)
Pengurangan toksik dalam badan sekaligus dapat mengurangkan masalah bau badan dan masalah kemaluan berbau.
Mengurangkan kesakitan di bahagian pinggang (ramai kena ni lepas bersalin)
Kesakitan di bahagian pinggang merupakan kesan langsung dari gaya hidup aktif dan penggunaan otot pinggang secara eksesif.

Ibu-Ibu lepas Bersalin
Mengurangkan masalah lemah tubuh badan terutamanya bagi ibu-ibu selepas bersalin. Ibu-ibu selepas melahirkan selalunya mengalami masalah lemah tubuh badan. Pemakanan tambahan yang serasi dapat membantu mengurangkan masalah lemah tubuh badan.

Mak Jah ni pun kalau tahu apa-apa suka nak share dengan orang. Maklumlah ilmu yang kita dapat elok dikongsi jangan dok kemut. Jadinya Mak Jah ceritakan tentang jamu ni pada manager di tempat kerja, Puan Lela. Mak Jah kata badan selalu rasa letih dan lesu jadi kawan-kawan suruh cuba makan jamu Mak Dara. Manager Mak Jah pun sokong kata jamu ni bagus, boleh pulih tenaga. Tiba-tiba seorang manager lelaki mencelah, "kalau Puan nak beli jamu tu, tolong belikan sekali untuk pekerja kita, Aliff dan Saiful. Saya dah tak tahan mereka selalu ponteng kerja dan bagi alasan sebab penat". Apa nak di kata??? Alahai... jamu ni bukan sekadar untuk memberi tenaga tetapi untuk menyelesaikan beberapa masalah wanita sahaja.


Mak Jah tak pandai bab produk ubat kuat untuk lelaki laaa... Lagi satu nak habaq mai, Mak Jah bukan nak jual produk Jamu Mak Dara Gold tapi sekadar berkongsi cerita dengan kawan-kawan Mak Jah. Terima kasih kepada semua yang sudi membaca blog Mak Jah, kawan-kawan di Malaysia dan di luar negera seperti di USA, Japan, German, Australia, Indonesia, Brunei, Jordan, Arab Saudi, Rusia dan banyak lagi..


Wednesday, March 14, 2012

Wanita Dan Pap Smear Ibarat Mimpi Ngeri...



Pada minggu lepas, di suatu petang yang indah ketika Mak Jah sedang memandu tiba-tiba Mak Jah dikejutkan dengan panggilan talifon dari Ampang Putri Specialist Hospital. Waaahhh.. statement memang penipu habis. Minggu lepas di Kolumpo asyik hujan dengan ribut saja di waktu petang, bila masanya yang indah. Apapun Alhamdullillah, hujan kan rahmat dari Allah. 


"Puan, keputusan Pap Smear sudah kami terima. Doktor minta Puan segera datang ke klinik kerana di dalam report Puan didapati ada kuman".

"Baiklah, terima kasih. Esok saya akan ke sana, tolong set appointment saya untuk berjumpa dengan doktor"


Jeng..jeng..jeng.. Sebab inilah Mak Jah malas nak buat check up. Nak buat blood test pun Mak Jah tak sanggup. Mak Jah kalau boleh tak mahu tahu jika ada sebarang penyakit. Tapi sejak pemergian Abah, saudara mara Mak Jah selalu ingatkan Mak Jah supaya pergi buat check up kerana sejarah keturunan Mak Jah ramai yang meninggal disebabkan cancer. Atas kesedaran inilah Mak Jah pergi buat ujian Pap Smear. Mak Jah tahu ramai kawan-kawan Mak Jah yang takut mendengar perkataan Pap Smear. Mula terasa sakit dan ngilu jika dibayangkan bagaimana ujian ini dibuat.


Ini Mak Jah nak cerita sedikit tentang ujian Pap Smear. Hari ni Mak Jah teringin sangat nak jadi doktor pakar sakit puan. Pap Smear ni ujian saringan yang digunakan untuk memeriksa penyakit di serviks wanita yang tidak mempunyai sejarah penyakit serviks seperti kanser.




Pap smear dikenali sebagai ujian papanicolaou. Sedikit tisu dari pangkal serviks di ambil. Oouuucchhh... inilah part tak boleh tahan nihh.. kemudian tisu ini dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi untuk menjadi kanser. Biasanya sel serviks tidak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman. Sel yang normal akan mengalami beberapa perubahan dalam jangka masa tertentu sebelum menjadi sel kanser.  


Pap smear boleh mengesan perubahan pada sel di peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser. Masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara 2 hingga 10 tahun. Jadi, sekiranya pap smear dilakukan setiap 3 tahun, peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel  kanser adalah cerah sebelum ia menjadi kanser serviks. Rawatan di peringkat awal mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh. Tapi doktor Gyne Mak Jah cakap kena buat ujian Pap Smear tiap-tiap tahun. Kebanyakan wanita yang mengidap cervical cancer kerana mereka tidak membuat ujian Pap Smear di dalam tempoh 5 tahun atau lebih. 


Alhamdullilah.. baru lega hati Mak Jah bila doktor terangkan pada Mak jah tak semua keputusan abnormal Pap Smear bermaksud terdapatnya kanser serviks. Mak Jah masih ingat kata-kata Doktor Mani, seorang doktor pakar sakit puan berbangsa India berusia 50-an.
Doktor Mani nasihat untuk melakukan perkara-perkara berikut:
  • Mengulangi pemeriksaan Pap smear
  • Memberi ubat seperti Krim Estrogen. Keabnormalan dalam serviks mungkin biasa semasa menopaus apabila hormon seks seperti estrogen mengurang. Sekiranya estrogen rendah yang menyebabkan keabnormalan dalam serviks, hasil pemeriksaan sepatutnya semakin positif selepas menggunakan krim estrogen.
  • Melakukan kolposkopi. Apabila melakukan kolposkopi, doktor akan menggunakan peralatan yang dipanggil kolposkop untuk memeriksa serviks. Semasa prosedur ini, doktor akan menyapu larutan cuka lembut pada permukaan serviks. Kawasan yang bertukar menjadi putih selepas penyapuan larutan tersebut akan dianggap sebagai tidak normal.
  • Melakukan biopsi dengan mengambil sebahagian kecil permukaan serviks dan menghantarnya ke makmal untuk ujian. Melalui biopsy, doktor kamu boleh menentukan sama ada terdapat keabnormalan yang dijumpa semasa Pap smear atau kolposkopi adalah disebabkan kanser ataupun tidak.
1.
Radang serviks yang disebabkan oleh monilia, papillomavirus, trichomonas, herpes virus dan jangkitan bakteria.
2.
Cervical dysplasia dimana sel serviks di persimpangan squamous calamus  menunjukkan perubahan abnormal yang berpotensi untuk menjadi sel kanser. 
Wanita yang dijangkiti Human Papillomavirus dibahagian serviks mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser serviks.  Human Papillomavirus biasanya menjangkiti mereka yang melakukan seks rambang kerana ia adalah sejenis penyakit bawaan seks. Kanser serviks juga kerap terjadi dikalangan wanita yang merokok.

 "Saya baru saja tadi pagi check seorang perempuan melayu masih muda. Dia lawyer. Banyak sedih sebab dia mengandung lagi sedang kena itu cervical cancer tahap tiga. Kita orang perempuan kena jaga kesihatan. Kena selalu pergi check doktor. Orang lelaki apa peduli, isteri mati boleh cepat-cepat cari lain perempuan".

Mak Jah hanya ketawa pada Doktor Mani. Pengakuannya sangat ikhlas. Dia menegur sikap Mak Jah yang takut berjumpa doktor dengan menceritakan kisah-kisah yang menakutkan dan boleh menginsafkan Mak Jah... 

Bila Ujian Pap Smear Mak Jah Didapati Tidak Normal... Apa yang perlu dibuat.. Inilah yang STReSS!!!!

Keputusan abnormal boleh disebabkan oleh beberapa faktor;


Siapa yang berisiko tinggi untuk mendapat kanser serviks?



Mak Jah harap semua kawan-kawan Mak Jah akan ambil berat tentang penjagaan kesihatan. Kita cegah dulu sebelum parah. Pada kawan-kawan Mak Jah yang dah lama tak pergi buat ujian Pap Smear silalah segera berjumpa doktor.

Wednesday, March 7, 2012

Wahai Isteri Perlukah Anggun Bak Kate Middleton, Stylo Bak Victoria Beckham


Waahhh..., semalaman Mak Jah tak boleh tidur lena. Rasa resah gelisah dan macam -macam perasaan yang menghantui perasaan Mak Jah. Puncanya bila hubby Mak Jah menceritakan tentang sahabat kami yang dalam proses hendak bercerai. Subhanallah..

Dari Ibnu Umar r.a dari Nabi Muhammad saw beliau bersabda yang bermaksud, "Perbuatan halal yang dimurkai Allah ialah talak" 

Di Malaysia ni kes-kes perceraian semakin meningkat setiap tahun. Satu statistik yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM di mana di Malaysia kini, terjadinya 1 kes perceraian untuk setiap 15 minit di kalangan pasangan suami-isteri yang beragama Islam!

Mak Jah tanya hubby, "apa puncanya rumah tangga mereka retak". Hubby jawap, "si H cakap isterinya tak kemas rumah, rumah semak dan kotor, berpakaian selekeh, malas masak asyik masak nasi goreng saja hari-hari untuk dia dan anak-anak dan bla.. bla.. bla.. "

Mak Jah jadi hairan sebab si H memang baik orang. Seorang lelaki yang berpewatakan lembut dan penyabar orangnya. Hubby Mak Jah cerita lagi, "sekarang ni si H dah mula rapat dengan secretarynya. Hari-hari secretary masakkan untuk si H dan bawa bekal ke ofis". Mak Jah terus mencelah, "patutlah dah mula merungut pasal isteri. Kenapa dah berbelas tahun kita kenal si H tak pernah kita dengar keburukan isterinya. Sekarang ni sejak ada kekasih, baru nampak salah isteri".

Mak Jah jadi tak senang duduk. Mula terfikirkan anak-anaknya yang 4 orang. Kesian pada anak-anak yang tak mengerti apa-apa. Rasa macam nak sangat selamatkan rumah tangga mereka. Perlukah Mak Jah berjumpa dengan isteri si H dan nasihat dia suruh bersolek, bergaya sakan macam Victoria Bekham. Biar sentiasa anggun macam Kate Middleton. Mak Jah nak suruh dia kemas rumah bersih-bersih dan kalau dia tak larat nanti Mak Jah upah saja sesiapa supaya tolong. Mak Jah rasa macam nak buat segalanya untuk dia sebelum ianya terlambat. Mak Jah terpaksa akui, setiap kali Mak Jah jumpa isteri si H, dia akan memakai kemeja besar jenis denim dengan rambutnya potongan bulat. Itulah stylenya sejak Mak Jah kenal dia 13 tahun yang lalu. 


Mak Jah mula teringat kata kawan Mak Jah, Azian. "Kita ni kenalah bergaya, berpakaian kemas dan menarik,  bersolek dan berdandan depan suami. Jangan nampak kusut masai, macam perempuan busuk. Suami kita kalau nampak perempuan seksi mesti toleh. Itu naluri lelaki yang normal".

Mak Jah tak kata rumah tangga Mak Jah dah sempurna hinggakan Mak Jah nak jaga tepi kain kawan Mak Jah. Bagi Mak Jah jodoh, ajal dan maut di tangan Allah. Rumah tangga sesiapa pun boleh diuji sebegitu dengan kehendak Allah. Sebab Mak Jah tak mampu nak berjumpa dengan isteri si H dan membetulkan keadaannya Mak Jah hanya mampu menulis di blog ini. 

Pernah seorang sahabat menegur Mak Jah, kenapa perlu pergi ke salon rambut dan berfesyen sakan sedangkan Mak Jah bertudung. Mak Jah cakap, kecantikan seorang isteri adalah untuk suaminya. Tak salah kalau wanita bertudung hendak menggayakan rambutnya kerana aurat seorang isteri adalah untuk suaminya. Mak Jah rayu sangat dengan semua kawan-kawan Mak Jah di luar sana supaya sedar dan berubahlah. Jangan lagi hanya berpakaian baju kelawar lusuh di hadapan suami atau memakai t 'shirt kotor dan lencun dengan alasan membersih rumah. Bila dah siap kerja-kerja mengemas, cepat-cepatlah tukar pakaian yang bersih dan kemas untuk sambut suami pulang ke rumah. Bila seorang isteri menjadi ibu kadang-kadang mereka sudah lupa tanggung jawap mereka pada suami. Suami juga perlukan perhatian dan belaian daripada seorang isteri. 

Sebagai seorang isteri, kita perlu berusaha untuk menjadi seorang ibu yang terbaik, sentiasa menjaga kebersihan rumah, memasak makanan yang lazat dan melayani suami dengan baik. Cari dan penuhi kehendak suami. Sebagai contoh, kawan-kawan tidak harus menolak permintaan suami untuk mengikut dia ke mana-mana sahaja yang diingininya untuk menggembirakan hatinya. Ini akan mengelakkan suami mencari perempuan lain untuk bersamanya. Secara keseluruhannya, untuk mengelakkan perceraian, kawan-kawan mesti mengelakkan perbezaan dan perselisihan yang terdapat dalam perkahwinan menjadi sesuatu yang membangkitkan emosi masing-masing. Tetapi jangan sampai mengikut kehendak suami sehingga melakukan kemungkaran kepada Allah. Itu ditegah di dalam Islam dan kita sebagai isteri diwajibkan untuk mengabaikan suruhan itu.

Allah SWT telah memberi tip yang paling mujarab di dalam al-Quran firmannya yang bermaksud: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Rum: 21).

Mak Jah faham si H sudah mula tutup pintu hati pada isterinya setelah mendapat layanan yang baik daripada perempuan lain. Sejak itu, si H mula nampak segala apa yang dilakukan isterinya serba tidak kena. Mak Jah harap sangat, si H dapat meluahkan apa yang tidak kena dan berterus terang tentang apa yang diinginkan di dalam rumah tangga mereka dan bukannya jalan penyelesaian dengan berpisah. 

Firman Allah swt di surah An Nisa' ayat 19,
" Pergaulilah isterimu dengan baik, sekiranya kamu benci kepada mereka, boleh jadi ada yang kamu benci itu Tuhan akan menjadikan kebaikan yang banyak padanya"
Cubalah kawan-kawan sedarkan pasangan bahawa dirinya berharga dalam hidup anda dan sentiasa menunjukkan anda sentiasa memerlukan mereka. Selain itu, kenalilah dan penuhilah kehendak dan permintaan pasangan anda dalam menjamin kehidupan yang lebih baik bersamanya.

Dari buku ” Adab Dalam Agama” karya Drs Ahmad Rafaai Ayudin,terbitan Al Ramadhan.
Adab Suami Kepada Isteri 
Si suami hendaklah bertutur kata dengan lemah lembut.Tunjukkan cinta dan kasih sayang dengan isteri.Tunjukkan kegembiraan ketika bermesra dan lupakan kesalahan - kesalahan. Jagalah kehormatan dan jangan banyak berdebat dengannya. Bersikap murah hati ketika memberi nafkah. Jangan abaikannya dan berbuat baiklah dengan keluarga dan kaum kerabatnya. Hendaklah mempunyai rasa cemburu diantara keduanya.
Adab Isteri Kepada Suami 
Hendaklah si isteri selalu berasa malu kepada suaminya.Jangan banyak berbantah dan berdebat. Diam dan memberi perhatian bila suami sedang bercakap. Jangan berkhianat dalam segala hal terutama soal harta. Jagalah badan selalu segar dan harum. Mulut jangan sampai berbau dan pakaian hendaklah sentiasa bersih. Bersikap lemah lembut dan selalu berhias diri.
'Apa yang mampu Mak Jah lakukan kini hanyalah berdoa kepada Allah swt supaya rumah tangga mereka berdua kembali aman dan bahagia... amin'
"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina"
(Surah Al-Mukmin/Ghafir 40: Ayat ke 60)


Sunday, March 4, 2012

LONGCHAMP.. Hello...Hello.. Ori ke??





Mak Jah suka sangat kalau sentuh topic beg. Tapi eloklah kalau Mak jah mulakan dengan beg jenama Longchamp. Mak Jah tengok ramai kawan-kawan Mak Jah yang selalu contact Mak Jah dan tanya pasal hand bag especially tentang Longchamp (LC). Sebab itulah di dalam blog pasti Mak Jah akan sentuh sedikit sebanyak tentang handbag. Bagi Mak Jah memang sesuai sangatlah kalau kawan-kawan Mak Jah memiliki sekurang-kurangnya sebuah beg LC. 
Longchamp Victoire Color Dusty Pink - Mak Jah suka color ni pink cair 


Ini kerana cuaca di tempat kita yang selalu hujan tak menentu. Mak Jah pernah sanggup basah kuyup untuk selamatkan beg tangan daripada basah. Mak Jah juga pernah dengar kawan Mak Jah yang tunggu berjam-jam di bus stand kerana tak sanggup nak meredah hujan nanti basah lencun pulak beg LV kesayangannya. Memang orang yang tak ada naluri macam ni tak akan faham kenapa kita jadi sayang sangat pada hand bag sampai macam ni sekali. Kawan-kawan rapat Mak Jah memang faham sangat dengan perangai Mak Jah, bila musim hujan Mak Jah mesti bimbit LC saja ke mana-mana. Boleh jadi payung tutup kepala Mak Jah bila tiba-tiba hujan turun. Lagipun LC mudah dijaga dan dicuci bila ianya kotor. Kekadang kalau Mak Jah travel, Mak Jah senang bawa Longchamp kerana ringan. 


LongChamp Planete Color Clay (Ini kesayangan Mak Jah)


Ada juga kawan Mak Jah yang merungut baru-baru ni, katanya bawa LC balik kampung ramai yang tak tahu beg jenama apa. Macam ni lah Mak Jah nak nasihat, tak payah fikir kita nak show off jenama beg yang kita bawa. Bagi Mak Jah beg adalah pelengkap diri Mak Jah, tak perlu kisah sangat pasal brand janji Mak Jah suka dan selesa. Kalau yang masih tak clear dengan brand LC ni Mak Jah nak cerita sikit tentang LC.


Longchamp Planete Color Blue


Beg Longchamp ni berasal dari France. Dalam tahun 1948, Jean Cassegrain pemilik kedai tembakau bercadang untuk buat pembalut batang paip daripada kulit. Sejak itu kalau ada sesiapa yang hendak beli pembalut paip kulit ni kenalah ke kedai Cassegrain. Bila dah menjadi terkenal Cassegrain pun bukalah company leather. Cassegrain tak tahu nak letak nama apa, so satu hari dia berjalan-jalan la dekat track lumba kuda di Paris yang dipanggil Longchamp iaitu maksudnya padang yang panjang (Long Field). Ha... itu dia sejarah nama Longchamp bermula. Kalau dia jumpa Mak Jah mesti jenama hand beg ni nama Mak Jah dah..hee..he..he.. glamour Mak Jah. Lepas tu barulah dicipta purse, barang-barang kulit dan juga accessories lain. Penat weehhh jadi cikgu sejarah niihh.  Ada macam-macam jenis dan color jadinya eloklah kawan-kawan Mak Jah bukak web site long champ dan lihat sendiri. Di sini Mak Jah letak a few saja. http://www.longchamp.com/gb/home-gb-10143.html


Longchamp Le Pliage Color Pink


Kawan-kawan Mak Jah selalu tanya macam mana nak tahu yang mereka beli tu original LC ke tak. Sejak ada shopping online ni ramai yang beli melalui internet saja. Lagipun harga yang ditawarkan sangat murah berbanding dengan butik LC di KL. Tapi Mak Jah nak berpesan, kalau LC Le Pliage harga yang ditawarkan dibawah RM300. Itu dah meragukan Mak Jah sangat-sangat melainkan ianya dikirim pada kawan or sedara beli di Paris. Begitu juga dengan LC Planete. Harga yang ditawarkan tidak boleh di bawah RM400. Tapi kalau size small dan short handle possible jugak below RM400. Sebenarnya Mak Jah ni kaki surfed internet untuk online shopping, jadinya Mak Jah dah tahu range harga beg-beg LC. 

Longchamp Backpack color purple- Hadiah untuk anak dara Mak Jah.

Longchamp Apache koleksi fall/winter 2011

Longchamp LM Steel.

Ini Longchamp lantern koleksi Spring / Summer 2012. Ciptaan Mary Katrantzou yang di lahirkan pada tahun 1983 di Athens (muda lagi weehh). Dia adalah Greek fashion designer yang sekarang ni bekerja dan tinggal di London. Mak Jah tak berminat dengan sentuhan Katrantzou walaupun ini yang latest kerana terlalu colorful. Hampa nak kata tak ikuti peredaran zaman pun tak pa weehhh.. dah meriah sangat dengan tanglung tuuhh.. Bagi Mak Jah la kan kebanyakan koleksinya lebih sesuai untuk Chinese New Year.

Mak Jah harap kawan-kawan Mak Jah yang nak beli LC terutamanya Longchamp Le Pliage yang terlalu banyak tiruan di pasaran sila rujuk ke laman web ini untuk memastikan LC yang dibeli adalah ori atau tidak. Yang paling mudah dilihat ialah zip beg yang mesti tertera tulisan YKK dan banyak lagi petua-petua untuk mengenal pasti perbezaan beg LC di antara ori dan fake.




Ini butik LC di Dubai Mall. Mak Jah sanggup menantikan hingga butik ini dibuka.. he..he.. he.. Apa saja untukmu Longchamp. Mak Jah, ni sebenarnya dah lama jadi consultant tak bergaji untuk survey bag di pasaran so jika ada sebarang soklan jangan malu-malu ya.. Kita siasat bersama-sama. 




Resepi Ayam Tonggeng Panggang - Style Mak Jah

Hari ni rumah Mak Jah Full House. Kami lima beradik berhimpun di sini. Selalunya bila kami ada kesempatan berhimpun ramai-ramai macam ni kami baca yassin dan buat tahlil untuk arwah Abah.  Walaupun dah hampir setahun arwah Abah pergi menghadap Illahi tapi bila adik beradik Mak Jah datang, Mak Jah mesti menitik air mata sebab terkenangkan arwah Abah. Dulu arwah Abah kalau nak datang rumah Mak Jah mesti call dulu dan pesan, " Abah nak makan kari ikan masak mamak. Kin jangan lupa letak mangga". Subhanallah.. arwah Abah suka sangat kari mamak.

Ehh, Ok.. ok.. tak mau.. tak mau sedih-sedih hari ni Mak Jah nak panggang 4 ekoq ayam tertonggeng-tonggeng nak jamu adik beradik Mak Jah. Mak Jah sebenarnya dah janji dengan kawan-kawan nak share resepi AYAM TONGGENG PANGGANG Style Mak Jah ni. 




Ha... tu dia, 4 ekoq ayam Mak Jah beli di AYAMAS http://www.ayamas.com.my/. Mak Jah suka beli ayam  size M. Bukan kedekut nak beli size yang besar sikit tapi Mak Jah rasa size M dah sesuai dengan jiwa raga Mak Jah. Ayam yang dibeli di Ayamas dah di cuci bersih-bersih even di dalamnya pun but..tak rugi kalau kita cuci sekali lagi. Gaulkan dengan tepung gandum, cuci bersih-bersih dan lepas tu kita selawat. Selepas dibersihkan, ayam-ayam ini Mak Jah lap dengan kain bersih sampai kering. Supaya nanti ianya sebati dengan bahan-bahan yang kita marinade

Gambar A
Nampak tak bahan-bahan yang Mak Jah pakai. Buttercup, sos cili, sos lada hitam. sos tiram, kicap manis dan madu. Selalunya kalau anak Mak Jah mintak ayam panggang yang simple. Mak Jah akan marinade bahan-bahan di gambar A saja. Ingat tau jangan letak banyak garam sebab buttercup sudah ada rasa masin dan madu sudah cukup manis.

Gambar B

He..he..he.., terasa kreatif la konon. Ini bahan-bahannya kalau ada yang suka marinade cara tradisional. Bawang besar, bawang kecil, bawang putih, cili merah dan cili padi, halia, lengkuas, kunyit hidup, serai dan daun kunyit.


Butter yang telah dicairkan.


Di sebabkan menu masakan ni style Mak Jah kan.. sooo Mak Jah punya sukalah nak masak sesuka hatiku. Gambar A+ gambar B + gambar C maka jadilah macam gini setelah bahan-bahan tadi dikisar. Daun kunyit pula Mak Jah hiris halus-halus.



Ini dia, 4 ekor ayam Mak Jah sedang berenang-renang di lautan marinade. Kali ni Mak Jah perap lama sikit lebih kurang 6 jam. Selepas diperap Mak Jah simpan balik dalam fridge.


Are you ready...?? Ok.. ayam-ayam tonggeng Mak Jah dah pun siap sedia untuk dipanggang.  Ingat ya, cover skit leher dan kaki supaya ayam-ayam ni tak malu.. He..he... dak aaihhh.. part tu yang selalu masak cepat, nanti rentung lak...



Ingat.. panaskan oven dahulu. Suhu oven adalah 175' dan ayam-ayam ini dibakar selama satu jam. Selepas setengah jam, Mak Jah akan balikkan ayam ini supaya bawahnya juga masak sekata.


Taaaaraaa.... itu dia ayam tonggeng Mak Jah.. Bukannya rentung atau hangit. Ingat tak ?? bukan ka Mak Jah letak madu dan kicap tentulah colornya gelap. p/s Mak Jah memang suka semua benda yang color gelap... ha..ha..ha..Kalau kawan-kawan ikut betul-betul petua Mak Jah ni mesti jadi punyalah dan jika sesiapa yang ada kemusykilan boleh tanya soklan.



Sorry no.., Mak Jah tak sempat nak letak bedak make up lawa-lawa ayam tonggeng ni. Ramai sangat dah yang tak sabar nak makan... Chewaahhh konon-konon macam lah sedap sangat.. Ayam ni mak Jah dah potong 4 bahagian. Mak Jah percaya lepas ni kawan-kawan Mak Jah yang ada oven tapi tak pernah berasap tu... tentu berminat nak mencuba resepi ayam panggang ni.

Wednesday, February 29, 2012

Kisah Wiitt ke Klinik- Kesian Kena cucuk


Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Hari ni anak bongsu Mak Jah nak kena bawak ke klinik. Witt dilahirkan pada 9hb Disember 2011, maklumlah dah nak masuk 3 bulan kenalah Mak Jah bawak check dengan doktor. Sejak ada anak kecil ni semula, routine harian Mak Jah dah mula sibuk. Oh ya, sebelum tu Mak Jah nak cerita kenapa nama anak bongsu Mak Jah ni pelik sangat.




Haa..., sila tanya kepada tuan empunya Wiit. Qachik yang letakkan nama anak bongsu Mak Jah kali ni. Sejak ada Wiitt, Qachik tak sunyi  Nampak tak pic tu, Qachik letakkan Wiitt dalam kotak dan selimutkan Wiit.. Tapi Mak Jah nak pesan pada semua penggemar kucing yang ada anak kecil. Pastikan anak kita basuh tangan selepas bermain dengan kucing. Bila Qachik dah lena, Mak Jah jauhkan Wiitt dari Qachik. Mak Jah kena pantau tak nak nanti Qachik terkena asma.




Sebelum memiliki Wiitt, Qachik hari-hari ajak Mak Jah cari kucing di kawasan rumah Mak Jah. Pada suatu petang Qachik beritahu Mak Jah, "Mommy kena panggil Wiitt..Witt.. baru kucing dengar dan datang". Mak Jah hanya tersenyum dan ikut saja kehendak Qachik. Petang itu kami dua beranak pun menjerit-jerit memanggil Wiitt.. Wiitt.. di kawasan perumahan Mak Jah. Ada jiran yang tanya pada Mak Jah, "buat apa ni?". Mak Jah jawap, "Cari kucing". "Eh, selalunya org cari kucing panggil meow, meow. Bukan panggil wiitt, wiitt macam ni". Mak Jah hanya tersenyum dan jawap, "Qachik yang ajar macam ni".




Keesokan paginya Qachik datang pada Mak Jah, "Mommy pergi tenok (untuk perkataan Tengok) ada anak kucing dan mak dia di bakang rumah (belakang). Kan Qachik dah kata kena jerit wwiitt..wwiitt.. kuat-kuat baru kucing dengar". Ha..ha..ha.. lucunya anak ini. Mak Jah rasa pelik tapi Mak Jah hanya tersenyum dan suruh Qachik berikan makanan. Memang Mak Jah dah stand by makanan untuk diberikan kepada kucing-kucing terbiar yang datang. Malangnya jodoh Qachik bersama kucing itu tidak lama dan beberapa hari selepas itu ianya tidak kelihatan lagi. Sejak itu Qachik sekali lagi mengajak Mak Jah menjerit wwiitt..wittt.. mencari kucing. Alahai anak..penatlah Mommy kalau selalu macam ni...






Mak Jah dah lama tak bela kucing sejak kematian Nicky. Nicky dibela Mak Jah pada tahun 1996. Waktu itu Mak Jah di ITM Shah Alam. Setelah Mak Jah berkahwin pun Nicky masih tidur sekatil dengan Mak Jah. Malangnya dalam tahun 1998, Mak Jah dan hubby yang baru balik dari kerja dikejutkan dengan keadaan Nicky yang sudah tidak bernyawa lagi. Nicky terjatuh dari apartment tingkat 5 rumah Mak Jah. Kalaulah hubby Mak Jah menitik air mata semasa menanam mayat Nicky, bayangkan pula bagaimana keadaan Mak Jah. Mak Jah macam orang putus asa dan menangis setiap kali terkenangkan Nicky. Akhirnya hubby mengambil keputusan untuk pindah dari apartment tu. Sejak kematian Nicky, Mak Jah dah tutup pintu hati dan nekad untuk tidak mahu bela kucing lagi. Ini percubaan semula Mak Jah setelah 14 tahun kematian Nicky.




Masa mula-mula kami dapat Wiitt, pening jugak pikir macam mana nak inform pada hubby. Bila Mak Jah suarakan hasrat Qachik nak bela kucing, hubby halang 100%. Macam-macam alasan dia bagi especially dia takut bulu kucing boleh buat Qachik sakit dan rosak perabot dalam rumah dicakar kucing. Tapi sekarang hubby yang lebih-lebih. Sebelum pergi kerja hubby mesti cari Wiitt dulu dan pesan pada kami untuk jaga Wiitt elok-elok takut hilang atau dicuri orang. Sebelum tidur hubby akan bawak Qachik naik ke katil bersamanya dan tengok tv sambil peluk Wiitt.

Persedian untuk membela kucing mahal jugak harganya. Nampak tak. rantai leher berloceng Wiitt pun ada dua Qachik belikan. Yang rantai merah ni dah hilang sebab kadang-kadang Qachik pinjam untuk pakai di tangannya sendiri.



Ini makanan Wiitt supaya dia gemuk, sihat dan bulunya tidak mudah gugur.




Sejak ada Wiitt, Qacik dah ada teman untuk diajak bermain. Ok, Ok Mak Jah dah lambat. Mak Jah nak keluar dah, nak pergi bawak Witt ke klinik haiwan.




Oooohhhh.... Mommy, where are we going to...??




Mommy are you sure, you wanna take me with you... I think I do not want follow you this time. Let me stay at home with Bibik please.. Mommy... please.




Ini dia... jenng..jeng.. Mak Jah dah siap buat pendaftaran. Wiitt sedang menunggu giliran untuk berjumpa Doktor Vet bernama Doktor Peter.




Wiitt sedang diperiksa oleh Doktor Peter. Kesiannya anak Mommy basah terkena air.




Hah.., nampak tak.. Wiitt telah selamat dicucuk vaksin untuk mencegah feline rhinotracheitis, feline calicivirus dan feline pneumonitis yang membawa kepada kuman feline respiratory. Supaya semua tak fening lah dok pikir feline ni apa benda, meh nak terang dalam bahasa yang simple. Ini untuk menghindari dari virus dan bakteria yang boleh membawa penyakit selsema serta bersin yang boleh membawa kepada kematian. Witt juga telah diberikan ubat cacing. Doktor Peter cakap selepas dicucuk Wiitt akan sedikit lemah dan kurang bergerak aktif.. Mari kita tengok benarkah kata Doktor Peter.




Sesampainya Wiitt di rumah terus saja terkam mainannya...'Catit scratcher'.




Nampaknya tak ada sedikit perubahan pun pada Witt tetap bergerak aktif dan lasak macam selalu. Bila bercakap tentang aktif dan lasak, sejak akhir-akhir ini Wiitt memang suka mencakar dan gigit. Tapi bila Mak Jah tanya Doktor Peter tadi, katanya itulah cara Wiitt bermain. Pening Mak Jah dibuatnya bila tengok tangan Qachik selalu calar dan berdarah dicakar Wiitt. Jadinya Doktor Peter berikan Mak Jah Meow Magazine, sila rujuk laman web  http://www.TheCatsMeowMag.com/ 


Melalui majalah ini, Mak Jah belajar tentang cara mengatasi masalah kucing yang suka bermain kasar seperti Wiitt. Rendam kulit oren dalam air semalaman. Selepas itu masukan ke dalam botol yang boleh dispray dan sekiranya kucing bertindak liar spray saja ke arahnya. Oh ya, nanti Mak Jah  nak cuba.Thank you, Meow Magazine.