Thursday, January 24, 2013

Pulau Rawa... Boleh Bertolak Sekarang



Bila Mak Jah letak je DP ni pada BBM, ramai kawan-kawan yang tanya Mak Jah ada di mana. Ada yang teka Mak Jah ke Phuket, Phi Phi Island, Maldives dan banyak lagilah pantai-pantai yang menarik di seluruh dunia. Tapi Mak Jah jawap, "Allo kawan, Mak Jah ada family day, bercuti dalam Malaysia saja. Ada di Pulau Rawa". Terkejut sungguh depa dengar, itulah sebenarnya ramai lagi kawan-kawan Mak Jah yang belum sampai ke Pulau Rawa dan tak pernah tahu yang keindahan Pulau Rawa juga setanding pulau-pulau di negara luar. Itulah sebabnya kali ini, hati Mak Jah terpanggil-panggil untuk berkongsi cerita tentang keindahan Pulau Rawa.

Mak Jah sendiri pun mulanya tak sangka, Pulau Rawa seindah ini. Mak Jah ingat lagi masa zaman budak-budak dulu, Mak Jah cuma dengar nama Pulau Rawa bila naik feri balik ke Penang. Mak Jah ingat lagi 30 tahun yang lalu, bila feri nak bertolak ada pengumuman di buat "Pulau Rawa, boleh bertolak sekarang". Mak Jah pelik bila dengar nama Pulau Rawa dan Mak Jah masih ingat arwah Abah terangkan pada Mak Jah yang Pulau Rawa terletak di negeri Johor. 

Sepanjang perjalanan dari KL ke Mersing diiringi dengan hujan renyai-renyai. Hubby dah mula cuak bila memikirkan keadaan laut yang pasti berombak dan bergelora bila hujan. Mak Jah senyum je bila dengar hubby membebel sebab company memilih pulau sebagai destinasi percutian kali ini kerana katanya bulan Disember kan musim tengkujuh. Tapi Alhamdullilah, syukur sangat-sangat pada Allah swt bila kami tiba di jeti Mersing pada jam 10 pagi, hujan pun berhenti. Keadaan begitu tenang sekali di sini.

Dari Jeti Mersing, kami menaiki speed boat dan perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit. Kelihatan beberapa buah pulau kecil sepanjang perjalanan kami ke sana.  

Bila Mak Jah jejak je kaki di jeti Pulau Rawa terus jatuh cinta pada pemandangan pasirnya yg putih dan daun-daun nyiur yang melambai. Amboi Mak Jah.. statement..nak bercerita ka nak karang puisi.

Mak Jah rasa budak-budak ni tak pernah jumpa pokok kelapa agaknya. Selalunya pokok kelapa tinggi melangut, dapat je pokok kelapa setinggi depa, habih pokok ni depa kerjakan.


Ada banyak chalet-chalet yang menarik menghadap laut di Pulau Rawa. Harganya pun sangat berpatutan.


Boleh berkayak, snorkeling dan bermacam-macam lagi aktiviti 'water sport' yang terdapat di sini.

Yeehaaa, punyalah bergaya sakan, tapi bukan depa dok kayak atas pasir ja ka? Apapun tahniah sebab gaya tetap ada. Aktiviti snorkeling dan Mak Jah tak dapat dipisahkan. Yang indahnya snorkeling di Pulau Rawa tak perlu naik bot pergi jauh ke tengah laut untuk lihat coral dan ikan. Dekat saja dengan pantai pun dah ada banyak ikan dan coral.

Lanskap di sini pun cantik sangat. Rasa macam duduk dalam hutan yang penuh dengan flora dan fauna.


Cantik kan bunga ni. Tak pernah Mak Jah tengok sebelum ni, okid hutan kot..

Lautan biru yang tenang dan pasirnya yang putih. Mak Jah rasa macam tenang sungguh kalau terus jadi orang pulau di sini. Sesekali lari dari kesibukan kota dan masalah kerja yang berserabut dan bawa family berehat. 

Boleh tengok sunset sebab cuaca di Pulau Rawa sangat elok waktu ini. Perut pun dah lapar dan tak sabar menantikan menu bbq kami malam ini. 

Percutian kami selama 3 hari 2 malam pun berakhir di sini. 

Sekejap je semua dah lentok terlena keletihan...... 

Pulau Rawa jika ada rezeki dan umur yang panjang, pasti kita berjumpa lagi.




11 comments:

  1. duduk kat chalet mana.?? price die berapa.??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear.. nanti mak jah get the info. Lupa plak mak jah nak amik details. Sebab semuanya kwn2 yg urus.. jap ya dear

      Delete
  2. salam..tumpang tanya..duk chalet mana erh? harga dgn mkanan jer prepared by org muslim kita ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Ain, Mak Jah stay di Rawa Safaris Resort. Managed by muslim. Dont worry sayang makan sedap and masakan melayu.

      Delete
  3. Salam. Pakej full pulau rawa ni brape eh?

    ReplyDelete
  4. berapa ye bajet utk ke pulau rawa ni...utk semua aktiviti...?

    ReplyDelete
  5. salam , brp eh bajet pergi sana ?

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Yg ada cuma resort ye. Homestay xde ye

    ReplyDelete
  8. Yg ada cuma resort ye. Homestay xde ye

    ReplyDelete
  9. can i get ur detailssss. nk tahu banyak abt pulau rawa

    ReplyDelete