Sunday, June 23, 2013

Salvatore Ferragamo Hadiah Selepas Kena Rompak

Isnin, 6hb May 2013

Pagi ni Mak Jah sibuk betul di stesyen. Kebetulan ramai pekerja yang bercuti kerana kerajaan Selangor beri cuti umum selepas PRU13. Masa pekerja tak cukup ni lah kontraktor pun datang nak ajak Mak Jah keluar untuk bincang lokasi pump baru yang akan dipasang nanti. Lebih kurang jam 11 pagi Mak Jah masuk semula ke dalam ofis. Mak Jah baru mula hendak menghadap komputer untuk semak email, Cik Din manager Mak Jah masuk ke dalam ofis untuk serah bank in slip.

Tiba-tiba Mak Jah terdengar riuh rendah dalam kedai dan bunyi benda diketuk kuat. Mak Jah dengar suara lelaki menjerit suruh diam. Mak Jah pandang CCTV dan lihat kelibat lelaki membawa sebilah parang panjang. Mak Jah cepat- cepat tutup pintu ofis dan kunci. Mak Jah panggil Cik Din yang sedang asyik memerhatikan CCTV. Mak Jah sedar Cik Din sedang tergamam. Mak Jah suruh dia cepat-cepat tekan punat siren alarm.

Perompak hanya sempat mengambil wang tunai berjumlah RM800++ dari kedua-dua cash register dan mungkin dua orang perompak itu terkejut dengan bunyi siren alarm polis yang kuat hinggakan tidak sempat untuk mengambil barang-barang lain.

Mak Jah keluar dari ofis dan pergi mendapatkan dua org cashier perempuan yang sedang menangis ketakutan. Mak Jah peluk mereka dan pujuk. Mak Jah suruh mereka beristigfar banyak-banyak serta bersyukur kehadrat Allah yang melindungi nyawa kami semua. Mak Jah terus masuk ke dalam ofis semula dan talifon Mr Hubby. Dalam masa 10 minit selepas kejadian kereta peronda polis pun tiba untuk menjalankan siasatan.

Mr Hubby tiba di stesyen dalam jam 2 petang. Mak Jah ingatkan dia akan tenangkan Mak Jah tapi sebaliknya. Mr Hubby mengamuk dan marahkan Mak Jah sebab tak kunci pintu ofis. Dia kata dia risaukan keselamatan Mak Jah sebab itu dia pasang roller shutter, alarm, CCTV 20 camera dan macam-macam lagi supaya nyawa Mak Jah tidak terancam  tapi Mak Jah tak jugak kunci pintu ofis ketika rompakan berlaku. Mak Jah rasa kan kalau perempuan lain mesti dah berderai-derai air mata yang mengalir keluar. Fobia kena rompak pun belum habis dah kena jerit dengan Mr Hubby. Tapi Mak Jah hanya bertenang kerana Mak Jah tahu itu istimewanya Hubby Mak Jah. Dia lain dari yang lain. Nampak sangat air mukanya yang marah pada waktu itu dan dia terus mengajak drivernya beredar pergi.

Beberapa jam kemudian Mr Hubby hubungi Mak Jah dan cakap nak bawak Mak Jah ke KLCC. Mak Jah fikir tentu seperti selalu dia nak pergi gunting rambut di sana. Sampai saja di KLCC, dia cakap pada Mak Jah, " malam ni, you ambik saja apa yang you nak". Rasa heran pun ada tapi Mak Jah tahu itu cara dia untuk minta maaf bila dia sedar dia bersalah. Hebatnya EGO seorang lelaki yang bernama MR HUBBY.


Ha.. inilah hasil tangkapan Mak Jah pada kali ini. Nasib ada size, maklumlah kaki cinderella susah nak beli kasut.. Thank You Mr Hubby and I love you so much.

My Darling Chanel Jumbo Red Caviar


Alhamdullillah akhirnya pencarian Chanel Jumbo Red Caviar With Silver Chain Hardware telahpun berakhir pada hari sabtu yang lalu 22 June 2013. Hampir sebulan jugaklah pencarian Mak Jah  untuk mendapatkan buah hati pengarang jantung yang satu nih. Bila Mr Hubby bagi green lite dan suruh Mak Jah survey, rasa macam nak lompat tinggi-tinggi pun ada. Tapi memandangkan faktor usia, Mak Jah kawal diri dan ucapkan terima kasih pada Mr Hubby. Mak Jah contact ramai kawan-kawan yang jual handbag online tapi ramai yang tak dak color merah. Ada a few yang suruh Mak Jah pre order dan depa tolong belikan di Europe. Harga yang ditawarkan sekitar RM15,000++. Mr Hubby pulak jenis yang tak suka menunggu, dia suruh Mak Jah pergi beli je kat butik Chanel di KLCC. Tapi Mak Jah ni jenis sayang duit, kalau boleh dapat benda yang sama  dengan harga yang lebih murah buat apa beli di tempat yang mahal.

Tapi demi menjaga hati Mr Hubby dan tak mahu offer ditarik balik, Mak Jah pun buatlah lawatan ke KLCC. Sekali lagi Mak Jah dikecewakan dengan pilihan color yang kurang menarik. Cukup-cukuplah warna hitam dalam hidup Mak Jah. Kali nih Mak Jah nak color yang jauh sebatu pun orang dah nampak kelibat Mak Jah dok jalan mai.

Mak Jah rasa bersyukur sangat bila ada jiran-jiran yang selalu ke luar negara dan sanggup tolong Mak Jah membeli belah disana. Bagaikan orang yang mengantuk disorong bantal, minggu lepas jiran Mak Jah kebetulan hendak ke Paris atas urusan  kerja dan sanggup tolong Mak Jah untuk dapatkan buah hati yang satu nih. Mula-mula tu rasa tak tahu nak grab yang mana sebab Chanel GST Dark Blue pun berkenan jugak. In Sha Allah, itu projek yang akan datang. Bolehkan Mr Hubby??!!??


Ha...ini dia jiran Mak Jah tolong belikan di Butik Chanel 51 Avenue Montaigne, Paris. Ini harganya dan kalau kawan-kawan nak tahu dalam Ringgit Malaysia silalah semak sendiri tukaran wang ya. Dan bukan itu saja VAT CashTax Refund ada lagi 400€. Untungkan Mak Jah. Boleh pergi shopping kasut pulak lepas nih.