Waahhh..., semalaman Mak Jah tak boleh tidur lena. Rasa resah gelisah dan macam -macam perasaan yang menghantui perasaan Mak Jah. Puncanya bila hubby Mak Jah menceritakan tentang sahabat kami yang dalam proses hendak bercerai. Subhanallah..
Dari Ibnu Umar r.a dari Nabi Muhammad saw beliau bersabda yang bermaksud, "Perbuatan halal yang dimurkai Allah ialah talak"
Di Malaysia ni kes-kes perceraian semakin meningkat setiap tahun. Satu statistik yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM di mana di Malaysia kini, terjadinya 1 kes perceraian untuk setiap 15 minit di kalangan pasangan suami-isteri yang beragama Islam!
Mak Jah tanya hubby, "apa puncanya rumah tangga mereka retak". Hubby jawap, "si H cakap isterinya tak kemas rumah, rumah semak dan kotor, berpakaian selekeh, malas masak asyik masak nasi goreng saja hari-hari untuk dia dan anak-anak dan bla.. bla.. bla.. "
Mak Jah jadi hairan sebab si H memang baik orang. Seorang lelaki yang berpewatakan lembut dan penyabar orangnya. Hubby Mak Jah cerita lagi, "sekarang ni si H dah mula rapat dengan secretarynya. Hari-hari secretary masakkan untuk si H dan bawa bekal ke ofis". Mak Jah terus mencelah, "patutlah dah mula merungut pasal isteri. Kenapa dah berbelas tahun kita kenal si H tak pernah kita dengar keburukan isterinya. Sekarang ni sejak ada kekasih, baru nampak salah isteri".
Mak Jah jadi tak senang duduk. Mula terfikirkan anak-anaknya yang 4 orang. Kesian pada anak-anak yang tak mengerti apa-apa. Rasa macam nak sangat selamatkan rumah tangga mereka. Perlukah Mak Jah berjumpa dengan isteri si H dan nasihat dia suruh bersolek, bergaya sakan macam Victoria Bekham. Biar sentiasa anggun macam Kate Middleton. Mak Jah nak suruh dia kemas rumah bersih-bersih dan kalau dia tak larat nanti Mak Jah upah saja sesiapa supaya tolong. Mak Jah rasa macam nak buat segalanya untuk dia sebelum ianya terlambat. Mak Jah terpaksa akui, setiap kali Mak Jah jumpa isteri si H, dia akan memakai kemeja besar jenis denim dengan rambutnya potongan bulat. Itulah stylenya sejak Mak Jah kenal dia 13 tahun yang lalu.
Mak Jah mula teringat kata kawan Mak Jah, Azian. "Kita ni kenalah bergaya, berpakaian kemas dan menarik, bersolek dan berdandan depan suami. Jangan nampak kusut masai, macam perempuan busuk. Suami kita kalau nampak perempuan seksi mesti toleh. Itu naluri lelaki yang normal".
Mak Jah tak kata rumah tangga Mak Jah dah sempurna hinggakan Mak Jah nak jaga tepi kain kawan Mak Jah. Bagi Mak Jah jodoh, ajal dan maut di tangan Allah. Rumah tangga sesiapa pun boleh diuji sebegitu dengan kehendak Allah. Sebab Mak Jah tak mampu nak berjumpa dengan isteri si H dan membetulkan keadaannya Mak Jah hanya mampu menulis di blog ini.
Pernah seorang sahabat menegur Mak Jah, kenapa perlu pergi ke salon rambut dan berfesyen sakan sedangkan Mak Jah bertudung. Mak Jah cakap, kecantikan seorang isteri adalah untuk suaminya. Tak salah kalau wanita bertudung hendak menggayakan rambutnya kerana aurat seorang isteri adalah untuk suaminya. Mak Jah rayu sangat dengan semua kawan-kawan Mak Jah di luar sana supaya sedar dan berubahlah. Jangan lagi hanya berpakaian baju kelawar lusuh di hadapan suami atau memakai t 'shirt kotor dan lencun dengan alasan membersih rumah. Bila dah siap kerja-kerja mengemas, cepat-cepatlah tukar pakaian yang bersih dan kemas untuk sambut suami pulang ke rumah. Bila seorang isteri menjadi ibu kadang-kadang mereka sudah lupa tanggung jawap mereka pada suami. Suami juga perlukan perhatian dan belaian daripada seorang isteri.
Sebagai seorang isteri, kita perlu berusaha untuk menjadi seorang ibu yang terbaik, sentiasa menjaga kebersihan rumah, memasak makanan yang lazat dan melayani suami dengan baik. Cari dan penuhi kehendak suami. Sebagai contoh, kawan-kawan tidak harus menolak permintaan suami untuk mengikut dia ke mana-mana sahaja yang diingininya untuk menggembirakan hatinya. Ini akan mengelakkan suami mencari perempuan lain untuk bersamanya. Secara keseluruhannya, untuk mengelakkan perceraian, kawan-kawan mesti mengelakkan perbezaan dan perselisihan yang terdapat dalam perkahwinan menjadi sesuatu yang membangkitkan emosi masing-masing. Tetapi jangan sampai mengikut kehendak suami sehingga melakukan kemungkaran kepada Allah. Itu ditegah di dalam Islam dan kita sebagai isteri diwajibkan untuk mengabaikan suruhan itu.
Mak Jah faham si H sudah mula tutup pintu hati pada isterinya setelah mendapat layanan yang baik daripada perempuan lain. Sejak itu, si H mula nampak segala apa yang dilakukan isterinya serba tidak kena. Mak Jah harap sangat, si H dapat meluahkan apa yang tidak kena dan berterus terang tentang apa yang diinginkan di dalam rumah tangga mereka dan bukannya jalan penyelesaian dengan berpisah.
Firman Allah swt di surah An Nisa' ayat 19,
" Pergaulilah isterimu dengan baik, sekiranya kamu benci kepada mereka, boleh jadi ada yang kamu benci itu Tuhan akan menjadikan kebaikan yang banyak padanya"
Cubalah kawan-kawan sedarkan pasangan bahawa dirinya berharga dalam hidup anda dan sentiasa menunjukkan anda sentiasa memerlukan mereka. Selain itu, kenalilah dan penuhilah kehendak dan permintaan pasangan anda dalam menjamin kehidupan yang lebih baik bersamanya.
Dari buku ” Adab Dalam Agama” karya Drs Ahmad Rafaai Ayudin,terbitan Al Ramadhan.
Adab Suami Kepada Isteri
Si suami hendaklah bertutur kata dengan lemah lembut.Tunjukkan cinta dan kasih sayang dengan isteri.Tunjukkan kegembiraan ketika bermesra dan lupakan kesalahan - kesalahan. Jagalah kehormatan dan jangan banyak berdebat dengannya. Bersikap murah hati ketika memberi nafkah. Jangan abaikannya dan berbuat baiklah dengan keluarga dan kaum kerabatnya. Hendaklah mempunyai rasa cemburu diantara keduanya.
Si suami hendaklah bertutur kata dengan lemah lembut.Tunjukkan cinta dan kasih sayang dengan isteri.Tunjukkan kegembiraan ketika bermesra dan lupakan kesalahan - kesalahan. Jagalah kehormatan dan jangan banyak berdebat dengannya. Bersikap murah hati ketika memberi nafkah. Jangan abaikannya dan berbuat baiklah dengan keluarga dan kaum kerabatnya. Hendaklah mempunyai rasa cemburu diantara keduanya.
Adab Isteri Kepada Suami
Hendaklah si isteri selalu berasa malu kepada suaminya.Jangan banyak berbantah dan berdebat. Diam dan memberi perhatian bila suami sedang bercakap. Jangan berkhianat dalam segala hal terutama soal harta. Jagalah badan selalu segar dan harum. Mulut jangan sampai berbau dan pakaian hendaklah sentiasa bersih. Bersikap lemah lembut dan selalu berhias diri.
Hendaklah si isteri selalu berasa malu kepada suaminya.Jangan banyak berbantah dan berdebat. Diam dan memberi perhatian bila suami sedang bercakap. Jangan berkhianat dalam segala hal terutama soal harta. Jagalah badan selalu segar dan harum. Mulut jangan sampai berbau dan pakaian hendaklah sentiasa bersih. Bersikap lemah lembut dan selalu berhias diri.
'Apa yang mampu Mak Jah lakukan kini hanyalah berdoa kepada Allah swt supaya rumah tangga mereka berdua kembali aman dan bahagia... amin'
"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina"
(Surah Al-Mukmin/Ghafir 40: Ayat ke 60)
(Surah Al-Mukmin/Ghafir 40: Ayat ke 60)
berkunjung........ke blog yang sangat bagus ini....salam kenal....
ReplyDeletehttp://vektor-teknik.blogspot.com/
Tq Afred.. Tq for ur support... Salam perkenalan dari saya juga..
Delete