Waaahhhh... excited dan teruja (isshh.. bukan ka sama maksud), Mak Jah nak cerita kali ni tentang percutian Mak Jah ke Srinagar, Kashmir. Kali ni ramai sungguh kawan-kawan Mak Jah yang pesan suruh bawak kain sari banyak-banyak. Kena guling-guling dalam salji dan tukar 2 atau 3 helai kain sari macam cerita hindustan. Haa.. mesti ada yang melopong 'tenok salji kat bakang' tu (sebutan Si Qachik, anak bongsu Mak Jah yang berumor 3 tahun untuk perkataan tengok dan belakang).
Pemergian Mak Jah dan suami kali ini menaiki Air Asia X. Kawan-kawan yang nak tahu lebih lanjut berkenaan destinasi penerbangan, promosi terkini dan pakej tambang murah boleh lawat laman web ini: http://www.airasia.com/my/en/home.page
Terus terang Mak Jah nak habaq mai inilah kali pertama Mak Jah dan suami terbang jauh sikit dengan menaiki Air Asia X. Ni Mak Jah dah nak terbang dah nih, yeehaa... 'Now EveryOne Can Fly'. Kami pilih Premium Class supaya dapat 'juloq kaki' lebih sikit, hee..hee..hee.. eksyen no.
Wah... selesa sungguh aaiihh dengan Air Asia Premium Class. Nampak tak merah ang-ang color seat tu. Mak Jah dan warna merah memang tidak dapat dipisahkan. Air Asia X tak dak banyak seat untuk Premium Class, jadi sesiapa yang teringin nak merasa dok sedap atas seat besar macam ni, kenalah buat tempahan awal.
Tapi kan ada kisah lucu dalam flight . Selama ini Mak Jah naik Air Asia kena beli makan sendiri atas flight. Jadinya bila dah stewardess bagi makan, Mak Jah pun mintaklah bill nak bayar. Stewardess tu pun angguk. Bila dah lama tunggu, Mak Jah pun panggil sekali lagi. 'Puan nak bayar apa?', strewardess tu tanya Mak Jah. "Nak bayar makanlah." "Tapi Puan, untuk Premium Class tak perlu bayar makan semuanya dah inclusive dalam tiket penerbangan". Kuang...Kuang.. kuang.. isshhhh malu nooo... malu.. Jangan dia tanya Mak Jah mai dari kampung mana sudah. Apa lagi Mak Jah pun ambik selimut tutup muka buat-buat lena.
Kami tiba di New Delhi dah nak malam. Sejuk sungguh aaihhh ni baru keluar dari Air Port Delhi, suhu di sekitar 12'c belum lagi nak guling-guling salji kat Kashmir. Perjalanan mengambil masa 45 minit dari air port ke hotel kami. Singgah sebentar di kedai makan berhampiran untuk mengalas perut. Wallaa.. sedapnya Roti Naan, Ayam Tandoori, kebab daging dan beriyani ayam. Maklumlah dah lapar sangat ni semua lincin Mak Jah bedal. Nampak saja badan kecil tapi bab makan semua benda tak pernah Mak Jah tolak. Mak Jah beruntung sangat sebab dapat hubby yang kurang makan. Jadinya yang hubby tak habis pun Mak jah boleh tolong clearkan ha..ha..ha.. Bukannya apa, membazir itu adalah satu dosa.
Esoknya, selepas bersarapan pagi, kami bertolak ke Airport Delhi untuk mengambil domestic flight ke Srinagar, Kashmir. Kami naik pesawat Go Air India. Yessszaaa... Go India Go.. Mak Jah nak pesan buat kawan-kawan yang akan berkunjung ke Kashmir, ingat tau jangan lena. Pemandangan Banjaran Himalaya yang dilitupi salji dari atas flight sangat cantik. Nanti kalau Mak Jah dah jumpa kat mana Mak Jah simpan gambarnya mesti Mak Jah letak di sini. TUNGGU ya, Mak Jah nak cari.
Nampak tak, itu lah Go India Airlines. Ha... kapal terbang dah nak landing... Mak Jah dah nak sampai Kashmir. Penerbangan mengambil masa lebih kurang satu jam dari New Delhi ke Srinagar Airport, Kashmir. . Sampai di Srinagar Airport, kami lihat tentera-tentera India bersenjata sedang mengawal rapi. Maklumlah permberontakkan dan pembunuhan boleh berlaku pada bila-bila masa saja di Kashmir. Suhu di Kashmir waktu ini adalah 2'c. Sekali lagi, Mak Jah berpuas hati dengan makan malam kami. Menu yang sama Roti Naan, Ayam Tandoori serta Nasi Briyani ayam. Perjalanan kami seterusnya esok ialah ke Gulmarg.
Ini check point pertama sebelum mendaki ke Gulmarg Ski Resort. Tentera India akan memeriksa kenderaan. Kenderaan yang dibenarkan untuk mendaki adalah kenderaan 4 whell drive sahaja dan tayar kenderaan perlu di pasang rantai kerana jalan yang lincin dilitupi salji.
Kenderaan-kenderaan yang menunggu pelepasan untuk naik.
Inilah India, tempat pelancongan yang terkenal dan menjadi tumpuan pelancong asing tapi masih tidak dijaga rapi.
Terbeliak mata Mak Jah melihat keindahan Gulmarg Ski Resort. Cantik sungguh alam ciptaan Allah di sini. Subhanallah..
Juga terdapat ramai tentera-tentera India mengawal di sini.
Nampak tak, itulah pondok yang kami tinggal sepanjang kami di Gulmarg. Masa baru tiba, Hubby kata, "This is the place. Cantik sangat. Kita akan bermalam lama di Gulmarg". Kita ikuti kisah seterusnya dan kisah Hubby yang cabut lari. Tahu tak, betapa seksanya Mak Jah nak naik ke atas tu dan betapa lincinnya jalan walaupun pakai kasut boot.
Bayangkan berapa kali Mak Jah tersungkur ketika melalui jalan lincin ini.
Keindahan Banjaran Himalaya saujana mata memandang.
Nampak macam seronok kan, cantik kan, salji best kan... cubalah fikir betapa seksanya Mak Jah setiap kali panjat nak balik ke pondok. Semput weehhh...
Pemandangan dari depan pondok Mak Jah. Masih belum dilitupi salji tebal lagi kerana itu tak ada sesiapa pun yg ski di sini.
Pokok-pokok pine ni pun Mak Jah rasa cantik sangat.
Setelah bersusah payah melalui jalan salji yang lincin asyik nak tersungkur ja, akhirnya Mak Jah berjaya sampai di station gondola.
Hubby mulalah kan nak kecutkan Mak Jah dengan cakap gondola boleh putus la.. boleh terhenti half way lah.. But I'm with you hubby, apa nak takut. "You complete me"... chheewaahh ayat tiru tuh.
Pemandangan dari atas gondola. Comel-comel belaka pondok di sini. Ianya disewa oleh pelancong yang datang untuk ski kerana kurang kemudahan di sini. Mereka terpaksa bergerak untuk turun ke bawah dengan meluncur saja.
Ramaikan orang yang ski. Nampak tak Mak Jah yang mana satu. Cuba teka.... Jeng.. Jeng.. Jeng... tiada langsung di situ. Mak Jah sejuk yang amat sangat sebab suhu ketika ini -16'c. Mak Jah walaupun dah pakai baju macam kuih lapis berlayer-layer tapi still Mak Jah tak tahan. Dari Gulmarg resort kami menaiki gondala ke Kongdoori Station iaitu di ketinggian 8,530 kaki dari paras laut. Maunya Mak Jah tak cabut balik cepat. Itupun Mak Jah tidak pergi ke Kongdoori Mountain di ketinggian 12,959 kaki dari paras laut.
Mak Jah mintak maaf kerana kualiti gambar tidak memuaskan. Waktu ini dah hampir petang dan kami di arahkan untuk meninggalkan tempat ini.
Sebelum pergi naik gondola tadi, Mak Jah dah tanya penjaga pondok, di mana Mak Jah boleh makan. He..he.. he... kat mana-mana pun Mak Jah mesti jaga perut Mak Jah. 'Chacha' @ pak cik ni kata "I will cook for you". Tersentap Mak Jah dibuatnya. Hancurlah dinner malam ni. Tapi suprisingly Chacha hidangkan nasi berlaukan kari ayam dan dal yang sangat sedap. Mak Jah tak pernah rasa kari ayam sesedap yang Chacha masak. "Tq so much Chacha.. Yessss U are a great cheff". Lupa pulak Mak Jah nak belajar cara masak kari ayam tu, kalau tak boleh letak dlm blog.
Pagi yang indah di Gulmarg Ski Resort. Malangnya Mak Jah tengok hubby dah mula kurang bercakap. Hubby masih cuba melayan karenah Mak Jah tapi Mak Jah dah mula dengar macam-macam rungutan. Hubby tidak dapat tidur malam sebab tilam yang heated itu masih tidak cukup panas untuknya. Hubby cakap heater dalam tandas tidak function dan heater dalam pondok terlalu kecil dan tidak cukup untuk memanaskan seluruh ruang. Mak Jah hanya ketawa. Mak Jah faham sangat perangai hubby kalau tak dapat mandi puas-puas.
Apapun Hubby tolong bagi peluang untuk Mak Jah terus guling-guling main salji sepuas-puasnya baru kita balik ok...
Rasa macam tak mahu balik sebab cantik sangat pemandangan di sini tapi bila memikirkan suhunya yang -16'c dan airnya yang sejuk. Jom lah hubby kita balik Malaysia saja. Betullah kata orang 'Hujan Emas Di Negeri Orang, Hujan Batu Di Negeri Sendiri'. Baiklah Mak Jah balik main batu di Malaysia saja daripada main salji yang sejuk teramat ni. Mak Jah dah pakai 4 layer with heated shirt, sweater, baju bulu dan akhirnya winter coat. Dapatkan segala-galanya di Uniqlo KLCC http://www.uniqlo.com/my/ dan Winter Time Wangsa Maju. He..he.. he..sempat promote pulak.
Selamat tinggal Gulmarg.. Jika ada jodoh kita berjumpa lagi.
Setelah puas menikmati keindahan Gulmarg. Mak Jah terpaksa akur dengan hubby yang mahu segera pulang ke Srinagar. Untuk sedapkan hati Mak Jah, hubby cakap "tempat secantik Gulmarg ini kita akan datang lagi tapi next time kita datang musim bunga pulak". Ohhh... tq so much hubby kerana sentiasa mahu sedapkan hati Mak Jah. Perjalanan pulang dari Gulmarg ke Sri Nagar mengambil masa hampir 2 jam.
Inilah dia pemandangan Tasik Dal yang terkenal di Srinagar. Gambar ini agak kabur kerana waktu itu berkabus. Malangnya juga Mak Jah tidak dapat melihat Banjaran Himalaya di sekeliling Tasik Dal kerana kabus tebal. Ketika musim panas pelancong akan menginap di dalam 'house boat' dan menaiki perahu untuk pergi ke pasar atau ke kebun bunga untuk melihat berbagai jenis bunga termasuklah bunga tulip.. Errgghhh frustnya.. Mak Jah suka sangat tulip..
Mak Jah suka sangat dengan gambar ini. Gambar ini diambil oleh pelancong 'Mat Salleh' yang datang untuk mengambil gambar-gambar yang cantik ketika musim panas di Sri Nagar. Kalau tak silap Mak Jah 3 minggu pelancong asing tu ikut pak cik yang bawak perahu ni. Jangan tanya mana Mak Jah ambil gambar ni, he..he..he.. sanggup snap from the magazine kerana dah jatuh cinta. Sekali lagi, Mak Jah sungguh berpuas hati sepanjang Mak Jah berada di Kashmir, makan malam kat sini memang superb. Selepas makan Mak Jah dan hubby berjalan-jalan ke kedai souvenir. Kami membeli beg kulit, wood craft dan hanya sehelai scarf untuk diri sendiri.
Tengok tu, Mak Jah balik ke New Delhi dengan menaiki domestic jet iaitu SpiceJet. Alhamdullillah selamat tiba di New Delhi pada petang hari. Sesampai di New Delhi, Mak Jah melawat 'Red Fort India', India Gate dan beberapa tempat lagi. Mak Jah juga berpeluang untuk minum kopi di Taj Hotel sambil melihat pasangan India yang handsome dan cantik. Di sini lah boleh dilihat masyarakat Delhi yang kaya raya dengan pakaian sari mereka dengan color yang menarik dan dari fabrik yang mahal.
Buah hati pengarang jantung Mak Jah, Dato' S.. Suami loorrr
Mak Jah akan sambung lagi catatan Mak Jah dan bercerita tentang bandar Delhi yang padat. Kenderaan yang gemar membunyikan hon. Mak Jah juga sedih melihat mereka yang homeless dan terlalu ramai peminta sedekah jalanan. Ramai yang berbasikal malahan Mak Jah sempat melihat pak cik tua menaiki basikal telah melanggar sebuah kereta yang berhenti di lampu isyarat merah. Di belakang badan lori pula tertulis 'Please press your horn'. Nampaknya penduduk Delhi memang sukakan suasana yang bising dan gamat. Sampai sini saja catatan Mak Jah kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca catatan perjalanan Mak Jah ke Kashmir sehingga tamat.
Mak jah jgn lupa boh gambaq gulin2 pakai sari nampak pusat no
ReplyDeleteSat no, nak kena cari dlm lemari.Maklumlah gambaq cam gitu Mak Jah sembunyi..ha..ha..
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThank you for the great article I did enjoyed reading it, I will be sure to bookmark your blog and definitely will come back from again. I want to encourage that you continue your great job, have a good day
ReplyDeletedriving in singapore
Tq Mr David. Hope that U enjoy reading my blog. Tq
Deletesalam kenal..
ReplyDeletemasa ke Kashmir itu hari waktu spring. tapi tak singgah ke gulmarg. hope for next visit in April 2014, i will go there, INSYALLAH..cantik sangat yee..
Salam Azian. Sorry sayang baru baca komen nih. Kashmir mmg best. Makan pun sedap. Saya pun hope sgt dpt visit kashmir lagi di musim bunga..
DeleteSalam Kak
ReplyDeletekak pergi sana sendiri2 ya... Tak guna agent pelancongan
salam kak ,, flight dari malaysia ke india . DELHI ke ? tgok kat airasia xde pun delhi.. teringin la nk g sana. heee
ReplyDeletesalam singgah =))
Assalam sis
ReplyDeleteBole tau which travel agent sis guna?
Amik pakej or ground arrangement?