Friday, June 10, 2011

Honeymoon At Krabi Island.


Syukur alhamdullilah, niat murni Mak Jah dan hubby untuk pergi bercuti, meluangkan masa berdua dimakbulkanNya. Penerbangan dari LCCT terminal ke Krabi mengambil masa 2 jam. Hanya penerbangan Air Asia sahaja yang menawarkan penerbangan terus ke Krabi.


Ini dia pesawat Air Asia yang akan membawa Mak Jah, hubby dan sahabat karib Mak Jah Puspa Sari bersama suaminya Hadzie untuk terbang ke Thailand. Yeeehaaaaa.... jom kita.. sebelum tu apa kata korang dengar sini Mak Jah nak nasihat. Sebelum pergi melancong sila rancang percutian anda dari awal. Dapatkan pakej pelancongan dan tiket penerbangan yang murah di laman web ini http://www.airasia.com/my/en/home.page


Sebenarnya sudah lama tertarik dan jatuh cinta dengan keindahan Krabi dan pulau-pulau di sekitarnya. Mak Jah selalu surfed di Internet dan membacanya di majalah. Baru kali ini tercapai hajat di hati untuk honeymoon bersama hubby tersayang ke Krabi. Perasaan seronok yang tidak terhingga bila kapal terbang Air Asia selamat mendarat. Namun hati seorang ibu masih berharap kalaulah anak-anak dapat turut serta di dalam percutian kali ini tapi namapun mummy dan daddy nak honeymoon kan.. Thank you so much to Nana, Amsyar dan Qasyir yang begitu sporting melepaskan mummy dan daddy pergi ....

Dari Krabi Airport, kami menaiki teksi menuju ke Hotel Ao Nang Villa.



Jika ada yang berminat untuk berkunjung ke hotel ini. Ini laman web Hotel Ao Nang Villa:  http://www.aonangvilla.com/ Hotel yang sangat selesa kerana berdekatan dengan pekan Ao Nang dan berhampiran dengan kawasan pantai.



Wahhh.... ini bilik Mak Jah... luaskan dan selesa... Dah nak tidur ka... No.. No... perut ni dah menjerit-jerit minta di isi. Hanya beberapa minit berjalan keluar dari kawasan, mudah saja untuk kami menjumpai makanan yang halal di Pekan Ao Nang. Ini kerana penduduk Krabi rata-ratanya beragama Islam. Mak Jah tidak melepaskan peluang untuk meikmati Tom Yam seafood yang dimasak bersama santan.... perrgghhhh waaalllaa.. letak candu ka...

Selesai makan tengah hari kami beredar mencari agensi pelancongan yang menawarkan pakej 'Island Hopping'. TUNGGU dan ikuti catatan Mak Jah yang seterusnya. Pasti kawan-kawan teruja melihat keindahan pulau-pulau sekitar Krabi Island.

4 comments:

  1. salam kenal. nina cr pasal krabi. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Dear... krabi mmg best.. Sesuai utk kita muslim. Tak macam Phuket yg havoc..

      Delete
  2. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Amsyaril, kekwn semua boleh contact kwn kita ni jika ada sesiapa yang berminat utk mendptkan pakej pelancongan.

      Delete