Mak Jah dan hubby selalu sangat dah bercuti di negara jiran kita Thailand tapi langsung tak berkesempatan untuk berkunjung ke Pasar Terapung Saduak. Mak Jah selalu dengar jiran-jiran balik bercerita pada Mak Jah. Dapatlah fridge magnet dan t shirt daripada depa. Syok sungguh dok dengar depa bercerita. Tapi baru-baru ni kan, kesempatan yang ada ketika berkunjung di negeri Gajah Putih tempoh hari, Mak Jah pujuk hubby untuk menikmati satu pengalaman baru iaitu membeli belah dalam sampan di Pasar Terapung Damnern Saduak.
Pasar Terapung Damnern Saduak terletak di Wilayah Ratchabouri kira-kira 110KM dari Bangkok. Kami ke sana dengan menaiki van pelancong dan perjalanan mengambil masa kira-kira lebih satu jam. Hubby sempat merungut jugak sebab jauh, Mak Jah buat-buat pekak telinga, malas nak layan. 'Kalau pergi bercuti asyik nak tidur kat hotel je baik balik tidur kat rumah je Yang ooii'.
Kami menaiki bot untuk ke pasar tersebut dan menyusuri tali air yang dipanggil 'Khlongs', Sampai di pasar, kami menyewa sebuah sampan kecil pula milik seorang Pak Cik Tua untuk singgah dari sampan ke sampan dan gerai ke gerai. Berbagai barangan yang dapat dibeli di sini seperti cenderamata, aksesori wanita, hiasan diri, kesenian 'arts' desa, makanan dan juga buah-buahan.
Apalagi tentulah pulut mangga ni menjadi pilihan hati ataupun 'Manggo with sticky rice'. Yummy.. memang sedap sangat. Mak Jah berpuas hati betul dapat makan nih. Hajat dihati untuk berkunjung ke sini lagi tapi kali nih nak bawak anak-anak Mak Jah sekali. Tentu mereka enjoy kerana dapat menyusuri sungai menaiki boat sambil shopping. Semestinya satu pengalaman yang menyeronokkan.
Tq Kashmir Tourism for ur info
ReplyDeleteHarrah's Cherokee Casino & Hotel - MapYRO
ReplyDeleteFind your way around the casino, find where everything apr casino is 출장샵 located with the most up-to-date 바카라 사이트 information about Harrah's Cherokee Casino & Hotel in Cherokee, https://vannienailor4166blog.blogspot.com/ NC.