Wednesday, March 21, 2012

Zaman Anak-Anak Ku VS Zaman Kanak-Kanak Ku


Mak Jah heran tengok bibik yang tergesa-gesa pulang ke rumah dan tercari-cari sesuatu. Mak Jah tanya bibik, " Cari apa Bik Nas?". "Qachik mahu Ipad dia, sebab semua kawan-kawan main Ipad". Aiittt.. petang-petang ni Mak Jah suruh bibik bawak Qachik keluar bermain dengan kawan-kawan. Mak Jah nak anak-anak Mak Jah bercampur gaul dengan rakan-rakan sebaya tapi kalau dah keluar rumah pun masing-masing usung Ipad macam mana ni. Kenapa tak main bola, naik basikal atau main apa saja yang boleh mengeluarkan peluh?


Qachik bila waktu petang selepas mandi akan putih gebu macam tikus jatuh dalam tepung. Bibik Nas kata kalau mandi tak pakai bedak banyak-banyak macam tak puas. Bibik Nas dah sepuluh tahun kerja dengan Mak Jah. Mak Jah dah anggap macam ahli keluarga. Dua kali balik cuti ke Indonesia dan datang balik bekerja dengan keluarga Mak Jah. Nampak tak Qachik main game apa tu. Dia main temple run. Kadang-kadang dia yang ajar Mak Jah main game Angry Bird. Mak Jah naik pening tengok anak-anak Mak Jah yang terperap dalam rumah. Mak Jah nak depa enjoy zaman kanak-kanak depa, pi keluar bermain dengan rakan-rakan sebaya.


Bila Mak Jah balik ke kampung di musim perayaan pun, Mak Jah tengok anak-anak buah sibuk dengan ipad, phone di tangan asyik dok sms, bbm, dengar lagu dengan ipod ataupun riuh rendah bermain PS3. Tengok tu Qachik pun sampai terlentang bermain.
Hubby Mak Jah setiap petang balik kerja mesti bebelkan anak dara Mak Jah. Perangai anak dara Mak Jah dah jadi sebijik macam gambar kartun tu ha. Terperap dalam bilik dan bersahabat dengan gadgets sahaja. Hubby selalu suruh anak-anak keluar dari bilik dan dapatkan fresh air di luar. Bukan hanya hubby tapi Mak Jah sendiri pun naik risau tengok perangai anak-anak yang seolah-olah tak berdunia.
Bila duduk dalam bilik di telinga mesti ada beats headphone. Kadang-kadang sampai nak terkeluar tekak Mak Jah panggil depa keluar dari bilik, rupa-rupanya depa langsung tak dengar kita. Mak Jah heran sungguh bila anak-anak Mak Jah nak beli benda ni. Zaman kita dulu seboleh-bolehnya nak beli earphone yang kecik yang comel-comel. Ini tidak, sebesar-besar alam ini yang depa kata canggih. Bila pergi travel pun bukannya depa nak dengar radio di kereta sama-sama, si kakak dengan beats dan ipod untuk dengar lagu Inggeris. Anak lelaki Mak Jah yang umur sepuluh tahun tu pun sama. Kadang-kadang bila hubby bising marahkan depa barulah depa bukak beats di telinga.

Mak Jah 30 tahun yang lalu..........


Zaman kanak-kanak Mak Jah memang indah. Setiap kali balik ke kampung Mak Jah di Pendang, Kedah. Mak Jah mesti tak lepas peluang ke sawah bendang. Mak Jah mesti ikut mak sedara dan adik beradik Mak Jah yang lain mencari anak ikan karin @ ikan laga di dalam lumpur.
Rasa seronok sangat bila korek-korek lumpur dan jumpa anak ikan karin ni. Lepas tu Mak Jah akan letak dalam botol-botol kaca. Pernah sekali tu dari jauh Mak Jah dah nampak berkilat-kilat. Mak Jah sangka mesti banyak ikan di situ. Mak Jah terus pergi terpa dan malangnya bukan anak ikan karin tapi ular kapak sedang melingkar nak salin kulit. Kecut jugak hati tapi Mak Jah cepat-cepat lari balik. Bila dah 'belemoih' (kotor), sebelum maghrib Mak Jah akan balik ke rumah tok dan mak akan mandikan Mak Jah di telaga. Walaupun air telaga sejuk sangat tapi Mak Jah seronok, Mak Jah akan duduk dan biar mak siram puas-puas.

Kadang-kadang Mak Jah masuk ke dalam kebun getah Tok Wan. Tahu tak Mak Jah buat apa? Bukan nak lastik burung. Mak Jah mana pandai lastik. tapi di tangan tetap bawak jugak lastik sebab sedara mara Mak Jah depa pun ada lastik.  Tahu apa lastik.. ? Sat Mak Jah nak google nak tunjuk contoh lastik.
Macam ni la rupa bentuk lastik getah. Tapi Mak Jah main hentam saja lastik. Tak pernah dapat hasil apapun. Selalu yang jadi mangsa adalah ayam tok. Ha.. lupa pulak nak cerita. Tujuan Mak Jah ke kebun tok wan adalah untuk mencari bijik getah. Mak Jah nak main lawan bijik getah sapa yang paling kuat.

Macam mana kami anak-anak kampung main bijik getah ?? Bijik getah akan dikepit dengan kuat dan sekiranya bijik getah kita pecah maka kalah. Mak Jah akan cari bijik getah yang kulitnya keras supaya tak mudah pecah.

Gambar senapang kayu ni pun Mak Jah ambik from google. Mintak maaaf lah kalau pihak yang empunya gambar ni marah. Tujuan Mak Jah hanya nak berkongsi bersama kawan-kawan. Dulu Mak Jah selalu ikut kawan-kawan lelaki main tembak-tembak. Selalunya senapang kayu Mak Jah suruh kawan lelaki buatkan. Mak Jah ni nama saja pompuan tapi tak ikut kawan-kawan pompuan yang main pondok-pondok, main masak-masak dan main anak patung. Mak Jah rasa macam permainan depa tak adventure langsung. Selalunya Mak Jah cari buah cenerai dulu untuk dijadikan peluru. Sat nak tunjuk contoh buah cenerai kot-kot ada kawan-kawan yang dah lupa. 


Bila tiba musim main tuju getah sampai ke siku Mak Jah susun getah. Selalunya permainan ni Mak Jah akan main dengan kawan-kawan Mak Jah di Sungai Layar, Kedah. Tiba-tiba Mak Jah teringat pada Na, Not, Noni, Razak, Zamri dan ramai lagi kawan-kawan sepermainan Mak Jah yang masih Mak Jah ingat rupa mereka tapi terlupa nama.
Main tuju guli pun seronok juga. Tambah pulak kalau dapat tuju pada guli yang menjadi ibu pihak lawan. Itu dah boleh mematikan pihak lawan.
Seronok sangat bila tengok guli-guli terkeluar dari bulatan selepas kita tuju. Masa time tu kalut Mak Jah mengutip, takut kalau-kalau terlepas pandang nanti ada kawan-kawan yang cilok.

Main tuju selipar kena ada dua team. Bukan main sakit lagi bila kawan-kawan tuju badan dengan bola bila setiap kali Mak Jah nak dirikan semula selipar. Banyak lagi permainan zaman dulu-dulu seperti tuju tin, main sembunyi-sembunyi, galah panjang, batu seremban, tenteng, congkak, Main getah zero point, tarik upih, main gasing dan macam -macam lagi permainan yang Mak Jah nikmati masa dulu.

Walau zaman kanak-kanak tidak secanggih sekarang tapi kita enjoy, banyak memori pahit manis untuk kita kenang di hari tua. Kita punya ramai kawan-kawan. Tambahan pulak persekitaran yang selamat. Dulu tak kita dengar banyak kisah culik, rogol, bakar atau budak hilang di waktu itu. Walau ke mana sekalipun kita pergi bermain, mak akan tahu sebelum maghrib kita pasti pulang ke rumah.

Terima kasih buat kawan-kawan yang sudi membaca cerita Mak Jah kali ini dan apa kata sesekali kita ajak anak-anak kita bersama-sama bermain permainan zaman dulu-dulu. Kita hidupkan kembali permainan-permainan tradisional dan simpan sekejap gadgets mereka itu.

3 comments:

  1. Betoi no rasa jaman kita dulu besh... Nk pi sekolah naik baiskal pun tak takut... Main batu selambut noooo

    ReplyDelete
  2. Kesian anak-anak kita zaman la.. nak menguit sikit pun kita dah kata bahaya..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kongsi cerita, teringat zaman-kanak dulu..Rindunya

    ReplyDelete