Monday, February 27, 2012

Kisah Buah Durian Belanda, Penyakit Cancer dan Supplement 4Life



Assalammualaikum dan selamat pagi kawan-kawan semua. Kenal tak buah apa ni. Nampak hijau elok no. Ya betoi, buah durian Belanda. Banyak Mak Jah nak cerita tentang khasiat buah durian belanda. Sebelum tu Mak Jah nak terangkan sebenarnya pagi ni Mak Jah dalam mood sedih. Pagi ni kawan Mak Jah, Kak Nita talifon dan cerita pasal kawan kami, kak N. Terkejut dengar berita Kak N sedang menghidap sakit leukimia. Kalau ada yang tak faham ni Mak Jah nak terangkan sikit apa yang dimaksudkan dengan penyakit leukimia. Bukanlah pagi ni Mak Jah teringin nak jadi doktor pulak tapi apa yang kita tahu eloklah dikongsi bersama. Tak elok 'kemut' atau lokek ilmu ni...


Leukemia ni kan kanser sel-sel yang membentuk darah. Leukemia menyebabkan jumlah sel darah putih yang belum matang dihasilkan. Sel-sel abnormal ini dipanggil blas leukemia, tidak boleh menjalankan fungsi-fungsi normal sel-sel darah putih. Terkumpul di dalam sum sum tulang dan melimpah ke dalam darah dan mungkin akan merebak ke dalam organ-organ seperti hati, limpa, paru-paru dan buah pinggang. Kadang-kala, sel-sel ini juga mungkin merebak masuk ke dalam cecair di sekeliling otak dan saraf tunjang.  Oleh kerana terlalu banyak sel-sel darah putih yang terkumpul di dalam sum sum tulang, sum-sum tulang tidak dapat menghasilkan sel-sel darah merah, sel-sel darah putih dan platelet yang mencukupi. Ha.. faham tak ?? Dari dulu Mak Jah cuma faham sakit leukimia ni terjadi kerana dalam badan terdapat sel darah putih yang lebih daripada sel darah merah.


Yang Mak Jah sedihkan kawan Mak Jah sedang menanggung kesakitan ini sendiri. Dia tak mau kawan-kawan tahu tentang penyakitnya dan tak mau kawan-kawan datang melawat dia yang kini sedang menjalani rawatan kimo di SJMC. Subhanallah derita sungguh penyakit yang ditanggung oleh Kak N. Sebagai seorang sahabat Mak Jah hanya mampu berdoa semoga dia tabah dan kuat melawan penyakit...amin.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidaklah ALLAH menurunkan penyakit kecuali beserta dengan ubatnya.”
Setiap kali ada berita tentang kenalan dan sahabat karib yang menghidap sakit cancer atau leukimia, Mak Jah teringat pada arwah Abah. Diam tak diam, 23hb April nanti genaplah setahun Mak Jah kehilangan Abah tersayang. Mak Jah tak boleh lupa, beberapa bulan sebelum Abah pergi menghadap Illahi, berkali-kali dia minta Mak Jah dapatkan jus durian belanda. Abah kata malangnya dia baru saja mendapat tahu bahawa durian belanda dapat melawan sel cancer. 
Mak Jah bukan doktor malahan nak buat ujikaji tentang keberkesanan buah durian belanda melawan sel kanser jauh sekalilah kan. Jadinya Mak Jah tak dapat nak terangkan lebih-lebih pada Abah, apa yang Mak Jah buat, Mak Jah ikutkan sahaja kehendak Abah. Mak Jah belikan Abah F&N Fruit Tree Durian Belanda sebagai ganti kerana waktu itu terlalu sukar untuk mendapatkan buah durian belanda. new.fndairies.com/product-ft-juice.html

Selepas arwah Abah meninggalkan kami barulah Mak Jah surfed internet untuk mengetahui lebih lanjut tentang durian belanda. Mak Jah mula cadangkan pada kawan-kawan yang menghidap sakit cancer untuk dapatkan buah durian belanda.
Kalau ada yang tak kenal dengan buah durian belanda ni Mak Jah Nak habaq, buah durian belanda ni tak besar sangat, kulit berduri lembut, isi buah warna putih, rasanya masam-masam manis, nak makan kenalah kopek kulitnya atau ambil isinya untuk dibuat jus.

Ramai yang kata khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Mak Jah ada terbaca di dalam internet mengatakan Institut Sains Kesihatan di Amerika telah mengkaji buah ini dan hasil penyelidikan mereka mendapati:

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita ini didapati daripada salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah ini telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji ini mendapati:

*Berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza,   diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
*Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Terapi Kimo yang biasa digunakan!
*Tidak seperti terapi kimo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.
Lagi satu Mak Jah nak cerita di sini selain daripada dapat melawan sel kanser. Daun pokok buah durian Belanda boleh merawat luka luar tubuh, membuang kutu di kepala dan pepijat di tilam atau bantal. Keduanya jus durian belanda ini dapat merawat uretritis, hematuria penyakit berkaitan hati dan juga kusta. Isi durian belanda boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka, air rebusan pucuk muda durian belanda dapat merawat masalah hempedu, batuk, selsema, cirit - birit, demam dan juga masalah ketidakcernaan perut serta air rebusan daunnya turut membantu dalam mengurangkan bengkak kaki dan keradangan. 
Daun buah durian Belanda digunakan untuk merawat masalah kulit, selain dari kulit akarnya boleh merawat keracunan dan bunganya dapat meringankan selsema. Dan yang terakhirnya hasil bacaan Mak Jah, biji buah durian Belanda pula untuk merawat orang yang selalu muntah - muntah tapi bukanlah untuk penyakit ibu-ibu mengandung yang morning sickness tu ya.. Jadi bakal-bakal ibu semua jangan dok pandai-pandai buat petua sendiri.
Berbalik kepada cerita panggilan talifon daripada Kak Nita pagi tadi, Mak Jah pun bertanyakan kepada Kak Nita tentang adiknya yang juga penghidap sakit kanser payudara. Alhamdullilah Mak Jah dengar ketumbuhannya semakin kecut dengan mengambil supplement tambahan jenis 4life. Jadi Mak Jah pun sekali lagi rujuk di lawan web www.tf4.my4life.com/ . Maklumlah maklumat di hujung jari sekarang ni, mak Jah semakin bijak dan cekap. Kalau dulu Mak Jah macam ni dah lama jadi doktor pakar. 


Ohhhh... ini rupanya 4life Transfer factor. Mak Jah bukanlah nak jual produk ni tapi Mak Jah nak kongsi apa yang Mak Jah dengar tentang keberkesanan testimoni adik Kak Nita yang semakin pulih daripada penyakit cancer payudara. Mak Jah doakan semoga adik Kak Nita akan sembuh sepenuhnya tidak lama lagi, Insya Allah. Selepas ini kalau Mak Jah dah cuba produk 4life Transfer Factor ni bolehlah Mak Jah bercerita dengan panjang lebar lagi. 
Sebelum tu ni Mak Jah nak pesan, sesungguhnya yang menyembuhkan penyakit itu bukan ubat-ubatan, rawatan di hospital, ustaz atau bomoh tetapi kesembuhan itu adalah datangnya daripada ALLAH s.w.t. Itu semua hanyalah sebagai perantaraannya sahaja iaitu sebagai penyebab berlakunya sesuatu. Sememangnya manusia disarankan untuk berikhtiar sehingga sembuh. Namun, janganlah sampai kita mempercayai bahawa yang menyembuhkan itu adalah sesuatu selain ALLAH s.w.t.
Kita boleh baca di dalam Surah At-Taubah ayat 14, surah Yunus ayat 57, surah An-Nahl ayat 69, surah Al-Israa’ ayat 82, surah asy-syu’ara’ ayat 80 dan surah Fussilat ayat 44. “Dia adalah kesembuhan bagi pesakit ini dan Dia menyembuhkan dada-dada kaum mukminin, Dan penyembuh bagi penyakit-penyakit yang berada dalam dada juga petunjuk dan rahmat bagi mereka yang beriman, pada-Nya kesembuhan bagi manusia, Dan ALLAH menurunkan diantara al-Quran itu ada satu yang menyembuhkan dan rahmat bagi orang yang beriman, Dan apabila aku sakit maka Dialah yang menyembuhkan, Katakanlah: yang demikian itu adalah bagi mereka yang beriman sebagai petunjuk dan kesembuhan yang cepat, tidak meninggalkan sakit atau penderitaan kecuali kesembuhan-Nya.”
Wallahulam..

8 comments:

  1. Mak Jah Mak Jah... saya dah penah makan 4life itu.. tapi hanya 2 3 bulan sahaja.... agak panas untuk badan dan sakit saya.... maka saya stop... sekian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. He..he.. Jase ni kan Mak Jah tahu mesti kurang minum air.. Kalau amik apa2 dietary supplement kena minum banyak

      Delete
  2. Di mana boleh saya dapatkan durian belanda, saya nadiah pesakit Lyhmhomma.org spore.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayang klau U tak dapat buah durian belanda yg asli. Yg boleh u ambil isinya dan mesin buat juice. Mungkin you boleh beli di cold storage. Dah siap buat juice bermcm2 brand ada. Saya doakan U cepat sembuh. Think positive and be positive!!

      Delete
  3. Sesiapa yg memerlukan bekalan durian belanda sila ke www.facebook.com/puriasli

    ReplyDelete
  4. Ramai dah yg beli produk durian belanda dari puriasli ni yg bg +ve feedback...sekadar share semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah

    ReplyDelete
  5. 💐Assalamualaikum slm sejahtera warga group📢
    💐 Jom viralkan berita baik ni untuk pesakit kanser

    1) Ni tentang hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 ambik penawar yang harga berpatutan tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.Sebelum tu nak pesan,jangan abaikan temujanji doktor kalau ada.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan asbab penawar ni yg berunsurkan ubatan bahan semulajadi yg selamat diambil. Walaupon bahan semulajadi tapi amat berkesan sambil merawat bukan sekadar melegakan untuk sementara waktu.

    Saya rasa xlengkap kalau saya explain satu persatu setiap jenis ubat ni.Lebih baik tanya sendiri pengasasnya sebab tiap penyakit ade ubt yang khusus. Baik bertanya sendiri pada pengasasnya dan beritahu anda sakit apa.Dia akan explain semuanya.

    3)Pengasas jus ni dh banyak berdepan dengan pesakit2 kanser, ade ramai yg dh sembuh.


    Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni,sy sdri pon guna produk die dh 3thn.

    Sy nak share ubat ni pd org lain jugak, tiada penyakit yang tiada ubat selain daripada mati, cubalah sebab setiap penyakit ada harapan sembuh.Kelemahan hati + putus asa akan lebih memudarat kan penyakit.TAPI JANGAN ABAIKAN APOINTMENT DOKTOR kalau ada.

    Nanti kalau nak ikhtiar dgn ubatan dia,blh la join group whatsApp pejuang2 kanser,pengasas ada dalam group tu jugak, boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl,contohnye:
    ~~~~~~~~
    ▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dia dh sembuh walaupon doktor bgtau dia boleh hidup 1tahun je lagi.
    Dia mengarang sebuah buku berkenaan pengalaman sendiri melawan kanser dengan mengambil penawar jus ini sebagai rawatan alternatif selari dengan rawatan doktor (nk buku nti blh order)
    ~~~~~~~~
    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg dah sembuh dr kanser jus ni diambil selari dgn rawatan hospital.Apoinment x miss
    ~~~~~~~~
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Gurunya beritahu dia tak pernah nampak macam pesakit kanser tahap 4, sebab sentiasa nampak cergas.Asbab jus yang memberi tenaga dan merawat.Dia minum jus ni dari kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ~~~~~~~~
    ▪Nani Faiza - kanser Usus Tahap 4 dan ketulan kanser 10cm telah merebak ke hati, bersabar dan setia merawat dengan jus herba ini tanpa mudah putus asa,sekarang sudah sembuh sepenuh nye. sel kanser sudah tiada.
    ~~~~~~~~
    ▪Pn. Rugayah Jilani -
    Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- sudah sembuh !
    ~~~~~~~~
    ▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- sudah dapat kesan positif ,kesihatan beransur pulih.
    ~~~~~~~~

    ▪Puan Nor Sabariah
    - Ada asthma sejak 11tahun dulu
    -Selalu jatuh sakit sebab sesak nafas dan semput ,adakalanya kalau semput sampai tak mampu berdiri dan kena merangkak untuk bergerak
    -Sering bergantung pada inhaler setiap pagi
    -Setiap kali batuk teruk akan sesak nafas dan akan ke klinik untuk sedut gas
    -Lepas minum jus herba, dia xsemput lagi setiap kali batuk teruk. Dah xpergi klinik lagi sedut gas, setiap waktu pagi xperlu guna inhaler macam dulu.
    ~~~~~~~~
    5) Pesakit yang dah sembuh dari kanser menjalani kimo dan wajib minum jus kalau tak nanti effect dari kimo sangat ketara lemah nya jika tak ambil langsung.

    👍🏻In sya Allah nanti boleh join group wasap dan boleh pinjam semangat pejuang2 yg lain

    NOTE :
    Ia BUKAN HERBA YG MEMANASKAN BADAN macam produk2 lain yang masukkan herba2 biasa. Ia boleh diambil sebagai suplement.

    Call order wasap@call
    En mohd zuhairi 0174687570
    0174687570

    #sharing is caring

    ReplyDelete