Alhamdullillah... Tercapai jugak cita-cita dan impian Mak Jah untuk menjejakan kaki di bumi Istanbul. Mak Jah bukannya Lisa Surihani yang terbang sejauh 4000km mencari cinta. Tetapi Mak Jah terbang sejauh 4000km untuk meraikan cinta. Amboiii...amboi Mak Jah, statement tak sedaq diri..
Sebenarnya 16 tahun yang lalu, Istanbul merupakan destinasi pilihan Mak Jah untuk 'hanimun' bersama hubby tercinta. Tetapi syukur Alhamdullilah waktu itu Hubby memilih destinasi lain sebagai hadiah untuk berbulan madu dan tempatnya 'Biarlah Rahsia'. Kali ni meh kawan-kawan ikuti cerita-cerita dan tempat-tempat istimewa yang telah Mak Jah kunjungi sepanjang 6 hari 5 malam di Turki.
Percutian Mak Jah kali ini diterbangkan dengan Qatar Airways. Sila rujuk home page Qatar Airways jika ada yang berminat:- http://www.qatarairways.com . Syiok tau sebab stewardessnya semua 'ala tomei-tomei'.
Penerbangan selama 4 jam dari KLIA ke Doha tidak terasa apabila kami dilayan dengan baik dan dijamu dengan makanan yang sedap-sedap. Sesampainya di Doha kami terus bergegas mendapatkan flight seterusnya ke Istanbul. Transit selama 55 minit di Doha membuatkan kami sedikit kalut. Ini kali pertama Mak Jah transit di airport Doha, mulalah tercangak-cangak macam rusa masuk kampung.
Penerbangan dari Doha ke Istanbul mengambil masa selama 8 jam. Kami atasi rasa bosan dengan bermain game dan menonton filem. Mak Jah sempat lagi tu layan cerita hindustan. Qachik pulak mengamuk nak tengok cerita Ted walau Mak Jah tau rating cerita Ted sungguh tidak sesuai untuk umur Qachik tapi bila Qachik nampak teddy bear, itu yang dia nak. Sesampainya di Istanbul Ataturk Airport, kami disambut oleh tourist guide bernama TAMER OZDEMIR. Tamer membawa kami menikmati makan malam di Restoran Sehir sebelum dibawa bermalam di Hotel Klas. Cuaca pada malam ni sangat sejuk. Tamer kata suhu pada waktu itu adalah di bawah 5c. Kita tengok apa yang Mak Jah dan keluarga makan malam ini.
Makan malam di RESTORAN SEHIR
- • CHICKEN SOUP
- • CHINESE SPRING ROLLS
- • SHEPARD’S SALAD
- • GRILLED CHICKEN WITH THYME
- • SEASONAL FRUIT
Lawatan Di Hari Pertama.
Istana Topkapi.
Cuaca pada mulanya sedikit hujan dan berangin. Nampak tak payung kuning tu. Dah banyak payung yang Mak Jah beli hancur disebabkan angin yang kuat. Nampak sangat payung yang dijual tu tak berkualiti.
Ini pintu masuk istana Topkapi. Istana yang terletak di titik pertemuan Selat Bosphorus, Tanjung Tanduk Emas (Golden Horn) dan Laut Marmara. Istana Topkapi terletak di belakang bangunan Hagia Sophia (Aya Sofya). Topkapi dalam bahasa Turki bererti Gerbang Meriam. Kompleks Istana Topkapi ini pernah diubahsuai sebanyak dua kali, iaitu setelah gempa bumi pada tahun 1509 dan kebakaran dalam tahun 1665. Sebanyak 24 orang Sultan di zaman kerajaan Uthmaniah pernah mendiami istana itu.
Kini Istana Topkapi telah beralih fungsinya menjadi muzium. Banyak peninggalan kejayaan kesultanan Uthmaniah yang tersimpan di sina. Tapi yang paling menarik minat Mak Jah adalah untuk melihat barang-barang peninggalan Rasullullah Saw dan kilauan permata milik kesultanan Uthmaniah.
Istana Topkapi merupakan kediaman rasmi kesultanan Uthmaniah atau dikenali juga dengan sebutan Turki Ottoman selama lebih dari 400 tahun (1465-1856). Pembangunan Istana Topkapi ini bermula pada tahun 1459 atas perintahan Sultan Mehmed II. Istana ini dulunya dihuni oleh 4000 orang.
Dibangunkan di atas tanah seluas 592.600 – 700.000 m² dan dikelilingi tembok sepanjang 5 kilometer, Istana Topkapi merupakan rumah bagi pemerintahan Sultan Uthmaniah selama 4 abad. Dimulai dengan Sultan Mehmed II yang menakluki Istanbul dari kekuasaan Rom pada tahun 1453.
Barang-barang peninggalan Rasulullah Saw yang ada seperti pedang hitam (Pedang Nabawi), gigi (Nabi Muhammad Saw yang tanggal semasa Perang Uhud), tasbih kayu, bendera, cambuk, segenggam janggut, sejadah, tongkat, busar panah, dan banyak lagi. Selain itu, terdapat pedang-pedang milik sahabat-sahabat Rasulullah Saw di antaranya pedang Abu Bakar as-Siddiq, Umar bin Khattab, Uthman Bin Affan dan Ali bin Abi Thalib.
Blue Mosque (Masjid Biru)
Seterusnya Mak Jah dan keluarga berkunjung ke Blue Mosque. Alhamdullilah tercapai jugak impian untuk solat di dalam masjid yang sangat indah dan bersejarah ini. Bayangkan betapa sejuknya ketika mengambil wuduk, menggigil Mak Jah dibuatnya.
Seterusnya Mak Jah dan keluarga berkunjung ke Blue Mosque. Alhamdullilah tercapai jugak impian untuk solat di dalam masjid yang sangat indah dan bersejarah ini. Bayangkan betapa sejuknya ketika mengambil wuduk, menggigil Mak Jah dibuatnya.
Inilah Masjid Biru atau nama sebenarnya Masjid Sultan Ahmed. Bila Mak Jah berada di hadapan masjid ni, Mak Jah tengok bukanlah warna biru sangat pun tapi rupa-rupanya ia mendapat gelaran Masjid Biru kerana jubin berwarna biru pada dinding di bahagian dalam masjid tersebut. Masjid yang mempunyai 6 menara setinggi 64m ini dibina oleh Sultan Mahmed I pada tahun 1616. Ia mempunyai 8 kubah dan 1 kubah utama dan mampu memuatkan 10,000 jemaah buat satu-satu masa. Menarik mengenai masjid ini ialah mimbarnya kerana ia dibina dengan begitu strategik sehinggakan biarpun masjid tersebut penuh namun jemaah masih boleh melihat imam memberikan khutbah.
Hagia Sophia (Aya Sofya)
Berhadapan dengan Masjid Biru ialah sebuah muzium yang dipanggil Hagia Sophia atau Aya Sofya. Bangunan ini mempunyai sejarah yang teramat panjang bermula sebagai sebuah gereja (360-1453) kemudian dijadikan masjid (1453-1931) dan akhirnya dijadikan sebuah muzium (1931-sekarang). Di dalamnya boleh dilihat kesan-kesan peninggalan agama Kristian Ortodoks dan Islam. Bangunan asalnya dibina pada tahun 360 sebelum dibakar ketika rusuhan dan bangunan yang sedia ada sehingga kini dibina pada tahun 537 oleh Maharaja Byzantine Justinian.
Ketika Mustafa Kamal Ataturk menjadi Presiden Turk yang pertama selepas menggulingkan khalifah Uthmaniyyah, beliau mengubah masjid ini menjadi sebuah muzium. Lukisan Virgin Mary memangku Jesus dan Omphalion (kawasan di mana maharaja-maharaja Byzantine ditabalkan) yang telah ditutup sekian lama telah dibuka semula.
Hippodrome Square
Sebelum balik ke hotel, lawatan terakhir kami untuk hari pertama ni ialah di Hippodrome Square. Mak Jah tengok ramai yang dok rehat-rehat, lepak-lepak kat sini memandangkan suhu waktu ni pun sejuk so Mak Jah rasa sungguh tidak sesuai untuk kami lepak lama di sini. Ada beberapa batang tiang yang menandakan sebuah dataran yang dahulunya dikenali sebagai Hippodrome of Constantinople, kini digelar Sultan Ahmet Square. Bermula dari zaman empayar Byzantine pada tahun 203 lagi, dataran ini menjadi pusat sukan dan sosial di mana perlumbaan kuda dan kereta kuda chariot sering diadakan. Ada beberapa monumen yang masih terdapat di situ seperti Serpent Column, Obelisk of Thutmose III, Walled Obelisk dan Statues of Porphyrios.
Mak Jah pun dah penat seharian berjalan-jalan di Istanbul. Mak Jah dah nak balik hotel untuk rehat dan tidur. Nanti Mak Jah sambung catatan perjalanan Mak Jah seterusnya. Sebelum tu, mari kita lihat menu lunch dan dinner Mak Jah hari ni.
Makan tengah hari di RESTORAN TURKISTAN ASEVI
- • SOUP
- • SEASONAL SALAD
- • URFA KEBAP
- • FRUIT
- • FISH SOUP
- • SEASONAL SALAD
- • GRILLED MACKEREL
- • PLAIN RICE
- • DESSERT
No comments:
Post a Comment