Monday, April 22, 2013

Mak Jah laser muka? Tak Lah.. Aura White je..


Baru-baru ni ada Hamba Allah yang phone Mak Jah bertanyakan tentang produk yang Mak Jah guna. Malah ada yang kecoh kata Mak Jah buang duit beribu-ribu dengan pergi laser muka. Mak Jah senyum je, sebab Mak Jah suka kalau orang kecoh bercakap tentang Mak Jah. Itu bererti depa sayang pada Mak Jah. Depa suka nak tau dan rindukan perkembangan Mak Jah. Itu belum jadi artis lagi, kalaulah Mak Jah ni famous ala-ala Kak Ton. Mahunya ramai yang sahih meroyan tengok Mak Jah keluar tv setiap masa dok tanya, Comeii Tak Mak Jah ??

Baru-baru ni Mak Jah pergi meeting pun ada seorang sahabat Mak Jah yang suruh Mak Jah cerita produk apa yang Mak Jah pakai sebab satu badan gebu. Mak Jah ni bukannya gebu macam teloq dikupas. Tapi kalau macam teloq pindang dikupas pun jadilah. Maksudnya kulit Mak Jah tak kering macam selalu.

Mak Jah ni tak lokek untuk bercerita kalau dah ada bertanya tapi jangan kat belakang Mak Jah dok buat andaian sendiri dan pertikai kata Mak Jah belanja beribu-ribu untuk laser muka. Tapi kalau iyapun Mak Jah dapatkan rawatan laser, ada Mak Jah pakai duit depa?? He..he..he, Mak Jah kalau menulis tu beriya-iya tapi Mak Jah tetap Mak Jah, tak melenting. Ada masanya bila dah cemuih Mak Jah angguk je kata memang sah Mak Jah laser muka. Lantak korang la, tak kuasa Mak Jah nak layan

Sebenarnya, dah lama Mak Jah amalkan Aura Whita. Setiap pagi Mak Jah akan minum semasa perut kosong dan sekali lagi sewaktu nak masuk tidur. 

Khasiat Aura White,

memulihkan kulit rosak, berparut, kusam dan bermasalah
menjadikan kulit lebih anjal dan elastik serta lembab
mengurangi kedutan dan garis2 halus
mengecilkan pori2 kuli
menguat dan mencantikkan kuku dan rambut
meningkatkan sistem imunisasi badan
 mengurangi radikal bebas dan toksin di dalam badan
mengatasi masalah jerawat dan jeragat
mengurangi sakit radang/sendi
mengandungi prebiotik dan 3 kali stem sel
sesuai untuk ibu hamil dan menyusui bayi
membekalkan tenaga optimum sepanjang hari
mengurangi kolesterol
menghapuskan parut, tumit merekah dan selulit
meningkatkan kualiti tidur
sesuai untuk lelaki dan wanita 

Mak Jah ikhlas ni berkongsi sesuatu yang Mak Jah rasa sangat berbaloi untuk diamalkan. Jika ada pembaca yang berminat boleh google sendiri dan baca apa kata bloggers lain tentang kehebatan Aura White.




6 comments:

  1. Alaaa. Mak jah dah memang putih. Huuuu. Teringin nk cuba

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Yes mak jah dik non pun baru 2 weeks guna AW ni... nmpk ade perubahan le jugak. Kulit yg kendur2 tu dah semakin ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yesss Dik Non lepas sebulan pakai Aura White kita dating ya. Mak Jah nak tengok hasilnya nanti.

      Delete
  4. baru je sebulan guna. tak nampak kesan apa2 lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar dear... now muka Mak Jah dah tak naik jerawat besar2 lagi dan tak dak kedut2.. Mak Jah yakin dan akan terus menggunakan Aura White.

      Delete