Pagi ni Mak Jah sibuk betul di stesyen. Kebetulan ramai pekerja yang bercuti kerana kerajaan Selangor beri cuti umum selepas PRU13. Masa pekerja tak cukup ni lah kontraktor pun datang nak ajak Mak Jah keluar untuk bincang lokasi pump baru yang akan dipasang nanti. Lebih kurang jam 11 pagi Mak Jah masuk semula ke dalam ofis. Mak Jah baru mula hendak menghadap komputer untuk semak email, Cik Din manager Mak Jah masuk ke dalam ofis untuk serah bank in slip.
Tiba-tiba Mak Jah terdengar riuh rendah dalam kedai dan bunyi benda diketuk kuat. Mak Jah dengar suara lelaki menjerit suruh diam. Mak Jah pandang CCTV dan lihat kelibat lelaki membawa sebilah parang panjang. Mak Jah cepat- cepat tutup pintu ofis dan kunci. Mak Jah panggil Cik Din yang sedang asyik memerhatikan CCTV. Mak Jah sedar Cik Din sedang tergamam. Mak Jah suruh dia cepat-cepat tekan punat siren alarm.
Perompak hanya sempat mengambil wang tunai berjumlah RM800++ dari kedua-dua cash register dan mungkin dua orang perompak itu terkejut dengan bunyi siren alarm polis yang kuat hinggakan tidak sempat untuk mengambil barang-barang lain.
Mak Jah keluar dari ofis dan pergi mendapatkan dua org cashier perempuan yang sedang menangis ketakutan. Mak Jah peluk mereka dan pujuk. Mak Jah suruh mereka beristigfar banyak-banyak serta bersyukur kehadrat Allah yang melindungi nyawa kami semua. Mak Jah terus masuk ke dalam ofis semula dan talifon Mr Hubby. Dalam masa 10 minit selepas kejadian kereta peronda polis pun tiba untuk menjalankan siasatan.
Mr Hubby tiba di stesyen dalam jam 2 petang. Mak Jah ingatkan dia akan tenangkan Mak Jah tapi sebaliknya. Mr Hubby mengamuk dan marahkan Mak Jah sebab tak kunci pintu ofis. Dia kata dia risaukan keselamatan Mak Jah sebab itu dia pasang roller shutter, alarm, CCTV 20 camera dan macam-macam lagi supaya nyawa Mak Jah tidak terancam tapi Mak Jah tak jugak kunci pintu ofis ketika rompakan berlaku. Mak Jah rasa kan kalau perempuan lain mesti dah berderai-derai air mata yang mengalir keluar. Fobia kena rompak pun belum habis dah kena jerit dengan Mr Hubby. Tapi Mak Jah hanya bertenang kerana Mak Jah tahu itu istimewanya Hubby Mak Jah. Dia lain dari yang lain. Nampak sangat air mukanya yang marah pada waktu itu dan dia terus mengajak drivernya beredar pergi.
Beberapa jam kemudian Mr Hubby hubungi Mak Jah dan cakap nak bawak Mak Jah ke KLCC. Mak Jah fikir tentu seperti selalu dia nak pergi gunting rambut di sana. Sampai saja di KLCC, dia cakap pada Mak Jah, " malam ni, you ambik saja apa yang you nak". Rasa heran pun ada tapi Mak Jah tahu itu cara dia untuk minta maaf bila dia sedar dia bersalah. Hebatnya EGO seorang lelaki yang bernama MR HUBBY.
No comments:
Post a Comment