Friday, January 17, 2014

I'm in Love @ Mount Titlis, Switzerland

Assalammualaikum... dah lama sangat Mak Jah tak menulis. Tahun 2013 mmg sibuk sesangat. Almaklumlah hubby tercinta DS kerap balik melawat kawasan sebelum dan selepas PRU13. Mak Jah sendiri kena handle macam-macam benda yang DS amanahkan. Tapi yang paling istimewa, hadiah yang tidak terhingga dari DS tercinta adalah percutian ke Eastern Europe sempena Ulang Tahun Perkahwinan kami. Maklumlah zaman muda-muda kahwin dulu tak mampu nak pergi ke Europe macam rhetis Rozita Che Wan dengan Zain honeymoon.


Di Switzerland, Mak Jah dan hubby stay di http://www.alpina-luzern.ch/ 

Hotel *** ALPINA Lucerne, directly dekat dengan train station Lucerne, KKL Culture, Convention Centre (tak perlu teksi, semuanya Mak Jah menapak je), in the middle of the city centre, dekat dengan lake Lucerne, the world famous Chapel Bridge. Hanya 3 minit by S-Train away from the Fair / Messe Lucerne. Jangan tanya berapa harga bilik untuk satu malam sebab semuanya all in dalam pakej Mak Jah ke sini. 

So now Mak Jah nak kawan-kawan view pemandangan Mount Titlis, Switzerland. Destinasi pertama Mak Jah setelah tiba ke Switzerland.




















Mengambil masa selama 45 minit dengan menaiki aerial cable drpd bawah green valley to the high alpine glacier @ 3020m/ 10000 ft. Kat atas ni mmg snow setiap masa sepanjang tahun. Oh ya Mak Jah juga berpeluang menaiki "Rotair Gondala" yang berpusing 360c untuk melihat pemandangan. 











Suhu -4c okay.. maunya tak sejuk. Tapi Mak Jah dah buat well preparation. Mak Jah dan DS memakai 4 lapis baju dan seluar pun ada long john. Dah seminggu kot tidur pun pakai heated shirt.




Sat na.. Sat.. Mak Jah nak turun pi main ski... ha..ha.. walau tak mampu, gaya mesti kena ada.



View from cable car on my way down..









Kereta dah tersedia untuk membawa Mak Jah dan hubby ke destinasi seterusnya...
Mr Amin, shall we go now.. !!

Sunday, June 23, 2013

Salvatore Ferragamo Hadiah Selepas Kena Rompak

Isnin, 6hb May 2013

Pagi ni Mak Jah sibuk betul di stesyen. Kebetulan ramai pekerja yang bercuti kerana kerajaan Selangor beri cuti umum selepas PRU13. Masa pekerja tak cukup ni lah kontraktor pun datang nak ajak Mak Jah keluar untuk bincang lokasi pump baru yang akan dipasang nanti. Lebih kurang jam 11 pagi Mak Jah masuk semula ke dalam ofis. Mak Jah baru mula hendak menghadap komputer untuk semak email, Cik Din manager Mak Jah masuk ke dalam ofis untuk serah bank in slip.

Tiba-tiba Mak Jah terdengar riuh rendah dalam kedai dan bunyi benda diketuk kuat. Mak Jah dengar suara lelaki menjerit suruh diam. Mak Jah pandang CCTV dan lihat kelibat lelaki membawa sebilah parang panjang. Mak Jah cepat- cepat tutup pintu ofis dan kunci. Mak Jah panggil Cik Din yang sedang asyik memerhatikan CCTV. Mak Jah sedar Cik Din sedang tergamam. Mak Jah suruh dia cepat-cepat tekan punat siren alarm.

Perompak hanya sempat mengambil wang tunai berjumlah RM800++ dari kedua-dua cash register dan mungkin dua orang perompak itu terkejut dengan bunyi siren alarm polis yang kuat hinggakan tidak sempat untuk mengambil barang-barang lain.

Mak Jah keluar dari ofis dan pergi mendapatkan dua org cashier perempuan yang sedang menangis ketakutan. Mak Jah peluk mereka dan pujuk. Mak Jah suruh mereka beristigfar banyak-banyak serta bersyukur kehadrat Allah yang melindungi nyawa kami semua. Mak Jah terus masuk ke dalam ofis semula dan talifon Mr Hubby. Dalam masa 10 minit selepas kejadian kereta peronda polis pun tiba untuk menjalankan siasatan.

Mr Hubby tiba di stesyen dalam jam 2 petang. Mak Jah ingatkan dia akan tenangkan Mak Jah tapi sebaliknya. Mr Hubby mengamuk dan marahkan Mak Jah sebab tak kunci pintu ofis. Dia kata dia risaukan keselamatan Mak Jah sebab itu dia pasang roller shutter, alarm, CCTV 20 camera dan macam-macam lagi supaya nyawa Mak Jah tidak terancam  tapi Mak Jah tak jugak kunci pintu ofis ketika rompakan berlaku. Mak Jah rasa kan kalau perempuan lain mesti dah berderai-derai air mata yang mengalir keluar. Fobia kena rompak pun belum habis dah kena jerit dengan Mr Hubby. Tapi Mak Jah hanya bertenang kerana Mak Jah tahu itu istimewanya Hubby Mak Jah. Dia lain dari yang lain. Nampak sangat air mukanya yang marah pada waktu itu dan dia terus mengajak drivernya beredar pergi.

Beberapa jam kemudian Mr Hubby hubungi Mak Jah dan cakap nak bawak Mak Jah ke KLCC. Mak Jah fikir tentu seperti selalu dia nak pergi gunting rambut di sana. Sampai saja di KLCC, dia cakap pada Mak Jah, " malam ni, you ambik saja apa yang you nak". Rasa heran pun ada tapi Mak Jah tahu itu cara dia untuk minta maaf bila dia sedar dia bersalah. Hebatnya EGO seorang lelaki yang bernama MR HUBBY.


Ha.. inilah hasil tangkapan Mak Jah pada kali ini. Nasib ada size, maklumlah kaki cinderella susah nak beli kasut.. Thank You Mr Hubby and I love you so much.

My Darling Chanel Jumbo Red Caviar


Alhamdullillah akhirnya pencarian Chanel Jumbo Red Caviar With Silver Chain Hardware telahpun berakhir pada hari sabtu yang lalu 22 June 2013. Hampir sebulan jugaklah pencarian Mak Jah  untuk mendapatkan buah hati pengarang jantung yang satu nih. Bila Mr Hubby bagi green lite dan suruh Mak Jah survey, rasa macam nak lompat tinggi-tinggi pun ada. Tapi memandangkan faktor usia, Mak Jah kawal diri dan ucapkan terima kasih pada Mr Hubby. Mak Jah contact ramai kawan-kawan yang jual handbag online tapi ramai yang tak dak color merah. Ada a few yang suruh Mak Jah pre order dan depa tolong belikan di Europe. Harga yang ditawarkan sekitar RM15,000++. Mr Hubby pulak jenis yang tak suka menunggu, dia suruh Mak Jah pergi beli je kat butik Chanel di KLCC. Tapi Mak Jah ni jenis sayang duit, kalau boleh dapat benda yang sama  dengan harga yang lebih murah buat apa beli di tempat yang mahal.

Tapi demi menjaga hati Mr Hubby dan tak mahu offer ditarik balik, Mak Jah pun buatlah lawatan ke KLCC. Sekali lagi Mak Jah dikecewakan dengan pilihan color yang kurang menarik. Cukup-cukuplah warna hitam dalam hidup Mak Jah. Kali nih Mak Jah nak color yang jauh sebatu pun orang dah nampak kelibat Mak Jah dok jalan mai.

Mak Jah rasa bersyukur sangat bila ada jiran-jiran yang selalu ke luar negara dan sanggup tolong Mak Jah membeli belah disana. Bagaikan orang yang mengantuk disorong bantal, minggu lepas jiran Mak Jah kebetulan hendak ke Paris atas urusan  kerja dan sanggup tolong Mak Jah untuk dapatkan buah hati yang satu nih. Mula-mula tu rasa tak tahu nak grab yang mana sebab Chanel GST Dark Blue pun berkenan jugak. In Sha Allah, itu projek yang akan datang. Bolehkan Mr Hubby??!!??


Ha...ini dia jiran Mak Jah tolong belikan di Butik Chanel 51 Avenue Montaigne, Paris. Ini harganya dan kalau kawan-kawan nak tahu dalam Ringgit Malaysia silalah semak sendiri tukaran wang ya. Dan bukan itu saja VAT CashTax Refund ada lagi 400€. Untungkan Mak Jah. Boleh pergi shopping kasut pulak lepas nih.



Tuesday, April 23, 2013

Lung Cancer!! Abah, Adik Rindu.

Alhamdullillah, hari ini genap dua tahun Abah pergi meninggalkan kami. Abah menghidap penyakit cancer paru-paru. Abah bukanlah perokok. Abah benci asap rokok dan Abah selalu sering berpesan kepada perokok tegar supaya tinggalkan amalan itu kerana tidak baik untuk kesihatan dan boleh menghidap penyakit cancer. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya..



October, 2009

Masih segar di ingatan Mak Jah, pada malam itu Mak Jah sedang kalut melayan tetamu yang datang ke majlis kenduri kesyukuran. Mak Jah sedar Abah tidak ceria seperti selalu. Abah panggil Angah dan mengadu tentang dadanya yang sakit. Mak Jah juga perasan perubahan di dada Abah yang bengkak sedikit. Angah nasihat Abah untuk dapatkan rawatan dan pergi menjalani x- ray di hospital. Sekembalinya Abah ke Sungai Petani, Abah terus pergi ke hospital Metro. Setelah ujian x-ray dibuat, doktor memberi sepucuk surat dan maklumkan bahawa di hospital ini tiada peralatan dan perlu mendapatkan rawatan di hospital cancer Mount Merian. Berita yang dikhabarkan oleh Adik kepada Mak Jah menjadi satu tamparan yang hebat kerana hanya tinggal beberapa hari saja lagi untuk Mak Jah pergi menjalani ibadah haji. Mak Jah sedih kerana nanti Mak Jah tidak dapat menemani dan bersama-sama Abah menjalani rawatan ini.

Mak Jah beritahu hubby yg Mak Jah tak sampai hati untuk pergi meninggalkan Abah di saat Abah memerlukan keluarganya untuk memberi dia semangat untuk menjalani rawatan kimo nanti. Alhamdullillah, hubby sangat memahami keadaan Mak Jah. Hubby pujuk Mak Jah Hubby berjanji untuk membawa Mak Jah pergi melawat Abah sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Abah mula diberi rawatan kimo di hospital Mount Merian, Pulau Pinang. Mak Jah melawat Abah dua hari sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah. Mak Jah sedar dari awal kami tiba di hospital, Abah renung mata Mak Jah lama-lama. Mak Jah kawal perasaan dan melayani Abah seperti selalu. Mak Jah sendiri kagum dengan diri Mak Jah, macam mana Ratu Air Mata macam Mak Jah boleh setabah ini bila berdepan dengan Abah. Setitik pun air mata tidak tumpah dan Mak Jah ketawa dan bercerita seperti biasa. Bila tiba waktu hendak balik meninggalkan Abah, Mak Jah cium pipi Abah puas-puas. Mak Jah salam tangan Abah dan minta ampun padanya dan halalkan segala makan minum. Mak Jah minta Abah doakan semoga dipermudahkan segala urusan Mak Jah untuk melaksanakan ibadah haji nanti.

Sepanjang Mak Jah menunaikan ibadah Haji, Mak Jah benar-benar menggunakan peluang yang ada di tanah suci Mekah untuk mendoakan kesihatan Abah. Mak Jah mintak sangat Allah panjangkan umur Abah kerana Mak Jah belum puas bermanja dengannya. Belum puas mengadu pada Abah dan mahu terus tidur diribanya. Sepanjang berwukuf di Padang Araffah, tak putus-putus Mak Jah memanjatkan doa untuk Abah.



07.08.2010- Sambutan Hari Lahir Abah yang ke 66 tahun dan yang terakhir kalinya...

2010

Tahun ini, Abah banyak menghabiskan masanya berulang alik dari hospital ke rumah. Abah mendapatkan rawatan kimo di Hospital Pulau Pinang. Mak Jah sungguh kagum dengan layanan doktor-doktor dan nurse-nurse di sini. Mereka sangat baik melayan pesakit. Syabas dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua petugas di tingkat 4 wad cancer. Selama ini Mak Jah terlalu takut untuk pergi ke hospital kerajaan. Fobia mendengar layanan nurse-nurse di hospital kerajaan yang garang.

Pernah sekali Abah menghubungi Mak Jah dan menyuarakan rasa berat hatinya untuk meneruskan perubatan kerana bil perubatan yang tinggi. Abah seboleh-bolehnya tidak mahu menyusahkan anak-anak. Mak Jah cakap pada Abah "Abah, jangan fikir pasal bil perubatan. Janji Abah dapatkan rawatan yang terbaik dan wang kami boleh cari". Inilah masanya untuk anak-anak membalas jasa Abah membesarkan kami dan memberi kami pelajaran.

Mak Jah tak pernah lupa kata-kata Abah..

"Kita bukan orang kaya. Abah tak punya harta untuk diberikan kepada anak-anak Abah. Abah hanya boleh menyara persekolahan kamu semua. Tuntutlah ilmu dunia dan akhirat sebanyak yang boleh kerana itulah harta yang paling berharga".

Ya benar kata Abah, ilmu yang dimiliki dan kejayaan anak-anak Abah adalah berkat usaha Abah dan Mak yang membimbing kami selama ini. Justeru itu sepanjang Abah di hospital, Mak Jah tak mahu langsung Abah memikirkan tentang bil perubatan. Walau sudah mencecah ratusan ribu ringgit tetapi kami adik beradik terus berusaha untuk mendapatkan rawatan yang terbaik untuk Abah. Terima kasih buat Along, Angah, Ateh, Azad, Hubby dan semua yang turut membantu membayar bil perubatan Abah.

Abah seseorang yang sangat optimis dan sentiasa berfikiran positif. Abah selalu menghubungi Mak Jah pada jam 10 malam. Abah sering menceritakan tentang perkembangan perubatannya yang bertambah baik. Kadang-kadang selepas kimo, Abah akan beritahu Mak Jah yang dia tidak kuat lagi dan bila-bila masa saja dia akan pergi. Mak Jah setiap kali kalau dengar Abah membicarakan tentang kematian, Mak Jah akan terus bergurau dengannya, 'Ehhh.., Abah tak mudah mati, hanya orang yang baik-baik sahaja Allah sayang dan diambil nyawa mereka dengan cepat". Abah akan tersenyum setiap kali Mak Jah bergurau begitu dengannya. Sebenarnya Mak Jah tidak tahu apakah kata-kata semangat yang terbaik untuk Abah di waktu itu.


Inilah cucu kesayangan Abah, Bent yang sentiasa menemani Abah di hospital.

16 April 2011

Setiap kali melawat Abah, Mak Jah dan hubby akan menaiki pesawat FireFly  di pagi Sabtu ke Pulau Pinang dan petangnya kembali semula ke Kuala Lumpur. Mak Jah akur dengan kesibukan Hubby dan Mak Jah bersyukur walaupun sekejap, hubby sering membawa Mak Jah pergi melawat Abah. Tapi kali  ini kunjungan kami agak berbeza. Abah tidak menyambut kami dengan gembira dan ceria seperti selalu. Selalunya Hubby akan singgah belikan Nasi Kandar Jelutong untuk Abah dan Abah akan menikmatinya dengan berselera. Abah ditempatkan ke CCU kerana mengalami masalah komplikasi jantung. Pernafasannya sangat lemah. Bila Abah lihat Mak Jah dan hubby, Abah cuba bangun hendak bercerita seperti selalu tetapi Mak Jah halang. Abah menulis nama anak-anak Mak Jah di atas kertas. Mak Jah hanya menggelengkan kepala dan memberitahu bahawa mereka tidak dapat datang. Ketika Abah menulis nama adik Mak Jah, Ateh tiba-tiba tekanan darahnya naik melepasi paras 240 dan nurse terus bergegas ke katil Abah. Kami di suruh keluar dan Mak Jah dapat lihat beberapa orang doktor datang ke katil Abah. Seorang nurse pula menyuruh Abah mengucap dua kalimah syahadah.

Mak Jah hanya mampu menangis di luar bilik CCU. Mak Jah pergi mendapatkan hubby dan memberitahunya yang Mak Jah tidak sampai hati untuk pulang bersamanya memandangkan keadaan Abah semakin lemah. Alhamdullillah sekali lagi hubby begitu memahami. Hubby izinkan Mak Jah untuk menjaga Abah di hospital dan dia pulang sendirian menaiki pesawat pada petang itu juga. Pada malam itu, Angah dan Ateh tiba dari Kuala Lumpur. Anak lelaki sulong Abah, Azad masih berada di Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah.

Terima kasih juga kepada anak cucu-cucu Abah yangsayang menyayangi Abah. Tidak sia-sia Abah manjakan mereka dan menjaga mereka sedari kecil. Terima kasih kepada Kak Fatin, Bent, Afina, Dini, Irfan dan semuanya yang sentiasa bersama-sama Abah dan sering membacakan Abah ayat-ayat suci Al Quran. Pada malam itu, Mak Jah, Angah dan Bent bermalam di luar bilik CCU untuk menjaga Abah. Pada malam itu kami hanya baring di atas kerusi panjang plastik dan menahan kesejukan malam. Mak Jah sedikit cuak bila kakak pengawal keselamatan memberitahu Mak Jah yang pada malam itu sangat sejuk tandanya ada orang yang akan mati.

17 April 2011-19 April 2011

Setibanya Mak Jah di depan bilik CCU, Mak Jah begitu gembira melihat nurse menolak Abah keluar. Mak Jah senyum dan cakap pada Abah, "Alhamdullillah, Abah akan dipindahkan ke wad biasa". Abah hanya menggelengkan kepala dan menunjukkan ke arah bilik ICU.

Keadaan Abah semakin lemah. Abah ditempatkan di ICU. Seorang doktor memanggil Mak Jah, Angah dan Mak. Doktor menerangkan keadaan Abah. Beberapa organ dalam badan Abah telah rosak. Mereka sudah tidak dapat berbuat apa-apa dan menyuruh kami sekeluarga bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Mak Jah hanya bertawakal dan berserah kepada Allah jika itu yang terbaik untuknya.

Sepanjang Abah di ICU kami bermalam di luar bilik ICU. Beralaskan sehelai kain di atas simen, kami tidur di koridor hospital. Mak Jah sungguh selesa saat itu kerana Mak Jah hanya mahu dekat dengan Abah. Mak Jah sentiasa berdoa supaya abah dapat keluar ke wad biasa dan Mak Jah mahu menyuap Abah makan. Kami adik beradik sudah sepakat untuk bermalam di hospital menjaga Abah. Mak hanya datang pada siang hari. Kami pesan pada Mak supaya berehat memandangkan sekarang semua anak-anak Mak bercuti, biar kami saja yang menjaga Abah. Mak sudah penat selama ini menjaga Abah dan selepas kami pulang nanti, Mak akan menjaga abah sendirian lagi.

19 April 2011 - 22 April 2011

Mak Jah dikejutkan dengan panggilan dari hospital ketika sedang minum pagi bersama adik beradik yang lain. Terasa sejuk seluruh anggota badan. Tidak sanggup untuk mendengar apa yang akan nurse katakan. Rupa-rupanya nurse talifon untuk beritahu Abah mintak bubur dan dia sudah boleh diberi makan. Mak Jah sungguh gembira kerana doa Mak Jah untuk menyuap Abah makan dimakbul olehNya. Mak Jah terus berlari ke restoran yang menjual bubur nasi di belakang bangunan hospital. Waktu itu Mak Jah benar-benar berlari kerana tidak mahu lewat memberi Abah makan kerana Abah sudah beberapa hari tidak menjamah makanan.

Sepanjang Mak Jah menjaga Abah di ICU, Mak Jah sentiasa berpesan supaya Abah bersabar menunggu anak lelaki kesayangannya, Azad pulang dari Mekah. Abah hanya mengangguk. Abah dipindahkan ke wad biasa. Wad tingkat 4. Sepanjang Abah di wad, kami adik beradik merasa puas kerana dapat menjaga Abah sepenuhnya. Mak Jah akan suap apa saja yang diminta oleh Abah. Abah minta air jus durian belanda, kami belikan. Abah minta yoghurt, kami suapkan yoghurt kepadanya. Seronok kami adik beradik melihat Abah berselera makan.

Setibanya Azad dari Tanah Suci Mekah pada malam 20 April 2011, dia terus bergegas ke hospital. Melihat wajah Azad, Abah mengangkat 3 jari dan memberitahu Azad bahawa dia hanya ada 3 hari saja lagi. Kami adik beradik hanya tersenyum kerana selami ini kami tidak pernah mendengarnya dari sesiapa dan entah dari mana Abah mendapat berita ini.

Sepanjang tempoh ini Abah sentiasa melihat jam dinding dan bertanyakan waktu solat. Abah sering menyuruh Mak Jah membantunya mengambil wudhuk. Abah mahu sentiasa berada di dalam wudhuk. Abah menyuruh Mak Jah membantunya untuk solat menghadap kiblat. Mak Jah khabarkan pada Abah untuk solat saja di atas katil dan tidak perlu diubah-ubah kerana solat orang sakit di mana pun diterima Allah, In Sha Allah. Selama ini, Abah sentiasa menyuruh Mak Jah membacakan ayat-ayat suci Al Quran di telinganya.

Sepanjang Abah ditempatkan di wad biasa, Abah sering mengadu sakit perut, sakit kepala dan suhu badannya pula sangat panas kerana demam. Sudah kering air mata kami adik beradik kerana tidak tahan lagi melihat penderitaan Abah menahan sakit.

23 April 2011

Hari ini Mak Jah akan pulang ke Kuala Lumpur. Hubby dan anak lelaki Mak Jah akan datang mengambil Mak Jah pulang setelah seminggu Mak Jah menjaga Abah di hospital. Sebagai seorang anak Mak Jah sungguh gembira kerana selama seminggu ini, Mak Jah berpeluang untuk meluangkan masa bersama Abah. Sudah lama sepanjang Abah menghidap penyakit ini, Mak Jah impikan untuk bermalam di hospital menjaga Abah. Selama ini Mak Jah sentiasa berdoa supaya diberi kesempatan untuk menyuap Abah makan. Terima kasih yang tidak terhingga buat Hubby yang membenarkan Mak Jah berada selama seminggu di hospital dan sanggup mengurus hal anak-anak di Kuala Lumpur tanpa Mak Jah.

Jauh di sudut hati, Mak Jah mahu terus bersama Abah lagi. Mak Jah rasa masa seminggu ini begitu singkat tetapi setakat ini saja tanggung jawap sebagai seorang anak kepada Abah dapat Mak Jah curahkan. Sebagai seorang ibu kepada 3 orang anak dan isteri, Mak Jah perlu balik hari ini.

Di petang 23 April 2011, Mak Jah peluk Abah, Mak Jah menangis sepuas-puasnya di dada Abah. Mak Jah berjanji dengannya untuk pulang sekejap saja dan akan kembali menjaganya dengan segera. Abah hanya mengangguk dan Mak Jah lihat Abah pejam rapat matanya. Mak Jah tahu Abah tidak sanggup melepaskan Mak Jah pergi. Sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Lumpur Mak Jah sudah terasa rindukan Abah dan hanya mampu mengesat air mata yang tidak henti mengalir.

Malam baru Mak Jah tiba ke Kuala Lumpur, setelah mandi dan solat tiba-tiba badan Mak Jah menggigil, bibir terketar-ketar. Mak Jah rasa sejuk yang teramat sangat. Mak Jah rasa ini mungkin tanda-tanda Mak Jah hendak demam kerana terlalu penat seminggu di hospital. Tiba-tiba sekitar jam 10.30 malam, Mak Jah terima panggilan dari Angah. Angah menangis dan suaranya tidak jelas. Mak Jah suruh Angah bercakap kuat sedikit. Angah kata "Abah sudah tiada". Mak Jah terkejut, Mak Jah berlari mendapatkan Hubby. Mak Jah katakan padanya yang Abah sudah pergi meninggalkan kita. Hubby terkejut walaupun di wajahnya jelas kelihatan penat memandu tapi Hubby suruh Mak Jah berkemas dan malam itu juga kami pulang ke kampung.

Mak Jah hubungi adik bongsu Khairi Syafiq di Jordan. Syafiq sedang menuntut di sana di dalam jurusan perubatan. Syafiq sangat sedih mendengar perkhabaran Abah sudah tiada. Syafiq mintak sangat kami tunggu kepulangannya. " Maaf Dik, jenazah perlu diurus segera. Akak masih ingat kata-kata Abah. Syafiq belajar terlalu jauh dan bila pulang nanti hanya dapat melihat batu nisan Abah saja".

24 April 2011

Kami tiba di Sungai Petani pada jam 3 pagi. Semua sanak saudara sudah pun penuh berkumpul. Mak Jah terus pergi melihat jenazah Abah. Alhamdullilah, waktu itu Mak Jah lihat Abah seolah-olah sedang tidur

"Abah, kenapa Abah tak tunggu adik? Bukankah Adik dah beritahu Abah yang Adik pulang sekejap saja". Hati berdetik pilu lalu Angah datang menghapiri Mak Jah dan berpesan "Kita anak-anak perlu kuat untuk Mak. Mak tidak boleh melihat kesedihan kita".  Mak Jah lap air mata lalu mengambil surah yassin dan bersama-sama dengan ahli  keluarga yang lain bergilir-gilir membacakan Abah surah yassin.

Alhamdullilah pada jam 12 tengah hari, Abah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Sungai Jagung seperti mana yang diminta olehnya. Mak Jah rasa sungguh gembira bila Tok Imam Masjid yang memandikan dan menyembahyang jenazah Abah memuji betapa mudahnya mereka mengurus jenazah Abah. Dia berkata lagi walau sudah lebih 12 jam Abah pergi, badan Abah masih lembut senang diurus seperti baru saja menghembuskan nafas. Katanya ini kali kedua dia melihat kejadian seperti ini. Wajah Abah begitu tenang, seperti sedang tersenyum di dalam lenanya.

Mak Jah tahu Abah sangat berhati mulia. Abah mudah bersimpati dan cepat kasihan pada orang. Abah sentiasa bersangka baik dan ringan tangan untuk membantu sesiapa sahaja. Sepanjang Abah di hospital, Abah selalu menceritakan kepada Mak Jah yang dia akan membawa kitab Al Quran dan yassin untuk disedekahkan bacaannya kepada sesiapa sahaja di hospital sama ada dia kenal atau tidak. Mak Jah dulunya merasa lucu dengan cerita Abah tapi kata Abah dia bosan di dalam hospital dan lebih baik dia sedekahkan bacaan ayat-ayat suci Al Quran kepada pesakit-pesakit yang beragama Islam.

"Oh, Abah, sungguh mulia amalanmu. Abah telah mengajar Adik begitu banyak caranya untuk kita bersedekah walaupun tanpa menghulurkan wang ringgit. Abah, In Sha Allah Adik akan terus ingat setiap pesanan Abah. Abah sering menalifon Adik dan  menyuruh Adik  menghafal doa-doa dan bacaan ayat-ayat suci Al Quran untuk dijadikan amalan seharian.

Abah, Adik redha dengan ketentuan Allah bahawa pada tanggal 23 April 2011 jam 10.21 malam Abah pergi menghadapNya di usia 67 tahun. Adik sudah tidak sanggup melihat penderitaan Abah menanggung sakit cancer. Selagi hayat di kandung badan, Adik akan terus mengingati Abah. Memang air mata ini sering tumpah setiap kali teringatkan Abah kerana Abah adalah insan dan lelaki terhebat di dunia ini yang adik ada. Kasih sayang Abah yang melimpah ruah buat Adik dan anak-anak Abah yang lain memang tidak terbalas. Terima kasih ABAH.

Ya Allah Ya Tuhan ku, Kau muliakanlah kedatangan arwah Abah ku, Janganlah kau seksa dirinya, Kau ampunkanlah dosanya, Kau tempatkanlah dirinya bersama orang-orang yang beriman, Kau kasihanilah dia sebagaimana dia mengasihani aku sewaktu kecil, Kau luaskan, Kau lapangkan dan Kau terangkanlah kuburnya. Amin









Monday, April 22, 2013

Mak Datin Pun Pakai Lipstik Kolagen De Herbs

Hari ni Mak Jah siapkan report stesyen awal-awal. Mak Jah kena pastikan semua kerja up to date sebelum Mak Jah menumpukan sepenuh perhatian kepada blog Mak Jah. Mak Jah tak nak Mr Hubby menjerit bila kerja tak siap tambahan pulak hari ni Mak Jah bersemangat nak bercerita tentang lipstik kolagen keluaran De Herbs.

Ceritanya bermula bila anak dara Mak Jah, Nana datang memuji bibir auntynya yang cantik menawan setelah menggunakan sejenis lipstik kolagen. Mak Jah pun tanya Nana, 'berapa harga ?' Nana cakap, 'RM250.00 mummy' . 'Brand apa tu Sayang? Mahalnya!'. Nana hanya gelengkan kepala tanda tidak tahu.


Kesempatan yang ada bila Mak Jah jumpa Datin Anita, Mak Jah guna sebaik mungkin untuk mengorek rahsia tentang bibirnya yang cantik menawan. Mak Jah adalah pengguna setia lipstik maximizer keluaran Dior. Mana mampu nak beli lipstik sampai beratus-ratus ringgit. Bila dengar je Mak Jah sebut harga lipstik yg dibelinya RM250, Datin Anita hanya tersenyum. Terserlah keayuan dan kelembutan yang sebati dalam dirinya. Beza Mak Jah dengan Datin Anita macam langit dengan bumi. Mak Jah kalau ketawa berdekah-dekah, maunya bergoyang habih semua benda yang ada dekat Mak Jah macam gempa bumi.


Datin Anita pun mencapai handbag di sisi dan hulurkan lipstik kolagennya pada Mak Jah. Mak Jah terjerit, 'haahhh De Herbs! Kenapa mahal sangat?'. Datin Anita hanya  tersenyum.. adoii  manisnya 'Mana pulak mahal. Siapa cakap harga beratus-ratus? Mungkin ada yang tersalah membaca tanda harga di kotak. Hanya RM25.00 saja. Cubalah..'.




Setelah kembalinya Mak Jah dari berjumpa Datin Anita, puas Mak Jah berfikir. Sebenarnya Mak Jah bukannya jenis yang mementingkan jenama dan yang mahal-mahal. Kalau ada yang tak kenal Mak Jah mesti kutuk sakan kalau Mak Jah katakan bibir Mak Jah nih 'very selective to certain brand of lipsticks only'. Dah banyak brand yang Mak Jah cuba. Bibir Mak Jah pasti akan kering, mengelupas dan gatal. Sampaikan Mak Jah terlalu takut nak mencuba brand lain selain Dior. Mak jah sanggup tak memakai secalit lipstik pun daripada menanggung sakit.

Setelah puas berfikir dan atas dorongan kuat anak dara Mak Jah, Nana. Mak Jah pun belilah lipstik kolagen De Herbs. Alhamdullilah dengan hanya RM25.00, ramai yang puji bibir Mak Jah yang kini munggil dan seksi. Ha..ha.. seksi la sangat. Kalau tak silap Mak Jah dekat 10 orang dah kawan-kawan yang datang bertanyakan produk lipstik yang Mak Jah pakai. Baru semalam saja seorang kawan Mak Jah mintak suaminya tolong belikan di Ampang Point. Tahniah buat De Herbs dan selepas ini Mak Jah tidak akan teragak-agak untuk mencuba produk keluaran De Herbs yang lain.



Mak Jah laser muka? Tak Lah.. Aura White je..


Baru-baru ni ada Hamba Allah yang phone Mak Jah bertanyakan tentang produk yang Mak Jah guna. Malah ada yang kecoh kata Mak Jah buang duit beribu-ribu dengan pergi laser muka. Mak Jah senyum je, sebab Mak Jah suka kalau orang kecoh bercakap tentang Mak Jah. Itu bererti depa sayang pada Mak Jah. Depa suka nak tau dan rindukan perkembangan Mak Jah. Itu belum jadi artis lagi, kalaulah Mak Jah ni famous ala-ala Kak Ton. Mahunya ramai yang sahih meroyan tengok Mak Jah keluar tv setiap masa dok tanya, Comeii Tak Mak Jah ??

Baru-baru ni Mak Jah pergi meeting pun ada seorang sahabat Mak Jah yang suruh Mak Jah cerita produk apa yang Mak Jah pakai sebab satu badan gebu. Mak Jah ni bukannya gebu macam teloq dikupas. Tapi kalau macam teloq pindang dikupas pun jadilah. Maksudnya kulit Mak Jah tak kering macam selalu.

Mak Jah ni tak lokek untuk bercerita kalau dah ada bertanya tapi jangan kat belakang Mak Jah dok buat andaian sendiri dan pertikai kata Mak Jah belanja beribu-ribu untuk laser muka. Tapi kalau iyapun Mak Jah dapatkan rawatan laser, ada Mak Jah pakai duit depa?? He..he..he, Mak Jah kalau menulis tu beriya-iya tapi Mak Jah tetap Mak Jah, tak melenting. Ada masanya bila dah cemuih Mak Jah angguk je kata memang sah Mak Jah laser muka. Lantak korang la, tak kuasa Mak Jah nak layan

Sebenarnya, dah lama Mak Jah amalkan Aura Whita. Setiap pagi Mak Jah akan minum semasa perut kosong dan sekali lagi sewaktu nak masuk tidur. 

Khasiat Aura White,

memulihkan kulit rosak, berparut, kusam dan bermasalah
menjadikan kulit lebih anjal dan elastik serta lembab
mengurangi kedutan dan garis2 halus
mengecilkan pori2 kuli
menguat dan mencantikkan kuku dan rambut
meningkatkan sistem imunisasi badan
 mengurangi radikal bebas dan toksin di dalam badan
mengatasi masalah jerawat dan jeragat
mengurangi sakit radang/sendi
mengandungi prebiotik dan 3 kali stem sel
sesuai untuk ibu hamil dan menyusui bayi
membekalkan tenaga optimum sepanjang hari
mengurangi kolesterol
menghapuskan parut, tumit merekah dan selulit
meningkatkan kualiti tidur
sesuai untuk lelaki dan wanita 

Mak Jah ikhlas ni berkongsi sesuatu yang Mak Jah rasa sangat berbaloi untuk diamalkan. Jika ada pembaca yang berminat boleh google sendiri dan baca apa kata bloggers lain tentang kehebatan Aura White.




Wife VIP Guna Tabita??

Alhamdullillah... dah lama sangat Mak Jah tak menulis. Sebenarnya semenjak dua menjak ni memang Mak Jah sibuk sesangat. Bukan tak rindu kat blog Mak Jah. Ada jugak kekwn yang tanya mana perginya Mak Jah dah lama menyepi. Kali nih Mak Jah nak cerita tentang Tabita. Sebenarnya cerita ni dah basi kot tapi Mak Jah tetap nak kongsi cerita Mak Jah di sini. Kalau siapa yang tak tahu apa itu Tabita... cer tengok gambar kat bawah tu. Ini la Tabita yang konon-kononnya rahsia kejelitaan artis-artis Indonesia dan jugak artis kita di Mesia. Tapi Mak Jah macam nak tanya ja, mana hampa tau depa-depa ni  pakai Tabita. Asal nampak muka dia bersih, gebu, cantik, mulalah kata pakai tabita. Mana tau dia tonyoh sabun popinjei ka, sabun cap kapak ka dak pun sabun beras made in Thai tu, errrmm Mak Jah pun suka sabun beras nihhh.


Sebenarnya, Mak Jah dah lama suka sangat tenung sahabat Mak Jah nih. Walau usia  si A dah 40-an tapi muka Ya Rabbi... gebu. Jangan nak cari satu parut pun kat muka dia. Kekadang rasa macam nak cubit je.. maklumlah kulit lembut macam baby. Di hati nih macam nak tanya je 'produk apa Kak A pakai?'. Tapi Mak Jah takut dia kata KPOCHI. Mak Jah pendamkan saja hasrat. Tapi terdetik jugak dalam hati, isteri VIP nih, kalau sandal pun Prada, mesti dia sanggup belanja beribu-ribu untuk muka.

Satu hari Mak Jah keluar minum dengan Si A. Si A bertanyakan tentang tempat Mak Jah dapatkan rawatan muka. Ini websitenya kalau ada yang berminat sebab Mak Jah dah lama sangat dengan Dato' Dr Jalil Jidon sebab dia  sangat hebat.
http://www.beverlywilshiremedical.com/

Mak Jah pun dah janji dengan Si A akan bawa dia pergi berjumpa Dato' Dr Jalil Jidon dan tetiba dia mengadu pada Mak Jah. Katanya dia dah lama sangat pakai tabita. Dia puas hati dengan Tabita. Cuma masalahnya sekarang susah nak cari seller Tabita. Naahhh... terkejut Mak Jah dengar. Mak Jah tanya jugak dia, betul ke produk tabita ni tak bagus. Ada yang kata kandungan bermerkuri la, hydrokinon lah. Tapi senang je jawapan dia.

"Saya pakai sebab saya selesa dengan Tabita. Pedulikan apa orang kata, janji saya puas hati dengan produk ni. Kalau dah rasa toner tu ada kandungan yang bahaya, jangan guna. Tapi apapun Mat Finishing Tabita memang best"

Awal tahun ni Mak Jah berkenalan dengan seorang teman baru bernama Jie. Dia cantik, putih gebu dan perwatakannya sangat menarik. Tapi berdetik dalam hati Mak Jah,"kesian, muka sensitif penuh jerawat kalau tidak perrghhh ramai lelaki yang pasti cair kalau pandang dia". Tahu tak selepas 3 bulan Mak Jah jumpa dia, apa dah jadi, mukanya bersih dah tak ada jerawat. Terserlah kecantikan perempuan melayu terakhirnya. Dia beritahu pada Mak Jah, terima kasihlah pada tabita the magical product. Kalau tidak nak keluar rumah pun malu.

Mak Jah terkejut dengar statement dia, bila pulak yang Minah nih pakai Tabita. Kepada pengguna tabita di luar sana, fikirkan apa yang terbaik untuk kulit anda. Kalau dalam hati ada rasa was-was jangan guna. Tepuk dada tanya selera dan jangan sampai terpakai produk yang tak ORI sudah.