Wednesday, March 14, 2012

Wanita Dan Pap Smear Ibarat Mimpi Ngeri...



Pada minggu lepas, di suatu petang yang indah ketika Mak Jah sedang memandu tiba-tiba Mak Jah dikejutkan dengan panggilan talifon dari Ampang Putri Specialist Hospital. Waaahhh.. statement memang penipu habis. Minggu lepas di Kolumpo asyik hujan dengan ribut saja di waktu petang, bila masanya yang indah. Apapun Alhamdullillah, hujan kan rahmat dari Allah. 


"Puan, keputusan Pap Smear sudah kami terima. Doktor minta Puan segera datang ke klinik kerana di dalam report Puan didapati ada kuman".

"Baiklah, terima kasih. Esok saya akan ke sana, tolong set appointment saya untuk berjumpa dengan doktor"


Jeng..jeng..jeng.. Sebab inilah Mak Jah malas nak buat check up. Nak buat blood test pun Mak Jah tak sanggup. Mak Jah kalau boleh tak mahu tahu jika ada sebarang penyakit. Tapi sejak pemergian Abah, saudara mara Mak Jah selalu ingatkan Mak Jah supaya pergi buat check up kerana sejarah keturunan Mak Jah ramai yang meninggal disebabkan cancer. Atas kesedaran inilah Mak Jah pergi buat ujian Pap Smear. Mak Jah tahu ramai kawan-kawan Mak Jah yang takut mendengar perkataan Pap Smear. Mula terasa sakit dan ngilu jika dibayangkan bagaimana ujian ini dibuat.


Ini Mak Jah nak cerita sedikit tentang ujian Pap Smear. Hari ni Mak Jah teringin sangat nak jadi doktor pakar sakit puan. Pap Smear ni ujian saringan yang digunakan untuk memeriksa penyakit di serviks wanita yang tidak mempunyai sejarah penyakit serviks seperti kanser.




Pap smear dikenali sebagai ujian papanicolaou. Sedikit tisu dari pangkal serviks di ambil. Oouuucchhh... inilah part tak boleh tahan nihh.. kemudian tisu ini dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi untuk menjadi kanser. Biasanya sel serviks tidak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman. Sel yang normal akan mengalami beberapa perubahan dalam jangka masa tertentu sebelum menjadi sel kanser.  


Pap smear boleh mengesan perubahan pada sel di peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser. Masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara 2 hingga 10 tahun. Jadi, sekiranya pap smear dilakukan setiap 3 tahun, peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel  kanser adalah cerah sebelum ia menjadi kanser serviks. Rawatan di peringkat awal mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh. Tapi doktor Gyne Mak Jah cakap kena buat ujian Pap Smear tiap-tiap tahun. Kebanyakan wanita yang mengidap cervical cancer kerana mereka tidak membuat ujian Pap Smear di dalam tempoh 5 tahun atau lebih. 


Alhamdullilah.. baru lega hati Mak Jah bila doktor terangkan pada Mak jah tak semua keputusan abnormal Pap Smear bermaksud terdapatnya kanser serviks. Mak Jah masih ingat kata-kata Doktor Mani, seorang doktor pakar sakit puan berbangsa India berusia 50-an.
Doktor Mani nasihat untuk melakukan perkara-perkara berikut:
  • Mengulangi pemeriksaan Pap smear
  • Memberi ubat seperti Krim Estrogen. Keabnormalan dalam serviks mungkin biasa semasa menopaus apabila hormon seks seperti estrogen mengurang. Sekiranya estrogen rendah yang menyebabkan keabnormalan dalam serviks, hasil pemeriksaan sepatutnya semakin positif selepas menggunakan krim estrogen.
  • Melakukan kolposkopi. Apabila melakukan kolposkopi, doktor akan menggunakan peralatan yang dipanggil kolposkop untuk memeriksa serviks. Semasa prosedur ini, doktor akan menyapu larutan cuka lembut pada permukaan serviks. Kawasan yang bertukar menjadi putih selepas penyapuan larutan tersebut akan dianggap sebagai tidak normal.
  • Melakukan biopsi dengan mengambil sebahagian kecil permukaan serviks dan menghantarnya ke makmal untuk ujian. Melalui biopsy, doktor kamu boleh menentukan sama ada terdapat keabnormalan yang dijumpa semasa Pap smear atau kolposkopi adalah disebabkan kanser ataupun tidak.
1.
Radang serviks yang disebabkan oleh monilia, papillomavirus, trichomonas, herpes virus dan jangkitan bakteria.
2.
Cervical dysplasia dimana sel serviks di persimpangan squamous calamus  menunjukkan perubahan abnormal yang berpotensi untuk menjadi sel kanser. 
Wanita yang dijangkiti Human Papillomavirus dibahagian serviks mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser serviks.  Human Papillomavirus biasanya menjangkiti mereka yang melakukan seks rambang kerana ia adalah sejenis penyakit bawaan seks. Kanser serviks juga kerap terjadi dikalangan wanita yang merokok.

 "Saya baru saja tadi pagi check seorang perempuan melayu masih muda. Dia lawyer. Banyak sedih sebab dia mengandung lagi sedang kena itu cervical cancer tahap tiga. Kita orang perempuan kena jaga kesihatan. Kena selalu pergi check doktor. Orang lelaki apa peduli, isteri mati boleh cepat-cepat cari lain perempuan".

Mak Jah hanya ketawa pada Doktor Mani. Pengakuannya sangat ikhlas. Dia menegur sikap Mak Jah yang takut berjumpa doktor dengan menceritakan kisah-kisah yang menakutkan dan boleh menginsafkan Mak Jah... 

Bila Ujian Pap Smear Mak Jah Didapati Tidak Normal... Apa yang perlu dibuat.. Inilah yang STReSS!!!!

Keputusan abnormal boleh disebabkan oleh beberapa faktor;


Siapa yang berisiko tinggi untuk mendapat kanser serviks?



Mak Jah harap semua kawan-kawan Mak Jah akan ambil berat tentang penjagaan kesihatan. Kita cegah dulu sebelum parah. Pada kawan-kawan Mak Jah yang dah lama tak pergi buat ujian Pap Smear silalah segera berjumpa doktor.

3 comments:

  1. ahkak liat betoi nk pi check dik nun.... entah napa lah padahal... bknnya ahkak tk sedar betapa pentingnyaaaa..... adussss

    ReplyDelete
  2. P la kak nah.. kin lepas check baru tau fibroid pun dok ada walau kecik but risau jugak..

    ReplyDelete
  3. Hurm td masa anta ank g check...nurse pn ckp..pap smear sy dijangkiti kuman...terus jd xde mood...cma nurse nasihat kna jga kebersihan area sito...

    ReplyDelete