Alhamdullillah, hari ini genap dua tahun Abah pergi meninggalkan kami. Abah menghidap penyakit cancer paru-paru. Abah bukanlah perokok. Abah benci asap rokok dan Abah selalu sering berpesan kepada perokok tegar supaya tinggalkan amalan itu kerana tidak baik untuk kesihatan dan boleh menghidap penyakit cancer. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya..
October, 2009
Masih segar di ingatan Mak Jah, pada malam itu Mak Jah sedang kalut melayan tetamu yang datang ke majlis kenduri kesyukuran. Mak Jah sedar Abah tidak ceria seperti selalu. Abah panggil Angah dan mengadu tentang dadanya yang sakit. Mak Jah juga perasan perubahan di dada Abah yang bengkak sedikit. Angah nasihat Abah untuk dapatkan rawatan dan pergi menjalani x- ray di hospital. Sekembalinya Abah ke Sungai Petani, Abah terus pergi ke hospital Metro. Setelah ujian x-ray dibuat, doktor memberi sepucuk surat dan maklumkan bahawa di hospital ini tiada peralatan dan perlu mendapatkan rawatan di hospital cancer Mount Merian. Berita yang dikhabarkan oleh Adik kepada Mak Jah menjadi satu tamparan yang hebat kerana hanya tinggal beberapa hari saja lagi untuk Mak Jah pergi menjalani ibadah haji. Mak Jah sedih kerana nanti Mak Jah tidak dapat menemani dan bersama-sama Abah menjalani rawatan ini.
Mak Jah beritahu hubby yg Mak Jah tak sampai hati untuk pergi meninggalkan Abah di saat Abah memerlukan keluarganya untuk memberi dia semangat untuk menjalani rawatan kimo nanti. Alhamdullillah, hubby sangat memahami keadaan Mak Jah. Hubby pujuk Mak Jah Hubby berjanji untuk membawa Mak Jah pergi melawat Abah sebelum berangkat ke Tanah Suci.
Abah mula diberi rawatan kimo di hospital Mount Merian, Pulau Pinang. Mak Jah melawat Abah dua hari sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah. Mak Jah sedar dari awal kami tiba di hospital, Abah renung mata Mak Jah lama-lama. Mak Jah kawal perasaan dan melayani Abah seperti selalu. Mak Jah sendiri kagum dengan diri Mak Jah, macam mana Ratu Air Mata macam Mak Jah boleh setabah ini bila berdepan dengan Abah. Setitik pun air mata tidak tumpah dan Mak Jah ketawa dan bercerita seperti biasa. Bila tiba waktu hendak balik meninggalkan Abah, Mak Jah cium pipi Abah puas-puas. Mak Jah salam tangan Abah dan minta ampun padanya dan halalkan segala makan minum. Mak Jah minta Abah doakan semoga dipermudahkan segala urusan Mak Jah untuk melaksanakan ibadah haji nanti.
Sepanjang Mak Jah menunaikan ibadah Haji, Mak Jah benar-benar menggunakan peluang yang ada di tanah suci Mekah untuk mendoakan kesihatan Abah. Mak Jah mintak sangat Allah panjangkan umur Abah kerana Mak Jah belum puas bermanja dengannya. Belum puas mengadu pada Abah dan mahu terus tidur diribanya. Sepanjang berwukuf di Padang Araffah, tak putus-putus Mak Jah memanjatkan doa untuk Abah.
07.08.2010- Sambutan Hari Lahir Abah yang ke 66 tahun dan yang terakhir kalinya...
2010
Tahun ini, Abah banyak menghabiskan masanya berulang alik dari hospital ke rumah. Abah mendapatkan rawatan kimo di Hospital Pulau Pinang. Mak Jah sungguh kagum dengan layanan doktor-doktor dan nurse-nurse di sini. Mereka sangat baik melayan pesakit. Syabas dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua petugas di tingkat 4 wad cancer. Selama ini Mak Jah terlalu takut untuk pergi ke hospital kerajaan. Fobia mendengar layanan nurse-nurse di hospital kerajaan yang garang.
Pernah sekali Abah menghubungi Mak Jah dan menyuarakan rasa berat hatinya untuk meneruskan perubatan kerana bil perubatan yang tinggi. Abah seboleh-bolehnya tidak mahu menyusahkan anak-anak. Mak Jah cakap pada Abah "Abah, jangan fikir pasal bil perubatan. Janji Abah dapatkan rawatan yang terbaik dan wang kami boleh cari". Inilah masanya untuk anak-anak membalas jasa Abah membesarkan kami dan memberi kami pelajaran.
Mak Jah tak pernah lupa kata-kata Abah..
"Kita bukan orang kaya. Abah tak punya harta untuk diberikan kepada anak-anak Abah. Abah hanya boleh menyara persekolahan kamu semua. Tuntutlah ilmu dunia dan akhirat sebanyak yang boleh kerana itulah harta yang paling berharga".
Ya benar kata Abah, ilmu yang dimiliki dan kejayaan anak-anak Abah adalah berkat usaha Abah dan Mak yang membimbing kami selama ini. Justeru itu sepanjang Abah di hospital, Mak Jah tak mahu langsung Abah memikirkan tentang bil perubatan. Walau sudah mencecah ratusan ribu ringgit tetapi kami adik beradik terus berusaha untuk mendapatkan rawatan yang terbaik untuk Abah. Terima kasih buat Along, Angah, Ateh, Azad, Hubby dan semua yang turut membantu membayar bil perubatan Abah.
Abah seseorang yang sangat optimis dan sentiasa berfikiran positif. Abah selalu menghubungi Mak Jah pada jam 10 malam. Abah sering menceritakan tentang perkembangan perubatannya yang bertambah baik. Kadang-kadang selepas kimo, Abah akan beritahu Mak Jah yang dia tidak kuat lagi dan bila-bila masa saja dia akan pergi. Mak Jah setiap kali kalau dengar Abah membicarakan tentang kematian, Mak Jah akan terus bergurau dengannya, 'Ehhh.., Abah tak mudah mati, hanya orang yang baik-baik sahaja Allah sayang dan diambil nyawa mereka dengan cepat". Abah akan tersenyum setiap kali Mak Jah bergurau begitu dengannya. Sebenarnya Mak Jah tidak tahu apakah kata-kata semangat yang terbaik untuk Abah di waktu itu.
Inilah cucu kesayangan Abah, Bent yang sentiasa menemani Abah di hospital.
16 April 2011
Setiap kali melawat Abah, Mak Jah dan hubby akan menaiki pesawat FireFly di pagi Sabtu ke Pulau Pinang dan petangnya kembali semula ke Kuala Lumpur. Mak Jah akur dengan kesibukan Hubby dan Mak Jah bersyukur walaupun sekejap, hubby sering membawa Mak Jah pergi melawat Abah. Tapi kali ini kunjungan kami agak berbeza. Abah tidak menyambut kami dengan gembira dan ceria seperti selalu. Selalunya Hubby akan singgah belikan Nasi Kandar Jelutong untuk Abah dan Abah akan menikmatinya dengan berselera. Abah ditempatkan ke CCU kerana mengalami masalah komplikasi jantung. Pernafasannya sangat lemah. Bila Abah lihat Mak Jah dan hubby, Abah cuba bangun hendak bercerita seperti selalu tetapi Mak Jah halang. Abah menulis nama anak-anak Mak Jah di atas kertas. Mak Jah hanya menggelengkan kepala dan memberitahu bahawa mereka tidak dapat datang. Ketika Abah menulis nama adik Mak Jah, Ateh tiba-tiba tekanan darahnya naik melepasi paras 240 dan nurse terus bergegas ke katil Abah. Kami di suruh keluar dan Mak Jah dapat lihat beberapa orang doktor datang ke katil Abah. Seorang nurse pula menyuruh Abah mengucap dua kalimah syahadah.
Mak Jah hanya mampu menangis di luar bilik CCU. Mak Jah pergi mendapatkan hubby dan memberitahunya yang Mak Jah tidak sampai hati untuk pulang bersamanya memandangkan keadaan Abah semakin lemah. Alhamdullillah sekali lagi hubby begitu memahami. Hubby izinkan Mak Jah untuk menjaga Abah di hospital dan dia pulang sendirian menaiki pesawat pada petang itu juga. Pada malam itu, Angah dan Ateh tiba dari Kuala Lumpur. Anak lelaki sulong Abah, Azad masih berada di Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah.
Terima kasih juga kepada anak cucu-cucu Abah yangsayang menyayangi Abah. Tidak sia-sia Abah manjakan mereka dan menjaga mereka sedari kecil. Terima kasih kepada Kak Fatin, Bent, Afina, Dini, Irfan dan semuanya yang sentiasa bersama-sama Abah dan sering membacakan Abah ayat-ayat suci Al Quran. Pada malam itu, Mak Jah, Angah dan Bent bermalam di luar bilik CCU untuk menjaga Abah. Pada malam itu kami hanya baring di atas kerusi panjang plastik dan menahan kesejukan malam. Mak Jah sedikit cuak bila kakak pengawal keselamatan memberitahu Mak Jah yang pada malam itu sangat sejuk tandanya ada orang yang akan mati.
17 April 2011-19 April 2011
Setibanya Mak Jah di depan bilik CCU, Mak Jah begitu gembira melihat nurse menolak Abah keluar. Mak Jah senyum dan cakap pada Abah, "Alhamdullillah, Abah akan dipindahkan ke wad biasa". Abah hanya menggelengkan kepala dan menunjukkan ke arah bilik ICU.
Keadaan Abah semakin lemah. Abah ditempatkan di ICU. Seorang doktor memanggil Mak Jah, Angah dan Mak. Doktor menerangkan keadaan Abah. Beberapa organ dalam badan Abah telah rosak. Mereka sudah tidak dapat berbuat apa-apa dan menyuruh kami sekeluarga bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Mak Jah hanya bertawakal dan berserah kepada Allah jika itu yang terbaik untuknya.
Sepanjang Abah di ICU kami bermalam di luar bilik ICU. Beralaskan sehelai kain di atas simen, kami tidur di koridor hospital. Mak Jah sungguh selesa saat itu kerana Mak Jah hanya mahu dekat dengan Abah. Mak Jah sentiasa berdoa supaya abah dapat keluar ke wad biasa dan Mak Jah mahu menyuap Abah makan. Kami adik beradik sudah sepakat untuk bermalam di hospital menjaga Abah. Mak hanya datang pada siang hari. Kami pesan pada Mak supaya berehat memandangkan sekarang semua anak-anak Mak bercuti, biar kami saja yang menjaga Abah. Mak sudah penat selama ini menjaga Abah dan selepas kami pulang nanti, Mak akan menjaga abah sendirian lagi.
19 April 2011 - 22 April 2011
Mak Jah dikejutkan dengan panggilan dari hospital ketika sedang minum pagi bersama adik beradik yang lain. Terasa sejuk seluruh anggota badan. Tidak sanggup untuk mendengar apa yang akan nurse katakan. Rupa-rupanya nurse talifon untuk beritahu Abah mintak bubur dan dia sudah boleh diberi makan. Mak Jah sungguh gembira kerana doa Mak Jah untuk menyuap Abah makan dimakbul olehNya. Mak Jah terus berlari ke restoran yang menjual bubur nasi di belakang bangunan hospital. Waktu itu Mak Jah benar-benar berlari kerana tidak mahu lewat memberi Abah makan kerana Abah sudah beberapa hari tidak menjamah makanan.
Sepanjang Mak Jah menjaga Abah di ICU, Mak Jah sentiasa berpesan supaya Abah bersabar menunggu anak lelaki kesayangannya, Azad pulang dari Mekah. Abah hanya mengangguk. Abah dipindahkan ke wad biasa. Wad tingkat 4. Sepanjang Abah di wad, kami adik beradik merasa puas kerana dapat menjaga Abah sepenuhnya. Mak Jah akan suap apa saja yang diminta oleh Abah. Abah minta air jus durian belanda, kami belikan. Abah minta yoghurt, kami suapkan yoghurt kepadanya. Seronok kami adik beradik melihat Abah berselera makan.
Setibanya Azad dari Tanah Suci Mekah pada malam 20 April 2011, dia terus bergegas ke hospital. Melihat wajah Azad, Abah mengangkat 3 jari dan memberitahu Azad bahawa dia hanya ada 3 hari saja lagi. Kami adik beradik hanya tersenyum kerana selami ini kami tidak pernah mendengarnya dari sesiapa dan entah dari mana Abah mendapat berita ini.
Sepanjang tempoh ini Abah sentiasa melihat jam dinding dan bertanyakan waktu solat. Abah sering menyuruh Mak Jah membantunya mengambil wudhuk. Abah mahu sentiasa berada di dalam wudhuk. Abah menyuruh Mak Jah membantunya untuk solat menghadap kiblat. Mak Jah khabarkan pada Abah untuk solat saja di atas katil dan tidak perlu diubah-ubah kerana solat orang sakit di mana pun diterima Allah, In Sha Allah. Selama ini, Abah sentiasa menyuruh Mak Jah membacakan ayat-ayat suci Al Quran di telinganya.
Sepanjang Abah ditempatkan di wad biasa, Abah sering mengadu sakit perut, sakit kepala dan suhu badannya pula sangat panas kerana demam. Sudah kering air mata kami adik beradik kerana tidak tahan lagi melihat penderitaan Abah menahan sakit.
23 April 2011
Hari ini Mak Jah akan pulang ke Kuala Lumpur. Hubby dan anak lelaki Mak Jah akan datang mengambil Mak Jah pulang setelah seminggu Mak Jah menjaga Abah di hospital. Sebagai seorang anak Mak Jah sungguh gembira kerana selama seminggu ini, Mak Jah berpeluang untuk meluangkan masa bersama Abah. Sudah lama sepanjang Abah menghidap penyakit ini, Mak Jah impikan untuk bermalam di hospital menjaga Abah. Selama ini Mak Jah sentiasa berdoa supaya diberi kesempatan untuk menyuap Abah makan. Terima kasih yang tidak terhingga buat Hubby yang membenarkan Mak Jah berada selama seminggu di hospital dan sanggup mengurus hal anak-anak di Kuala Lumpur tanpa Mak Jah.
Jauh di sudut hati, Mak Jah mahu terus bersama Abah lagi. Mak Jah rasa masa seminggu ini begitu singkat tetapi setakat ini saja tanggung jawap sebagai seorang anak kepada Abah dapat Mak Jah curahkan. Sebagai seorang ibu kepada 3 orang anak dan isteri, Mak Jah perlu balik hari ini.
Di petang 23 April 2011, Mak Jah peluk Abah, Mak Jah menangis sepuas-puasnya di dada Abah. Mak Jah berjanji dengannya untuk pulang sekejap saja dan akan kembali menjaganya dengan segera. Abah hanya mengangguk dan Mak Jah lihat Abah pejam rapat matanya. Mak Jah tahu Abah tidak sanggup melepaskan Mak Jah pergi. Sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Lumpur Mak Jah sudah terasa rindukan Abah dan hanya mampu mengesat air mata yang tidak henti mengalir.
Malam baru Mak Jah tiba ke Kuala Lumpur, setelah mandi dan solat tiba-tiba badan Mak Jah menggigil, bibir terketar-ketar. Mak Jah rasa sejuk yang teramat sangat. Mak Jah rasa ini mungkin tanda-tanda Mak Jah hendak demam kerana terlalu penat seminggu di hospital. Tiba-tiba sekitar jam 10.30 malam, Mak Jah terima panggilan dari Angah. Angah menangis dan suaranya tidak jelas. Mak Jah suruh Angah bercakap kuat sedikit. Angah kata "Abah sudah tiada". Mak Jah terkejut, Mak Jah berlari mendapatkan Hubby. Mak Jah katakan padanya yang Abah sudah pergi meninggalkan kita. Hubby terkejut walaupun di wajahnya jelas kelihatan penat memandu tapi Hubby suruh Mak Jah berkemas dan malam itu juga kami pulang ke kampung.
Mak Jah hubungi adik bongsu Khairi Syafiq di Jordan. Syafiq sedang menuntut di sana di dalam jurusan perubatan. Syafiq sangat sedih mendengar perkhabaran Abah sudah tiada. Syafiq mintak sangat kami tunggu kepulangannya. " Maaf Dik, jenazah perlu diurus segera. Akak masih ingat kata-kata Abah. Syafiq belajar terlalu jauh dan bila pulang nanti hanya dapat melihat batu nisan Abah saja".
24 April 2011
Kami tiba di Sungai Petani pada jam 3 pagi. Semua sanak saudara sudah pun penuh berkumpul. Mak Jah terus pergi melihat jenazah Abah. Alhamdullilah, waktu itu Mak Jah lihat Abah seolah-olah sedang tidur
"Abah, kenapa Abah tak tunggu adik? Bukankah Adik dah beritahu Abah yang Adik pulang sekejap saja". Hati berdetik pilu lalu Angah datang menghapiri Mak Jah dan berpesan "Kita anak-anak perlu kuat untuk Mak. Mak tidak boleh melihat kesedihan kita". Mak Jah lap air mata lalu mengambil surah yassin dan bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain bergilir-gilir membacakan Abah surah yassin.
Alhamdullilah pada jam 12 tengah hari, Abah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Sungai Jagung seperti mana yang diminta olehnya. Mak Jah rasa sungguh gembira bila Tok Imam Masjid yang memandikan dan menyembahyang jenazah Abah memuji betapa mudahnya mereka mengurus jenazah Abah. Dia berkata lagi walau sudah lebih 12 jam Abah pergi, badan Abah masih lembut senang diurus seperti baru saja menghembuskan nafas. Katanya ini kali kedua dia melihat kejadian seperti ini. Wajah Abah begitu tenang, seperti sedang tersenyum di dalam lenanya.
Mak Jah tahu Abah sangat berhati mulia. Abah mudah bersimpati dan cepat kasihan pada orang. Abah sentiasa bersangka baik dan ringan tangan untuk membantu sesiapa sahaja. Sepanjang Abah di hospital, Abah selalu menceritakan kepada Mak Jah yang dia akan membawa kitab Al Quran dan yassin untuk disedekahkan bacaannya kepada sesiapa sahaja di hospital sama ada dia kenal atau tidak. Mak Jah dulunya merasa lucu dengan cerita Abah tapi kata Abah dia bosan di dalam hospital dan lebih baik dia sedekahkan bacaan ayat-ayat suci Al Quran kepada pesakit-pesakit yang beragama Islam.
"Oh, Abah, sungguh mulia amalanmu. Abah telah mengajar Adik begitu banyak caranya untuk kita bersedekah walaupun tanpa menghulurkan wang ringgit. Abah, In Sha Allah Adik akan terus ingat setiap pesanan Abah. Abah sering menalifon Adik dan menyuruh Adik menghafal doa-doa dan bacaan ayat-ayat suci Al Quran untuk dijadikan amalan seharian.
Abah, Adik redha dengan ketentuan Allah bahawa pada tanggal 23 April 2011 jam 10.21 malam Abah pergi menghadapNya di usia 67 tahun. Adik sudah tidak sanggup melihat penderitaan Abah menanggung sakit cancer. Selagi hayat di kandung badan, Adik akan terus mengingati Abah. Memang air mata ini sering tumpah setiap kali teringatkan Abah kerana Abah adalah insan dan lelaki terhebat di dunia ini yang adik ada. Kasih sayang Abah yang melimpah ruah buat Adik dan anak-anak Abah yang lain memang tidak terbalas. Terima kasih ABAH.
Ya Allah Ya Tuhan ku, Kau muliakanlah kedatangan arwah Abah ku, Janganlah kau seksa dirinya, Kau ampunkanlah dosanya, Kau tempatkanlah dirinya bersama orang-orang yang beriman, Kau kasihanilah dia sebagaimana dia mengasihani aku sewaktu kecil, Kau luaskan, Kau lapangkan dan Kau terangkanlah kuburnya. Amin
Makjah sedih baca cerita makjah ni. Di doakan arwah abah makjah ditempatkan bersama2 org yg beriman dan beramal soleh. Setiap yg hidup pasti akan merasakan mati... hanya org2 yg kehilangan seorg abah shj yg memahami hati dan perasaan makjah. Redha dan tabahkan lah hatimu sahabatku.
ReplyDeleteAlfatihah ku titipkan buat arwah...
Tq Dik Nun... rasa puas hati dapat menulis kisah Abah malam ni. Tq so much for your support. Sebenarnya, susah sangat nak habiskan tulisan ni sebab air mata mencurah curah. Kin rindu Abah sebab kami sangat rapat. Ya betul.. hanya yang pernah mengalami kehilangan insan tersayang yang faham perasaan ini.
DeleteSubhanallah. Inilah kekuatan seorang bapa. Tahniah kerana Mak Jah kerana sabar menghadapi ketentuan Illahi. Allah bagi dugaan kepada kita menunjukkan yang Allah sayang kepada kita. Amin.
ReplyDeleteAlhamdullilah... tq Cikgu Lee. Sesungguhnya amat berat untuk menerima kenyataan ini tapi sebagai hamba Allah.. kita kena akur kerana semua di dunia ini milik Nya dipinjamkan kepada kita untuk sementara saja.
DeleteSalam kenal.
ReplyDeleteAllah tempatkan beliau di kalangan org yg berriman..
i jumpa yr blog about kashmir..
Thank you Azian. Amin di atas doa dari Azian. Alhamdullillah sebagai anak saya diberi peluang untuk bersamanya seminggu yang terakhir. Azian boleh email saya jika terdapat sebarang pertanyaan. In sha Allah kita boleh panjangkan silaturrohim yang ada.
DeleteSedihnya baca kesah Kin..sebak n menitis air mata Kin..teringat bapa kat kg..
ReplyDeleteSalam Cikgu Syikin... Alhamdullillah diberi peluang untuk seminggu terakhir bersama Abah. Mungkin Kin terlalu menyayangi Abah dan mungkin Kin tak sanggup melihat saat2 terakhir Abah menghembuskan nafasnya.. tapi Cikgu sampai sekarang Kin tetap menangis rindu..
DeleteI am very enjoyed for this blog. Its an informative topic. It help me very much to solve some problems. Its opportunity are so fantastic and working style so speedy. click here
ReplyDeleteThanks for taking the time to discuss this, I feel strongly about it and love learning more on this topic. the asbestos cancer organization
ReplyDeleteSuperb article! Very interesting. The impressive announcements about woody windows. Look at this site. Home design stories on this site
ReplyDeleteПриветствую! Обратите внимание справочное издание о выпускаемых лекарств. В справочник вошли данные о более чем семистах нынешних медикаментозных препаратах, производимых российскими и иностранными фармацевтическими компаниями. О любом препарате дана полная информация: состав и форма выпуска, лечебные характеристики, показания к применению, критерии использования, противопоказания, вероятные побочные эффекты, взаимодействие со спиртным и взаимодействие остальными медикаментозными средствами, кроме того способность приема при грудном вскармливании, беременности. В путеводитель включен тематический указатель, в котором имеется инфа о том, какое лекарственное средство необходимо использовать при тех или иных синдромах, состояниях, болезнях. Справочник лежит на мед ресурсе. Выздоравливайте! Исрадипин, Беназеприл / гидрохлортиазид, Набор неотложной помощи при укусах и ужалениях насекомых, Инсулин семиленте, Буклизин, Лансопразол,
ReplyDeleteПортальные окна и двери, иначе называемые PSK-порталом, инсталлируются специально для экономии незаполненного, свободного пространства. Обычные типы окон и дверей раскрываются вовнутрь дома, что требует достаточно значительную часть места в комнате. Современные модели позволяют избежать данной проблемы, увеличить воздушный и световой поток в квартире.
ReplyDeleteПодъемно-сдвижной портал – это системы, кои могут похвастаться обширной площадью остекления. Ради открывания створок устанавливаются верхние и нижние направляющие, с помощью которых створка легко и бесшумно движется.
Раздвигание происходит посредством ходовых роликов, что имеют в своем составе опору в качестве элементов армирования, которое позволяет весьма равномерно распределить массу по по всей раме. Они дают возможность створке окна передвигаться в различных режимах (сдвига, наклона).
Высота может достигать 2,36 метра, а ширина створки окна или двери может изменяться от 670 мм до 1,60 метра. С учетом суммарного веса (изменяется от 100 кг до 200 кг), на параллельно-раздвижную дверь устанавливается специальная фурнитура для обеспечения беспроблемного открывания - закрывания створок, роста срока использования. Ширина свободного проема имеет возможность достичь 2000 мм.
PSK-порталы славятся замечательными герметичными характеристиками, высокими показателями звуко-, теплоизоляции, предлагают существенный уровень противовзломности, великолепно подойдут для всех вариантов нынешних профилей. При установке применяют опоясывающие щеточные уплотнители, кои заметно улучшают функционирование створок.
В том случае вам хочется оформить большой загородный дом, балкон, городскую квартиру или лоджию согласно модным тенденциям в стиле, то компания-производитель СВ Окна изготовит и смонтирует параллельно-раздвижные окна и двери.
Очень немногие компании-изготовители косметических средств имеют возможность похвастаться тем, что их продукция попала в число фаворитов, предпочитаемых членами королевских династий. Компания-изготовитель Lebel Cosmetics уже больше трех десятков лет поставляет свою продукцию в японский императорский дом. Неудивительно, что, заслужив титул косметики номер один в Японии, средства для окрашивания волос Lebel в салоне красоты без труда завоевала рынок Европы и уже покорила сердца многочисленных граждан Канады и США.
ReplyDeleteИщете, в каком же месте разместить заказ на деревянные евроокна? Можем порекомендовать обратить внимание на группу компаний СВ Окна, существующую уже более 25 лет. Компания делает широкую гамму оконных конструкций от эконом до шикарных. Даже самый требовательный заказчик подберет для себя подходящие деревянные стеклопакеты. В производственной программе можно обнаружить недорогие деревянные окна из сосны, деревянные окна по евростандартам, дерево-алюминиевые евроокна, раздвижные окна, складные окна-гармошки.
ReplyDelete