Sunday, February 26, 2012

Catatan Perjalanan Suci Ke Masjidil Aqsa 1


Alhamdullilah.. Kali ni Mak Jah nak bercerita tentang perjalanan Mak Jah seterusnya menuju ke Masjidil Aqsa. Perasaan sebenar Mak Jah untuk menulis catatan ini bercampur baur. Ini kerana setiap kali Mak Jah mengingati detik-detik indah di Baitul Maqdis, Mak Jah dibuai perasaan syahdu, sedih dan kecewa melihat anak-anak kecil Palestin yang berkeliaran meminta sedekah. Mereka sangat comel walaupun comot.


Pada July 2011 rombongan kami menaiki pesawat Royal Jordanian menuju ke Jordan untuk masuk ke Baitul Maqdis. Jika ada yang berminat untuk terbang bersama RJ sila rujuk ke laman web ini http://www.rj.com/en


Selama 9 jam perjalanan maka kami pun selamat tiba di Jordan. Tidak banyak yang boleh Mak Jah ceritakan tentang bandar Jordan mahupun kesan-kesan sejarah Islam yang banyak terdapat di Jordan. Ini kerana perjalanan Mak Jah kali ini untuk terus menuju ke Baitul Maqdis.


Cuba lihat pemandangan di mana Israel membina bangunan-bangunan mereka di tanah milik rakyat Palestin.
Oh ya cuba lihat pokok-pokok yang ditanam sepanjang perjalanan ini.

Ramai rakan-rakan Mak Jah yang tertarik untuk meneka kenapakah pokok ini di tanam. Sila beri komen anda pulak.

Tembok-tembok yang memisahkan Israel dan Palestin disepanjang perjalanan menuju ke Baitul Maqdis.


Tinggikan tembok-tembok ini dibina supaya rakyat palestin tidak dapat melangkah masuk ke sini.

Jangan hairan melihat tulisan 'Selamat Datang' di situ, ini kerana rakyat Singapura, Indonesia sering datang mengunjungi Baitul Maqdis malahan rakyat Malaysia juga sudah ramai yang berpeluang datang ke sini. Alhamdullilah, Mak Jah juga salah seorang yang bertuah dapat mengunjungi tempat ini.  Kembali kepada kisah Restoran ini ia menyediakan masakan cina yang panas dan enak. Maklumlah dah berapa jam Mak Jah tak jumpa nasi. Mak Jah dan nasi tidak dapat dipisahkan.


Ramai sungguh yang mencurahkan bakat-bakat mereka di tembok ini.


Mak Jah suka lukisan ini, sangat cantik dan kreatif.


Destinasi seterusnya setelah perut kenyang ialah.. ehhh bukan ke balai Polis tapi gambar ini Mak Jah ambil supaya tak lupa nama tempat kelahiran Nabi Isa. Di sinilah Mariam seorang gadis yang suci melahirkan Nabi Isa as.


'Pray For The Freedom of Palestine' ... amin


Kami harus masuk ke dalam gereja ini untuk melihat tempat di mana Nabi Isa dilahirkan.


Kami sedang beratur untuk menantikan giliran masuk ke dalam gereja.


Masuk melalui terowong ini untuk ke gereja? Tak ada pintu besar ke? Heran Mak Jah. Tapi dah semuanya beratur untuk melalui jalan ini.. Mak Jah ikut saja.


Pintu sebesar ni saja???

Katanya disinilah Mariam melahirkan Nabi Isa, di dalam gereja tadi dan sekali lagi harus menuruni tangga untuk masuk ke dalam terowong bawah tanah untuk sampai ke sini.


Ni Mak Jah zoom sikit bagi clear.


Inilah dia pemandangan di mana kawasan Nabi Isa dilahirkan. Cuba kawan-kawan bayangkan 2000 tahun yang lalu... bagaimanakah agaknya pemandangan perkampungan di atas bukit ini.


Ikuti catatan Mak Jah seterusnya ke Masjid Ibrahim, tentang kehebatan Masjidil Aqsa, Dome of Rock dan beberapa tempat-tempat bersejarah di Baitul Maqdis. Nantikan sambungan cerita ini di Catatan Perjalanan Suci Ke Masjidil Aqsa 2.

No comments:

Post a Comment