Ehh, Ok.. ok.. tak mau.. tak mau sedih-sedih hari ni Mak Jah nak panggang 4 ekoq ayam tertonggeng-tonggeng nak jamu adik beradik Mak Jah. Mak Jah sebenarnya dah janji dengan kawan-kawan nak share resepi AYAM TONGGENG PANGGANG Style Mak Jah ni.
Ha... tu dia, 4 ekoq ayam Mak Jah beli di AYAMAS http://www.ayamas.com.my/. Mak Jah suka beli ayam size M. Bukan kedekut nak beli size yang besar sikit tapi Mak Jah rasa size M dah sesuai dengan jiwa raga Mak Jah. Ayam yang dibeli di Ayamas dah di cuci bersih-bersih even di dalamnya pun but..tak rugi kalau kita cuci sekali lagi. Gaulkan dengan tepung gandum, cuci bersih-bersih dan lepas tu kita selawat. Selepas dibersihkan, ayam-ayam ini Mak Jah lap dengan kain bersih sampai kering. Supaya nanti ianya sebati dengan bahan-bahan yang kita marinade
Gambar A
Nampak tak bahan-bahan yang Mak Jah pakai. Buttercup, sos cili, sos lada hitam. sos tiram, kicap manis dan madu. Selalunya kalau anak Mak Jah mintak ayam panggang yang simple. Mak Jah akan marinade bahan-bahan di gambar A saja. Ingat tau jangan letak banyak garam sebab buttercup sudah ada rasa masin dan madu sudah cukup manis.Gambar B
Butter yang telah dicairkan.
Ini dia, 4 ekor ayam Mak Jah sedang berenang-renang di lautan marinade. Kali ni Mak Jah perap lama sikit lebih kurang 6 jam. Selepas diperap Mak Jah simpan balik dalam fridge.
Are you ready...?? Ok.. ayam-ayam tonggeng Mak Jah dah pun siap sedia untuk dipanggang. Ingat ya, cover skit leher dan kaki supaya ayam-ayam ni tak malu.. He..he... dak aaihhh.. part tu yang selalu masak cepat, nanti rentung lak...
Ingat.. panaskan oven dahulu. Suhu oven adalah 175' dan ayam-ayam ini dibakar selama satu jam. Selepas setengah jam, Mak Jah akan balikkan ayam ini supaya bawahnya juga masak sekata.
Taaaaraaa.... itu dia ayam tonggeng Mak Jah.. Bukannya rentung atau hangit. Ingat tak ?? bukan ka Mak Jah letak madu dan kicap tentulah colornya gelap. p/s Mak Jah memang suka semua benda yang color gelap... ha..ha..ha..Kalau kawan-kawan ikut betul-betul petua Mak Jah ni mesti jadi punyalah dan jika sesiapa yang ada kemusykilan boleh tanya soklan.
Sorry no.., Mak Jah tak sempat nak letak bedak make up lawa-lawa ayam tonggeng ni. Ramai sangat dah yang tak sabar nak makan... Chewaahhh konon-konon macam lah sedap sangat.. Ayam ni mak Jah dah potong 4 bahagian. Mak Jah percaya lepas ni kawan-kawan Mak Jah yang ada oven tapi tak pernah berasap tu... tentu berminat nak mencuba resepi ayam panggang ni.
No comments:
Post a Comment