Wednesday, February 29, 2012

Kisah Wiitt ke Klinik- Kesian Kena cucuk


Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Hari ni anak bongsu Mak Jah nak kena bawak ke klinik. Witt dilahirkan pada 9hb Disember 2011, maklumlah dah nak masuk 3 bulan kenalah Mak Jah bawak check dengan doktor. Sejak ada anak kecil ni semula, routine harian Mak Jah dah mula sibuk. Oh ya, sebelum tu Mak Jah nak cerita kenapa nama anak bongsu Mak Jah ni pelik sangat.




Haa..., sila tanya kepada tuan empunya Wiit. Qachik yang letakkan nama anak bongsu Mak Jah kali ni. Sejak ada Wiitt, Qachik tak sunyi  Nampak tak pic tu, Qachik letakkan Wiitt dalam kotak dan selimutkan Wiit.. Tapi Mak Jah nak pesan pada semua penggemar kucing yang ada anak kecil. Pastikan anak kita basuh tangan selepas bermain dengan kucing. Bila Qachik dah lena, Mak Jah jauhkan Wiitt dari Qachik. Mak Jah kena pantau tak nak nanti Qachik terkena asma.




Sebelum memiliki Wiitt, Qachik hari-hari ajak Mak Jah cari kucing di kawasan rumah Mak Jah. Pada suatu petang Qachik beritahu Mak Jah, "Mommy kena panggil Wiitt..Witt.. baru kucing dengar dan datang". Mak Jah hanya tersenyum dan ikut saja kehendak Qachik. Petang itu kami dua beranak pun menjerit-jerit memanggil Wiitt.. Wiitt.. di kawasan perumahan Mak Jah. Ada jiran yang tanya pada Mak Jah, "buat apa ni?". Mak Jah jawap, "Cari kucing". "Eh, selalunya org cari kucing panggil meow, meow. Bukan panggil wiitt, wiitt macam ni". Mak Jah hanya tersenyum dan jawap, "Qachik yang ajar macam ni".




Keesokan paginya Qachik datang pada Mak Jah, "Mommy pergi tenok (untuk perkataan Tengok) ada anak kucing dan mak dia di bakang rumah (belakang). Kan Qachik dah kata kena jerit wwiitt..wwiitt.. kuat-kuat baru kucing dengar". Ha..ha..ha.. lucunya anak ini. Mak Jah rasa pelik tapi Mak Jah hanya tersenyum dan suruh Qachik berikan makanan. Memang Mak Jah dah stand by makanan untuk diberikan kepada kucing-kucing terbiar yang datang. Malangnya jodoh Qachik bersama kucing itu tidak lama dan beberapa hari selepas itu ianya tidak kelihatan lagi. Sejak itu Qachik sekali lagi mengajak Mak Jah menjerit wwiitt..wittt.. mencari kucing. Alahai anak..penatlah Mommy kalau selalu macam ni...






Mak Jah dah lama tak bela kucing sejak kematian Nicky. Nicky dibela Mak Jah pada tahun 1996. Waktu itu Mak Jah di ITM Shah Alam. Setelah Mak Jah berkahwin pun Nicky masih tidur sekatil dengan Mak Jah. Malangnya dalam tahun 1998, Mak Jah dan hubby yang baru balik dari kerja dikejutkan dengan keadaan Nicky yang sudah tidak bernyawa lagi. Nicky terjatuh dari apartment tingkat 5 rumah Mak Jah. Kalaulah hubby Mak Jah menitik air mata semasa menanam mayat Nicky, bayangkan pula bagaimana keadaan Mak Jah. Mak Jah macam orang putus asa dan menangis setiap kali terkenangkan Nicky. Akhirnya hubby mengambil keputusan untuk pindah dari apartment tu. Sejak kematian Nicky, Mak Jah dah tutup pintu hati dan nekad untuk tidak mahu bela kucing lagi. Ini percubaan semula Mak Jah setelah 14 tahun kematian Nicky.




Masa mula-mula kami dapat Wiitt, pening jugak pikir macam mana nak inform pada hubby. Bila Mak Jah suarakan hasrat Qachik nak bela kucing, hubby halang 100%. Macam-macam alasan dia bagi especially dia takut bulu kucing boleh buat Qachik sakit dan rosak perabot dalam rumah dicakar kucing. Tapi sekarang hubby yang lebih-lebih. Sebelum pergi kerja hubby mesti cari Wiitt dulu dan pesan pada kami untuk jaga Wiitt elok-elok takut hilang atau dicuri orang. Sebelum tidur hubby akan bawak Qachik naik ke katil bersamanya dan tengok tv sambil peluk Wiitt.

Persedian untuk membela kucing mahal jugak harganya. Nampak tak. rantai leher berloceng Wiitt pun ada dua Qachik belikan. Yang rantai merah ni dah hilang sebab kadang-kadang Qachik pinjam untuk pakai di tangannya sendiri.



Ini makanan Wiitt supaya dia gemuk, sihat dan bulunya tidak mudah gugur.




Sejak ada Wiitt, Qacik dah ada teman untuk diajak bermain. Ok, Ok Mak Jah dah lambat. Mak Jah nak keluar dah, nak pergi bawak Witt ke klinik haiwan.




Oooohhhh.... Mommy, where are we going to...??




Mommy are you sure, you wanna take me with you... I think I do not want follow you this time. Let me stay at home with Bibik please.. Mommy... please.




Ini dia... jenng..jeng.. Mak Jah dah siap buat pendaftaran. Wiitt sedang menunggu giliran untuk berjumpa Doktor Vet bernama Doktor Peter.




Wiitt sedang diperiksa oleh Doktor Peter. Kesiannya anak Mommy basah terkena air.




Hah.., nampak tak.. Wiitt telah selamat dicucuk vaksin untuk mencegah feline rhinotracheitis, feline calicivirus dan feline pneumonitis yang membawa kepada kuman feline respiratory. Supaya semua tak fening lah dok pikir feline ni apa benda, meh nak terang dalam bahasa yang simple. Ini untuk menghindari dari virus dan bakteria yang boleh membawa penyakit selsema serta bersin yang boleh membawa kepada kematian. Witt juga telah diberikan ubat cacing. Doktor Peter cakap selepas dicucuk Wiitt akan sedikit lemah dan kurang bergerak aktif.. Mari kita tengok benarkah kata Doktor Peter.




Sesampainya Wiitt di rumah terus saja terkam mainannya...'Catit scratcher'.




Nampaknya tak ada sedikit perubahan pun pada Witt tetap bergerak aktif dan lasak macam selalu. Bila bercakap tentang aktif dan lasak, sejak akhir-akhir ini Wiitt memang suka mencakar dan gigit. Tapi bila Mak Jah tanya Doktor Peter tadi, katanya itulah cara Wiitt bermain. Pening Mak Jah dibuatnya bila tengok tangan Qachik selalu calar dan berdarah dicakar Wiitt. Jadinya Doktor Peter berikan Mak Jah Meow Magazine, sila rujuk laman web  http://www.TheCatsMeowMag.com/ 


Melalui majalah ini, Mak Jah belajar tentang cara mengatasi masalah kucing yang suka bermain kasar seperti Wiitt. Rendam kulit oren dalam air semalaman. Selepas itu masukan ke dalam botol yang boleh dispray dan sekiranya kucing bertindak liar spray saja ke arahnya. Oh ya, nanti Mak Jah  nak cuba.Thank you, Meow Magazine. 

Tuesday, February 28, 2012

Honeymoon Again - Kuch Kuch Hota Hei At Kashmir



Waaahhhh... excited dan teruja (isshh.. bukan ka sama maksud), Mak Jah nak cerita kali ni tentang percutian Mak Jah ke Srinagar, Kashmir. Kali ni ramai sungguh kawan-kawan Mak Jah yang pesan suruh bawak kain sari banyak-banyak. Kena guling-guling dalam salji dan tukar 2 atau 3 helai kain sari  macam cerita hindustan. Haa.. mesti ada yang melopong 'tenok salji kat bakang' tu (sebutan Si Qachik, anak bongsu Mak Jah yang berumor 3 tahun untuk perkataan tengok dan belakang).


Pemergian Mak Jah dan suami kali ini menaiki Air Asia X. Kawan-kawan yang nak tahu lebih lanjut berkenaan destinasi penerbangan, promosi terkini dan pakej tambang murah boleh lawat laman web ini:  http://www.airasia.com/my/en/home.page




Terus terang Mak Jah nak habaq mai inilah kali pertama Mak Jah dan suami terbang jauh sikit dengan menaiki Air Asia X. Ni Mak Jah dah nak terbang dah nih, yeehaa... 'Now EveryOne Can Fly'. Kami pilih Premium Class supaya dapat 'juloq kaki' lebih sikit, hee..hee..hee.. eksyen no.




Wah... selesa sungguh aaiihh dengan Air Asia Premium Class. Nampak tak merah ang-ang color seat tu. Mak Jah dan warna merah memang tidak dapat dipisahkan.  Air Asia X tak dak banyak seat  untuk Premium Class, jadi sesiapa yang teringin nak merasa dok sedap atas seat besar macam ni, kenalah buat tempahan awal. 


Tapi kan ada kisah lucu dalam flight . Selama ini Mak Jah naik Air Asia kena beli makan sendiri atas flight. Jadinya bila dah stewardess bagi makan, Mak Jah pun mintaklah bill nak bayar. Stewardess tu pun angguk. Bila dah lama tunggu, Mak Jah pun panggil sekali lagi. 'Puan nak bayar apa?', strewardess tu tanya Mak Jah. "Nak bayar makanlah." "Tapi Puan, untuk Premium Class tak perlu bayar makan semuanya dah inclusive dalam tiket penerbangan". Kuang...Kuang.. kuang.. isshhhh malu nooo... malu.. Jangan dia tanya Mak Jah mai dari kampung mana sudah. Apa lagi Mak Jah pun ambik selimut tutup muka buat-buat lena. 


Kami tiba di New Delhi dah nak malam. Sejuk sungguh aaihhh ni baru keluar dari Air Port Delhi, suhu di sekitar 12'c belum lagi nak guling-guling salji kat Kashmir.  Perjalanan mengambil masa 45 minit dari air port ke hotel kami. Singgah sebentar di kedai makan berhampiran untuk mengalas perut. Wallaa.. sedapnya Roti Naan, Ayam Tandoori, kebab daging dan beriyani ayam. Maklumlah dah lapar sangat ni semua lincin Mak Jah bedal. Nampak saja badan kecil tapi bab makan semua benda tak pernah Mak Jah tolak. Mak Jah beruntung sangat sebab dapat hubby yang kurang makan. Jadinya yang hubby tak habis pun Mak jah boleh tolong clearkan ha..ha..ha.. Bukannya apa, membazir itu adalah satu dosa.


Esoknya, selepas bersarapan pagi, kami bertolak ke Airport Delhi untuk mengambil domestic flight ke Srinagar, Kashmir. Kami naik pesawat Go Air India. Yessszaaa... Go India Go.. Mak Jah nak pesan buat kawan-kawan yang akan berkunjung ke Kashmir, ingat tau jangan lena. Pemandangan Banjaran Himalaya yang dilitupi salji dari atas flight sangat cantik. Nanti kalau Mak Jah dah jumpa kat mana Mak Jah simpan gambarnya mesti Mak Jah letak di sini. TUNGGU ya, Mak Jah nak cari. 



Nampak tak, itu lah Go India Airlines. Ha... kapal terbang dah nak landing... Mak Jah dah nak sampai Kashmir. Penerbangan mengambil masa lebih kurang satu jam dari New Delhi ke Srinagar Airport, Kashmir. . Sampai di Srinagar Airport, kami lihat tentera-tentera India bersenjata sedang mengawal rapi. Maklumlah permberontakkan dan pembunuhan boleh berlaku pada bila-bila masa saja di Kashmir.  Suhu di Kashmir waktu ini adalah 2'c. Sekali lagi, Mak Jah berpuas hati dengan makan malam kami. Menu yang sama Roti Naan, Ayam Tandoori serta Nasi Briyani ayam. Perjalanan kami seterusnya esok ialah ke Gulmarg. 



Ini check point pertama sebelum mendaki ke Gulmarg Ski Resort. Tentera India akan memeriksa kenderaan. Kenderaan yang dibenarkan untuk mendaki adalah kenderaan 4 whell drive sahaja dan tayar kenderaan perlu di pasang rantai kerana jalan yang lincin dilitupi salji. 


Kenderaan-kenderaan yang menunggu pelepasan untuk naik.


Inilah India, tempat pelancongan yang terkenal dan menjadi tumpuan pelancong asing tapi masih tidak dijaga rapi. 


Terbeliak mata Mak Jah melihat keindahan Gulmarg Ski Resort. Cantik sungguh alam ciptaan Allah di sini. Subhanallah..


Juga terdapat ramai tentera-tentera India mengawal di sini.


Nampak tak, itulah pondok yang kami tinggal sepanjang kami di Gulmarg.  Masa baru tiba, Hubby kata, "This is the place. Cantik sangat. Kita akan bermalam lama di Gulmarg". Kita ikuti kisah seterusnya dan kisah Hubby yang cabut lari. Tahu tak, betapa seksanya Mak Jah nak naik ke atas tu dan betapa lincinnya jalan walaupun pakai kasut boot.


Bayangkan berapa kali Mak Jah tersungkur ketika melalui jalan lincin ini.


Keindahan Banjaran Himalaya saujana mata memandang.


Nampak macam seronok kan, cantik kan, salji best kan... cubalah fikir betapa seksanya Mak Jah setiap kali panjat nak balik ke pondok. Semput weehhh...


Pemandangan dari depan pondok Mak Jah. Masih belum dilitupi salji tebal lagi kerana itu tak ada sesiapa pun yg ski di sini.


  Pokok-pokok pine ni pun Mak Jah rasa cantik sangat. 


Setelah bersusah payah melalui jalan salji yang lincin asyik nak tersungkur ja, akhirnya Mak Jah berjaya sampai di station gondola.


Hubby mulalah kan nak kecutkan Mak Jah dengan cakap gondola boleh putus la.. boleh terhenti half way lah.. But I'm with you hubby, apa nak takut. "You complete me"... chheewaahh ayat tiru tuh.



Pemandangan dari atas gondola. Comel-comel belaka pondok di sini. Ianya disewa oleh pelancong yang datang untuk ski kerana kurang kemudahan di sini. Mereka terpaksa bergerak untuk turun ke bawah dengan meluncur saja.


Ramaikan orang yang ski. Nampak tak Mak Jah yang mana satu. Cuba teka.... Jeng.. Jeng.. Jeng... tiada langsung di situ. Mak Jah sejuk yang amat sangat sebab suhu ketika ini -16'c. Mak Jah walaupun dah pakai baju macam kuih lapis berlayer-layer tapi still Mak Jah tak tahan. Dari Gulmarg resort kami menaiki gondala ke Kongdoori Station iaitu di ketinggian 8,530 kaki dari paras laut. Maunya Mak Jah tak cabut balik cepat. Itupun Mak Jah tidak pergi ke Kongdoori Mountain di ketinggian 12,959 kaki dari paras laut.


Mak Jah mintak maaf kerana kualiti gambar tidak memuaskan. Waktu ini dah hampir petang dan kami di arahkan untuk meninggalkan tempat ini.


Sebelum pergi naik gondola tadi, Mak Jah dah tanya penjaga pondok, di mana Mak Jah boleh makan. He..he.. he... kat mana-mana pun Mak Jah mesti jaga perut Mak Jah. 'Chacha' @ pak cik ni kata "I will cook for you". Tersentap Mak Jah dibuatnya. Hancurlah dinner malam ni. Tapi suprisingly Chacha hidangkan nasi berlaukan kari ayam dan dal yang sangat sedap. Mak Jah tak pernah rasa kari ayam sesedap yang Chacha masak. "Tq so much Chacha.. Yessss U are a great cheff". Lupa pulak Mak Jah nak belajar cara masak kari ayam tu, kalau tak boleh letak dlm blog.


Pagi yang indah di Gulmarg Ski Resort. Malangnya Mak Jah tengok hubby dah mula kurang bercakap. Hubby masih cuba melayan karenah Mak Jah tapi Mak Jah dah mula dengar macam-macam rungutan. Hubby tidak dapat tidur malam sebab tilam yang heated itu masih tidak cukup panas untuknya. Hubby cakap heater dalam tandas tidak function dan heater dalam pondok terlalu kecil dan tidak cukup untuk memanaskan seluruh ruang. Mak Jah hanya ketawa. Mak Jah faham sangat perangai hubby kalau tak dapat mandi puas-puas. 


Apapun Hubby tolong bagi peluang untuk Mak Jah terus guling-guling main salji sepuas-puasnya baru kita balik ok...



Rasa macam tak mahu balik sebab cantik sangat pemandangan di sini tapi bila memikirkan suhunya yang -16'c dan airnya yang sejuk. Jom lah hubby kita balik Malaysia saja. Betullah kata orang 'Hujan Emas Di Negeri Orang, Hujan Batu Di Negeri Sendiri'. Baiklah Mak Jah balik main batu di Malaysia saja daripada main salji yang sejuk teramat ni. Mak Jah dah pakai 4 layer with heated shirt, sweater, baju bulu dan akhirnya winter coat. Dapatkan segala-galanya di Uniqlo KLCC http://www.uniqlo.com/my/ dan Winter Time Wangsa Maju. He..he.. he..sempat promote pulak.


Selamat tinggal Gulmarg.. Jika ada jodoh kita berjumpa lagi.


Setelah puas menikmati keindahan Gulmarg. Mak Jah terpaksa akur dengan hubby yang mahu segera pulang ke Srinagar. Untuk sedapkan hati Mak Jah, hubby cakap "tempat secantik Gulmarg ini kita akan datang lagi tapi next time kita datang musim bunga pulak". Ohhh... tq so much hubby kerana sentiasa mahu sedapkan hati Mak Jah. Perjalanan pulang dari Gulmarg ke Sri Nagar mengambil masa hampir 2 jam. 


Inilah dia pemandangan Tasik Dal yang terkenal di Srinagar. Gambar ini agak kabur kerana waktu itu berkabus. Malangnya juga Mak Jah tidak dapat melihat Banjaran Himalaya di sekeliling Tasik Dal kerana kabus tebal. Ketika musim panas pelancong akan menginap di dalam 'house boat' dan menaiki perahu untuk pergi ke pasar atau ke kebun bunga untuk melihat berbagai jenis bunga termasuklah bunga tulip.. Errgghhh frustnya.. Mak Jah suka sangat tulip..


Mak Jah suka sangat dengan gambar ini. Gambar ini diambil oleh pelancong 'Mat Salleh' yang datang untuk mengambil gambar-gambar yang cantik ketika musim panas di Sri Nagar. Kalau tak silap Mak Jah 3 minggu pelancong asing tu ikut pak cik yang bawak perahu ni. Jangan tanya mana Mak Jah ambil gambar ni, he..he..he.. sanggup snap from the magazine kerana dah jatuh cinta. Sekali lagi, Mak Jah sungguh berpuas hati sepanjang Mak Jah berada di Kashmir, makan malam kat sini memang superb. Selepas makan Mak Jah dan hubby berjalan-jalan ke kedai souvenir. Kami membeli beg kulit, wood craft dan hanya sehelai scarf untuk diri sendiri.


Tengok tu, Mak Jah balik ke New Delhi dengan menaiki domestic jet iaitu SpiceJet. Alhamdullillah selamat tiba di New Delhi pada petang hari. Sesampai di New Delhi, Mak Jah melawat 'Red Fort India', India Gate dan beberapa tempat lagi. Mak Jah juga berpeluang untuk minum kopi di Taj Hotel sambil melihat pasangan India yang handsome dan cantik. Di sini lah boleh dilihat masyarakat Delhi yang kaya raya dengan pakaian sari mereka dengan color yang menarik dan dari fabrik yang mahal.

Buah hati pengarang jantung Mak Jah, Dato' S.. Suami loorrr

Mak Jah akan sambung lagi catatan Mak Jah dan bercerita tentang bandar Delhi yang padat. Kenderaan yang gemar membunyikan hon. Mak Jah juga sedih melihat mereka yang homeless dan terlalu ramai peminta sedekah jalanan. Ramai yang berbasikal malahan Mak Jah sempat melihat pak cik tua menaiki basikal telah melanggar sebuah kereta yang berhenti di lampu isyarat merah. Di belakang badan lori pula tertulis 'Please press your horn'. Nampaknya penduduk Delhi memang sukakan suasana yang bising dan gamat. Sampai sini saja catatan Mak Jah kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca catatan perjalanan Mak Jah ke Kashmir sehingga tamat. 

Catatan Perjalanan Suci Ke Masjidil Aqsa 2



Alhamdullilah... barulah Mak Jah ada kelapangan untuk menyambung catatan perjalanan Mak Jah yang seterusnya di bumi Baitul Maqdis. Selepas beredar dari perkampungan Nabi Isa, kami bertolak ke Masjid Ibrahim di Khalil, Palestin. Sila ikuti cacatan Perjalanan Mak Jah yang pertama dahulu barulah kawan-kawan dapat mengikutinya daripada mula. 


Apabila sampai di check point untuk masuk ke kawasan Masjid Ibrahim, kami dikejutkan dengan tentera-tentera Israel yang menahan bas rombongan kami. Perasaan kecut dan gerun tetap ada maklumlah Mak Jah mana pernah tengok keadaan tentera Malaysia memegang pump gun yang besar macam ni di setiap check point dan bandar-bandar yang dilalui. Tetapi di hati Mak Jah sentiasa berdoa dan berserah kepada Allah untuk mempermudahkan segala urusan kami di sini. Pemandu pelancong berbangsa Palestin telah turun untuk berbincang dengan mereka. Ketua pelancong kami yang mengikuti rombongan ini dari KLIA adalah rakyat Singapura. Dia memaklumkan kepada kami, rombongannya yang terdahulu tidak dibenarkan masuk ke Masjid Ibrahim. Apabila mendengar berita ini, Mak Jah merasa sedikit terkilan kerana di dalam Masjid ini terdapat Makam Nabi Ibrahim dan isterinya, Sarah. Mak Jah sungguh bersyukur kerana setelah berbincang beberapa minit dengan tentera Isreal, rezeki menyebelahi kami apabila kami mendapat kebenaran untuk masuk ke Masjid Ibrahim.




Inilah dia gambaran Masjid Ibrahim. Mak Jah tak berani nak ambil banyak gambar di sini memandangkan kawalan begitu ketat. Kami melalui beberapa sekatan dan pemeriksaan oleh tentera Israel. Setelah itu kami melalui lorong-lorong untuk memasuki kawasan Masjid dan ketika itu terdapat beberapa orang kanak-kanak Palestin datang menghampiri kami. Seorang kanak-kanak lelaki yang berumur lebih kurang 7 atau 6 tahun datang bertanya.


"Are you muslim?". Mak Jah berpaling ke arah kanak-kanak Palestin yang berbahasa Inggeris itu lalu mengangguk dan tersenyum ke arahnya. "Do you come for praying?". "Yes", hanya itu yang mampu keluar dari mulut Mak Jah. " Good..., good, this way please", budak kecil yang comot tetapi sungguh comel itu menunjukkan arah menuju ke pintu masuk Masjid Ibrahim. Mak Jah bergegas meninggalkan budak itu kerana kami telah diberitahu oleh pemandu pelancong untuk tidak mendekati atau berbual dengan rakyat palestin kerana takut disyaki oleh tentera-tentera Israel.




Inilah dia Makam Saidina Ibrahim (a.s).




Ini pula makam Saidatina Sarah iaitu isteri Nabi Ibrahim. Terselit juga gambar seorang anak Palestin di dalam gambar tersebut. Di dalam Masjid ini juga terdapat Makam Nabi Ishaq (a.s.) dan isteri baginda serta Makam Nabi Ya’acob (a.s). Malangnya kami tidak dapat melihat Makam Nabi Ismail (a.s) kerana menurut pemandu pelancong Makam Nabi Ismail terletak bersebelahan masjid ini tetapi di kawasan milik Israel.




Setelah Mak Jah keluar dari Masjid, beberapa orang kanak-kanak datang menghampiri rombongan kami sambil menghulurkan tangan meminta wang. Tiba-tiba seorang tentera Israel menghampiri Mak Jah dan berkata "Don't give them money!". Mak Jah agak terkejut lalu hanya mengangguk dan cepat-cepat beredar menuju ke bas.


Menjelang petang hari barulah kami tiba ke Hotel Holy Land. Kawan-kawan boleh rujuk ke laman web http://www.holylandhotel.com/ untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan lokasi hotel ini, melihat foto dan sebagainya lagi.




Inilah pemandangan 'Dome Of Rock' dari bilik hotel Mak Jah. Hati Mak Jah begitu teruja dan dah tak sabar untuk melihat kehebatan Masjidil Aqsa. Inilah arah kiblat pertama umat Islam sebelum peristiwa Israk Dan Mikraj. 


Mak Jah bergegas siap dan mengambil wuduk kerana hajat di hati mahu pergi menunaikan solat Isyak berjemaah di Masjidil Aqsa. Jika di lihat dari hotel, lokasi ke masjid sangat hampir tapi malangnya ia dikelilingi dengan tembok-tembok tinggi untuk menghalang rakyat Palestin dari masuk ke dalam masjid. Menurut cerita pemandu pelancong hanya lelaki dewasa berumur 40 tahun ke atas dibenarkan bersolat di dalam masjid.


Akibat perjalanan yang jauh dan melalui lorong-lorong yang bertangga, Mak Jah dan rombongan tidak sempat untuk solat berjemaah. Di kawasan ini juga dipenuhi dengan tentera-tentera Israel. Apabila kami bertanyakan arah ke Masjidil Aqsa, pertanyaan kami tidak dilayan dan mereka menyuruh kami pergi saja ke 'Dome Of Rock' serta memberitahu kami Masjidil Aqsa sudah ditutup pada waktu ini. 




Setelah selesai solat Isyak penjaga masjid telah mengarahkan kami keluar kerana mereka mahu menutup pintu masjid. Kami tidak mempedulikan arahannya malahan kami berusaha untuk menjejaki batu tergantung yang terdapat di dalamnya. Batu yang mahu mengikut Nabi Muhammad s.a.w ketika peristiwa Israk dan Mikraj.




Inilah gua di mana Rasullullah s.a.w mengerjakan solat sunat di dalamnya dan terdapat batu tergantung. Mak Jah sungguh bersyukur kerana Mak Jah dapat berada di sini, dapat berada di dalam 'Dome of Rock', melihat batu yang tergantung dan mengerjakan solat sunat 2 rakaat di dalamnya. Tetapi di hati masih tidak merasa puas kerana Mak Jah sudah tidak sabar untuk melihat kehebatan Masjidil Aqsa, Mak Jah mahu beribadah di dalamnya dan sekaligus mendapat ganjaran pahala 1 solat sebanyak 500 solat, wallahualam.


Rasulullah SAW bersabda “Kelebihan bersolat di Masjidil Haram daripada tempat selainnya ialah dengan ganjaran 100,000 kali solat, sementara di masjidku ini pula (Masjid Nabawi, Madinah) 1,000 kali solat dan solat di Masjidil Aqsa mendapat kelebihan 500 kali solat” (Hadith dipetik dari Shaikh Ali Mohammad Mokhtar).


Tiba-tiba bahu Mak Jah dicuit suami Mak Jah, "Mari kita keluar dari Dome Of Rock dan cari Masjidil Aqsa". Perasaan Mak Jah kembali ceria, kalaulah Masjidil Aqsa telah tutup sekalipun, Mak Jah tetap mahu berdiri di hadapannya dan melihatnya dari luar pada malam ini juga. 




Alhamdullilah, sampai juga kami di hadapan Masjidil Aqsa. Tergamam Mak Jah dibuatnya. Mak Jah lihat beberapa orang ahli rombongan kami bergegas masuk ke dalam. Subhanallah, belum tutup rupanya. Syukur kepada Allah, mak Jah sempat mengerjakan solat sunat di dalamnya. Air mata sudah mula menitik kerana Mak Jah tidak sangka Allah mengkabulkan doa Mak Jah untuk berada di dalam masjid ini. Perasaan menjadi lebih sedih apabila teringatkan kata-kata pemandu pelancong tadi, rakyat Palestin yang tinggal di kawasan bersebelahan tembok ini hanya mampu mendengar laungan azan tetapi tidak dapat menjejakkan kaki mereka ke Masjidil Aqsa. 'Ya Allah, terlalu banyak yang engkau telah berikan kepadaku tetapi aku, hambaMu ini masih lalai dan alpa dalam mengikuti suruhanMu'.....




Inilah arah kiblat pertama umat Islam dan menurut pemandu pelancong kami, Nabi Muhammad s.a.w telah mengimamkan sembahyang sunat di sini sekembalinya Rasullullah s.a.w dari peristiwa Israk Dan Mikraj.




Inilah dia pemandangan di dalam Masjidil Aqsa. Alhamdullilah sepanjang Mak Jah berada di sini, dapatlah Mak Jah solat subuh secara berjemaah. 






Mak Jah harap selepas ini kawan-kawan Mak Jah akan lebih memahami bahawa kubah emas yang cantik, yang selalu kita lihat itu bukanlah Masjidil Aqsa dan ianya dipanggil 'Dome Of Rock'. Inilah dia kubah Masjidil Aqsa yang sebenar. Kita sering ditipu oleh golongan yahudi yang sengaja hendak memperbodoh-bodohkan kita umat Islam.


Selepas ini, Insya Allah Mak Jah akan menyambung Catatan Perjalanan Suci Ke Masjidil Aqsa 3. Di mana Mak Jah akan menyentuh tentang lawatan kami ke beberapa tempat sekitar kawasan Masjidil Aqsa, Makam Rabiyatul Adawiah dan Makam Salman Al-Farisi.