Hari ni Mak Jah siapkan report stesyen awal-awal. Mak Jah kena pastikan semua kerja up to date sebelum Mak Jah menumpukan sepenuh perhatian kepada blog Mak Jah. Mak Jah tak nak Mr Hubby menjerit bila kerja tak siap tambahan pulak hari ni Mak Jah bersemangat nak bercerita tentang lipstik kolagen keluaran De Herbs.
Ceritanya bermula bila anak dara Mak Jah, Nana datang memuji bibir auntynya yang cantik menawan setelah menggunakan sejenis lipstik kolagen. Mak Jah pun tanya Nana, 'berapa harga ?' Nana cakap, 'RM250.00 mummy' . 'Brand apa tu Sayang? Mahalnya!'. Nana hanya gelengkan kepala tanda tidak tahu.
Kesempatan yang ada bila Mak Jah jumpa Datin Anita, Mak Jah guna sebaik mungkin untuk mengorek rahsia tentang bibirnya yang cantik menawan. Mak Jah adalah pengguna setia lipstik maximizer keluaran Dior. Mana mampu nak beli lipstik sampai beratus-ratus ringgit. Bila dengar je Mak Jah sebut harga lipstik yg dibelinya RM250, Datin Anita hanya tersenyum. Terserlah keayuan dan kelembutan yang sebati dalam dirinya. Beza Mak Jah dengan Datin Anita macam langit dengan bumi. Mak Jah kalau ketawa berdekah-dekah, maunya bergoyang habih semua benda yang ada dekat Mak Jah macam gempa bumi.
Datin Anita pun mencapai handbag di sisi dan hulurkan lipstik kolagennya pada Mak Jah. Mak Jah terjerit, 'haahhh De Herbs! Kenapa mahal sangat?'. Datin Anita hanya tersenyum.. adoii manisnya 'Mana pulak mahal. Siapa cakap harga beratus-ratus? Mungkin ada yang tersalah membaca tanda harga di kotak. Hanya RM25.00 saja. Cubalah..'.
Setelah kembalinya Mak Jah dari berjumpa Datin Anita, puas Mak Jah berfikir. Sebenarnya Mak Jah bukannya jenis yang mementingkan jenama dan yang mahal-mahal. Kalau ada yang tak kenal Mak Jah mesti kutuk sakan kalau Mak Jah katakan bibir Mak Jah nih 'very selective to certain brand of lipsticks only'. Dah banyak brand yang Mak Jah cuba. Bibir Mak Jah pasti akan kering, mengelupas dan gatal. Sampaikan Mak Jah terlalu takut nak mencuba brand lain selain Dior. Mak jah sanggup tak memakai secalit lipstik pun daripada menanggung sakit.
Setelah puas berfikir dan atas dorongan kuat anak dara Mak Jah, Nana. Mak Jah pun belilah lipstik kolagen De Herbs. Alhamdullilah dengan hanya RM25.00, ramai yang puji bibir Mak Jah yang kini munggil dan seksi. Ha..ha.. seksi la sangat. Kalau tak silap Mak Jah dekat 10 orang dah kawan-kawan yang datang bertanyakan produk lipstik yang Mak Jah pakai. Baru semalam saja seorang kawan Mak Jah mintak suaminya tolong belikan di Ampang Point. Tahniah buat De Herbs dan selepas ini Mak Jah tidak akan teragak-agak untuk mencuba produk keluaran De Herbs yang lain.
No comments:
Post a Comment