Thursday, April 17, 2014

Prague, I'm amazed with the beauty of this City.



Alhamdullilah.. tak tergambar dengan kata-kata bila kaki melangkah turun di Airport Prague. Prague adalah ibu negeri Republik Chezh. Mak Jah rasa macam mimpi pun iya. 'Betul ke aku berada di Prague?'. Sebelum ni Mak Jah selalu dengar kawan-kawan cakap, 'You must go to Prague kalau you and hubby suka tengok senibina bangunan lama-lama'. Tapi memang benar la, berada di Prague seperti berada di kota khayalan. 


Kami tiba di Prague pada 16 December 2013, menginap di Hotel Astoria. Hotel yang terletak di tengah-tengah bandar so senanglah Mak Jah dengan hubby hanya berjalan kaki untuk pergi makan, shopping, bersiar-siar di Wencenlaus square, menyusuri jambatan Charles Bridge (pergghhhh romantik tu..) Tapi jangan lupa bawak minyak angin balik malam kena urut kaki la. Suhu di Prague pada waktu itu dari 5 hingga 0c. Ya Allah Mak Jah memang tak boleh tahan kalau suhu sejuk macam nih. So berlapis-lapis la baju dan seluar pun siap pakai long john. Maklumlah badan isi pun tak cukup.


Charles Bridge adalah jambatan merentasi Sungai Vltava dan mempunyai dua menara jambatan. Salah satunya yang merupakan menara jambatan Old Town terkenal dengan gaya Gothic dan terdapat tiga puluh patung di sepanjang jambatan tersebut. Pembinaan jambatan ini adalah di dalam tahun 1357.











Oh ya Mak Jah nak pesan pada kawan-kawan yang menang berhajat nak bercuti ke Prague. Di sana ramai penipu scam tukar duit. Kebiasannya mereka akan berdiri di hadapan money changer dan memegang calculator. Mereka akan datang menyapa kita dengan ramah. Beberapa kali juga Mak Jah dan hubby di sapa oleh mereka tetapi kami pura-pura tidak faham bahasa mereka.  Prague bukan sahaja terkenal dengan kecantikan senibina, bandar Prague juga cukup dikenali sebagai ’scam city’ kerana ramai pelancong bernasib malang menjadi mangsa penyeluk saku.